Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[menteri] | منتري

Definisi : 1. ahli politik drpd parti pemerintah yg mengetuai sesuatu jabatan kerajaan, ahli kabinet; M~ Besar ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; Ketua M~ ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; Perdana M~ ketua jemaah menteri, ketua kabinet; 2. sl pegawai tinggi (spt penasihat raja dll): maka ialah raja yg mula-mula memperbuat bendahara yg memerintah segala ~ yg di bawah takhta kerajaannya; 3. = mantri Id pangkat atau jawatan tertentu; ~ cacar tukang cungkil; ~ ukur juruukur; 4. nama buah catur (yg besar nilainya); ~ dalam negeri menteri yg mengurus hal-hal dlm negeri; ~ luar negeri menteri yg mengurus perhubungan dgn negeri-negeri asing; ~ muda timbalan menteri; ~ negara Id menteri yg tidak memegang kementerian tetapi diberi tugas yg penting; kementerian 1. jabatan kerajaan yg diketuai oleh menteri: K~ Pendidikan; 2. bangunan bagi jabatan kerajaan, pejabat menteri; 3. jawatan menteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[menteri] | منتري

Definisi : 1 ahli pemerintahan yg tertinggi; ahli kabinet: ~ Besar ketua kerajaan sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; Ketua ~ ketua kerajaan sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; Perdana ~ ketua jemaah menteri; ketua kabinet. 2 nama buah catur yg paling berkuasa. kementerian 1 urusan atau jabatan yg dipegang oleh menteri: ~ Kesihatan. 2 pejabat menteri. 3 jawatan menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Arus deras Laut Bentan,
     Mati menteri ditikam paduka;
Kalau asal permata intan,
     Jatuh di gelap cahaya jua.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
cabinet ministermenteri kabinetmenteri kabinetmenteri kabinetSains Politik
Prime MinisterPerdana MenteriPerdana MenteriPerdana MenteriSains Politik
Council of MinistersDewan MenteriMajlis MenteriMajlis MenteriSains Politik
council of ministersdewan menterimajlis menterimajlis menteriSains Politik
minister of foreign affairsmenteri luar negeriMenteri Hal Ehwal Luar Negerimenteri luar negeriSains Politik
individual ministerial responsibilitypertanggungjawaban individual menteritanggungjawab individu menteritanggungjawab individu menteriSains Politik
Prime Minister's OfficeKantor Perdana MenteriPejabat Perdana MenteriPejabat Perdan MenteriSains Politik
Foreign MinisterMenteri Luar NegeriTiadaMenteri Luar NegeriUndang-undang
junior ministercatatan tiada konsepmenteri mudamenteri mudaSains Politik
chancellor of the exchequerkanselir keuanganmenteri kewanganmenteri kewanganSains Politik
12

Kembali ke atas