Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[menteri] | منتري

Definisi : 1. ahli politik drpd parti pemerintah yg mengetuai sesuatu jabatan kerajaan, ahli kabinet; M~ Besar ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; Ketua M~ ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; Perdana M~ ketua jemaah menteri, ketua kabinet; 2. sl pegawai tinggi (spt penasihat raja dll): maka ialah raja yg mula-mula memperbuat bendahara yg memerintah segala ~ yg di bawah takhta kerajaannya; 3. = mantri Id pangkat atau jawatan tertentu; ~ cacar tukang cungkil; ~ ukur juruukur; 4. nama buah catur (yg besar nilainya); ~ dalam negeri menteri yg mengurus hal-hal dlm negeri; ~ luar negeri menteri yg mengurus perhubungan dgn negeri-negeri asing; ~ muda timbalan menteri; ~ negara Id menteri yg tidak memegang kementerian tetapi diberi tugas yg penting; kementerian 1. jabatan kerajaan yg diketuai oleh menteri: K~ Pendidikan; 2. bangunan bagi jabatan kerajaan, pejabat menteri; 3. jawatan menteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[menteri] | منتري

Definisi : 1 ahli pemerintahan yg tertinggi; ahli kabinet: ~ Besar ketua kerajaan sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; Ketua ~ ketua kerajaan sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; Perdana ~ ketua jemaah menteri; ketua kabinet. 2 nama buah catur yg paling berkuasa. kementerian 1 urusan atau jabatan yg dipegang oleh menteri: ~ Kesihatan. 2 pejabat menteri. 3 jawatan menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Arus deras Laut Bentan,
     Mati menteri ditikam paduka;
Kalau asal permata intan,
     Jatuh di gelap cahaya jua.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.Menteri-menteri besar ATAU menteri besar-menteri besar 2.Perdana-Perdana Menteri ATAU Perdana Menteri-Perdana Menteri 3.Kaki-kaki botol ATAU kaki botol-kaki botol Mohon penjelasan untuk setiap pilihan jawapan yang tepat. Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk menggangguMenurut data kami, rangkai kata yang betul ialah i. Menteri-menteri Besar ii. Perdana-perdana Menteri iii. Simpulan bahasa kaki botol tidak sesuai untuk digandakan. Lazimnya untuk menunjukkan bilangan jamak boleh menggunakan kata bilangan. Contohnya sekumpulan, semua dan beberapa.Tatabahasa03.09.2019
Salam, Apakah kata sapaan yang betul untuk Menteri Pendidikan? Adakah Yang Amat Berhormat (YAB) ataupun Yang Berhormat (YB)? Terima kasih.Yang Amat Berhormat digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, manakala Yang Berhormat ialah rujukan kehormat yang digunakan untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri;.

Oleh itu, panggilan kehormat untuk Menteri Pendidikan ialah Yang Berhormat.
Tatabahasa01.07.2014
Apakah 'panggilan kehormat' bagi Timbalan Menteri Besar / Timbalan Ketua Menteri ? Adakah 'Yang Amat Berhormat' atau 'Yang Berhormat' ?Panggilan kehormat kepada Timbalan Menteri Besar  atau Timbalan ketua Menteri ialah Yang Berhormat. Sapaan Yang Amat Berhormat adalah untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua MenteriLain-lain22.02.2008
kenapa PM dipanggil perdana menteri sedangkan MB dipanggil menteri besar. kenapa perdana menteri tidak dipanggil menteri perdana dan kenapa menteri besar tidak dipanggil besar menteri? menjolok mata atau mencolok mata. kenapa?

Saudara,

Dalam pembinaan frasa terdapat peraturan bahasa yang diberi nama Hukum D-M. Dalam konteks menteri besar frasa ini mematuhi peraturan atau Hukum D-M. Walau bagaimanapun, terdapat kecualian dalam hukum ini, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama dalam nama jawatan. Contohnya, perdana menteri, timbalan menteri, naib canselor.

Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636).

Tatabahasa13.08.2010
Prime minister sepatutnya menteri perdana. Ikut hukum DM. Mengapa gunakan Perdana Menteri? Menteri pendidikan - education minister.Pembentukan istilah Perdana Menteri ialah kekecualian bagi Hukum D-M, iaitu penerang (Perdana) mendahului inti (Menteri).Istilah15.04.2022
Adakah ayat ini betul?(Menteri-menteri Pelajaran dari seluruh dunia sedang mengadakan seminar di New York.)Ayat yang betul, Menteri-Penteri Pelajaran dari seluruh dunia sedang berseminar di New York.Ejaan19.03.2014
APA PERBEZAAN PENGGUNAAN BAGI YANG AMAT BERHORMAT DAN YANG AMAT BERBAHAGIA

Saudara,

Yang Amat Berhormat digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, manakala Yang Amat Berbahagia digunakan untuk mereka yang bergelar Tun, Toh Puan dan isteri Yang di-Pertua Negeri

Tatabahasa15.06.2010
adakah Perdana Menteri ataupun Menteri Perdana sedangkan kita namakan Menteri Kesihatan , Menteri Pelajaran.... Sebab???Penggunaan Perdana Menteri sudah lama dan mantap penggunaannya. Oleh itu kita kekalkan penggunaannya walaupun tidak mengikut hukum DM. Inilah yang dikatakan keunikan sesuatu bahasa.Lain-lain19.08.2006
mohon penjelasan yang mana betul... timbalan menteri kesihatan,timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah atau timbalan menteri kementerian kesihatan, timbalan menteri kementerian kemajuan luar bandar dan willayah?Frasa yang betul ialah Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Lain-lain22.12.2009
Assalamualaikum... Saya salah seorang penuntut jurusan BM. Ramai rakan bertanyakan soalan ini malahan pensyarah sendiri menangguhkan jawapan dan ada yang berbeza pendapat. Saya keliru dan ingin mendapat jawapan pasti. Soalannya : Apakah perbezaan antara 'Perdana Menteri' dan 'Menteri Besar'? Mengapakah 'Perdana Menteri' tidak disebut sebagai 'Menteri Perdana' sama seperti 'Menteri Besar' yang jelas mengikut hukum DM? Terima kasih. Mohd Ismail Bin Sulaiman No. 13, Jalan Purnama 1/3, Taman Purnama 1 86200 Simpang Renggam, Kluang, Johor. No. Tel : 016-7444676Kata Perdana Menteri tidak disebut sebagai Menteri Perdana seperti Menteri Besar kerana bentuk ungkapan tersebut diambil daripada bahasa Sanskrit.   Tatabahasa20.03.2008
12345678910...

Kembali ke atas