Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[menteri] | منتري

Definisi : 1. ahli politik drpd parti pemerintah yg mengetuai sesuatu jabatan kerajaan, ahli kabinet; M~ Besar ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; Ketua M~ ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; Perdana M~ ketua jemaah menteri, ketua kabinet; 2. sl pegawai tinggi (spt penasihat raja dll): maka ialah raja yg mula-mula memperbuat bendahara yg memerintah segala ~ yg di bawah takhta kerajaannya; 3. = mantri Id pangkat atau jawatan tertentu; ~ cacar tukang cungkil; ~ ukur juruukur; 4. nama buah catur (yg besar nilainya); ~ dalam negeri menteri yg mengurus hal-hal dlm negeri; ~ luar negeri menteri yg mengurus perhubungan dgn negeri-negeri asing; ~ muda timbalan menteri; ~ negara Id menteri yg tidak memegang kementerian tetapi diberi tugas yg penting; kementerian 1. jabatan kerajaan yg diketuai oleh menteri: K~ Pendidikan; 2. bangunan bagi jabatan kerajaan, pejabat menteri; 3. jawatan menteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[menteri] | منتري

Definisi : 1 ahli pemerintahan yg tertinggi; ahli kabinet: ~ Besar ketua kerajaan sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; Ketua ~ ketua kerajaan sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; Perdana ~ ketua jemaah menteri; ketua kabinet. 2 nama buah catur yg paling berkuasa. kementerian 1 urusan atau jabatan yg dipegang oleh menteri: ~ Kesihatan. 2 pejabat menteri. 3 jawatan menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Arus deras Laut Bentan,
     Mati menteri ditikam paduka;
Kalau asal permata intan,
     Jatuh di gelap cahaya jua.


Lihat selanjutnya...(4)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Menteri-menteri dan Timbalan Menteri Kabinet MalaysiaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Menteri-menteri Malaysia 1995-2008 Tiada2009978-983-4448-0-7
Potret menteri-menteri kabinet (refoto)Dewan Bahasa dan PustakaTiada2006 
Potret menteri-menteri kabinet (refoto)Dewan Bahasa dan PustakaTiada2006 
Mesyuarat Bulan Bahasa Kebangsaan Bersama Timbalan Menteri Merangkap Menteri PelajaranDewan Bahasa dan PustakaTiada2009 
Menteri dan timbalan menteriDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Biografi ringkas orang kaya menteri Paduka Tuan (Tengku Menteri) Ngah Ibrahim bin Long Jaafar (1836-1895) dan kegiatan memartabatkannya semulaGoal Intelligent Publishing Sdn. Bhd.Tiada2006983-3730-40-X
Program Semarak Bahasa Kebangsaan (Tetamu VIP - Dato' IR Dr. Wee Ka Siong, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
MenteriMarwilis Publisher and DistributorsTiada19769838311928
Menteri hitamAnalisaTiada1956 
12345678910...

Kembali ke atas