Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mén.tol] | مينتول

Definisi : (méntol) = ~ lampu bebola drpd kaca yg di dalamnya terdapat filamen logam yg mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik melaluinya; ~ tungsten mentol yg filamennya dibuat drpd tungsten. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mén.tol] | مينتول

Definisi : (méntol) (Kim) sj alkohol yg berbau cirian, berangin, dan digunakan utk membuat ubat-ubatan (terdapat dlm minyak pati spt permen, kapur barus, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mén.tol] | مينتول

Definisi : /méntol/, = ~ lampu bebola lampu elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mén.tol] | مينتول

Definisi : /méntol/ ist sj sebatian berhablur yg larut dlm alkohol, berangin, dan digunakan dlm membuat ubat-ubatan dan sbg bahan perisa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mentol


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah terjemahan lebih sesuai bagi "mentholated cigarette", sama ada rokok bermentol atau rokok berperisa mentol? Terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi istilah "mentholated cigarette" ialah rokok berperisa mentolMakna26.09.2016
Assalamualaikum. Soalan, apakah terjemahan flash light dalam Bahasa Melayu? Flash light ini ada digunakan dalam buku berkaitan kejuruteraan. Terima kasihMenurut Kamus Sosiologi maksud flash light ialah mentol denyar yang bermaksud mentol yang menyala beberapa saat untuk memberikan fluks cahaya yang mencukupi semasa mengambil gambar foto.Makna05.10.2016
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum minum. 2. Mentol itu sudah rosak terbakar. 3. Dia menuduh syarikat itu atas masalah kontrak. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1. Ibu menapis jus buah-buahan itu sebelum diminum.
2. Mentol itu sudah rosak.
3. Dia memfailkan saman terhadap syarikat itu atas masalah kontrak.
Tatabahasa29.08.2012
Salam Satu Malaysia, Berikan penjodoh bilangan bagi benda berikut a)pasu bunga b)jam tangan c) karipap d) ubi kentang e)ubi kayu f)lampu panjang g)mentol h)batu i)baldi j)pelampung Sekian, terima kasih.1. Sebuah pasu bunga.
2. Seutas jam tangan
3. Sebiji karipap
4. Bergantung pada keadaan.
5. Bergantung pada keadaan.
6. Sebatang lampu
7. Sebiji mentol
8. Sebiji batu
9. Sebuah baldi
10. Tiada penjodoh bilangan khusus untuk pelampung
Lain-lain10.02.2017

Kembali ke atas