Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[menteri] | منتري

Definisi : 1. ahli politik drpd parti pemerintah yg mengetuai sesuatu jabatan kerajaan, ahli kabinet; M~ Besar ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; Ketua M~ ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; Perdana M~ ketua jemaah menteri, ketua kabinet; 2. sl pegawai tinggi (spt penasihat raja dll): maka ialah raja yg mula-mula memperbuat bendahara yg memerintah segala ~ yg di bawah takhta kerajaannya; 3. = mantri Id pangkat atau jawatan tertentu; ~ cacar tukang cungkil; ~ ukur juruukur; 4. nama buah catur (yg besar nilainya); ~ dalam negeri menteri yg mengurus hal-hal dlm negeri; ~ luar negeri menteri yg mengurus perhubungan dgn negeri-negeri asing; ~ muda timbalan menteri; ~ negara Id menteri yg tidak memegang kementerian tetapi diberi tugas yg penting; kementerian 1. jabatan kerajaan yg diketuai oleh menteri: K~ Pendidikan; 2. bangunan bagi jabatan kerajaan, pejabat menteri; 3. jawatan menteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[menteri] | منتري

Definisi : 1 ahli pemerintahan yg tertinggi; ahli kabinet: ~ Besar ketua kerajaan sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; Ketua ~ ketua kerajaan sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; Perdana ~ ketua jemaah menteri; ketua kabinet. 2 nama buah catur yg paling berkuasa. kementerian 1 urusan atau jabatan yg dipegang oleh menteri: ~ Kesihatan. 2 pejabat menteri. 3 jawatan menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Arus deras Laut Bentan,
     Mati menteri ditikam paduka;
Kalau asal permata intan,
     Jatuh di gelap cahaya jua.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ketua Menterimenteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah;Kamus Dewan Edisi Keempat
ketua menteria. menteri yg mengepalai menteri-menteri lain. b. gelaran utk ketua kerajaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Yang Amat Berhormatpanggilan kpd atau kata yg dipakai sebelum nama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, atau Ketua Menteri;Kamus Dewan Edisi Keempat
portfolio1 bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri: Menteri Tak Ber~ Menteri yg tidak mempunyai Kementerian atau jabatan(-jabatan) tertentu di bawah penguasaan dan tanggungjawabnya. 2 bekas mudah alih, berupa beg yg agak besar, nipis dan leper utk diisi kertas, dokumen, lukisan dsb. 3 keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bendahara1. orang besar yg mengendalikan harta benda negara atau raja. 2. menteri yg menjadi ketua kpd menteri-menteri lain; perdana menteri. perbendaharaan 1. tempat menyimpan harta benda negara. 2. kekayaan (spt harta benda, barang-barang dsb). ~ kata a. keseluruhan kata yg membentuk sesuatu bahasa. b. kata-kata yg diketahui atau yg digunakan oleh seseorang: Penyusun kamus mestilah mempunyai ~ kata yg luas.Kamus Pelajar
kabinet nasionalId kabinet yg terdiri drpd menteri-menteri yg mewakili sebahagian besar drpd parti-parti (politik);Kamus Dewan Edisi Keempat
SEAMEO(séaméo) akronim bagi Southeast Asia Ministers of Education Organization (Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara).Kamus Dewan Edisi Keempat
menelurkan1. mengeluarkan telur, ber­telur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom.Kamus Dewan Edisi Keempat
kabinet I(kabinét) 1. badan eksekutif dan pembuat dasar sesebuah negara yg terdiri drpd para menteri kerajaan yg memerintah, jemaah menteri: satu sidang ~ dipercayai telah membincangkan mogok kereta api itu; 2. Id jabatan (terutama bagi presiden, perdana menteri dll): ~ Perdana Menteri; ~ kerja = ~ keahlian Id kabinet yg menteri-menterinya terdiri drpd pakar-pakar dlm sesuatu urusan kenegaraan; ~ koalisi Id kabinet yg menteri-menterinya merupakan ahli atau pemimpin dr beberapa parti (politik); ~ nasional Id kabinet yg terdiri drpd menteri-menteri yg mewakili sebahagian besar drpd parti-parti (politik); ~ parlementer Id kabinet yg menteri-menterinya dikemukakan oleh parlimen.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpilih-pilih1. pilih dgn amat teliti; 2. susah didapat, sedikit saja (yg), tidak sebarang (orang dll): ~ orang yg boleh menjadi pemimpin perkumpulan itu; raja-raja dan menteri-menteri yg banyak itu ~ yg tahu akan bahasa Nigrama itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas