Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mén.tol] | مينتول

Definisi : (méntol) = ~ lampu bebola drpd kaca yg di dalamnya terdapat filamen logam yg mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik melaluinya; ~ tungsten mentol yg filamennya dibuat drpd tungsten. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mén.tol] | مينتول

Definisi : (méntol) (Kim) sj alkohol yg berbau cirian, berangin, dan digunakan utk membuat ubat-ubatan (terdapat dlm minyak pati spt permen, kapur barus, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mén.tol] | مينتول

Definisi : /méntol/, = ~ lampu bebola lampu elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mén.tol] | مينتول

Definisi : /méntol/ ist sj sebatian berhablur yg larut dlm alkohol, berangin, dan digunakan dlm membuat ubat-ubatan dan sbg bahan perisa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mentol


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENTOL

Mentol ialah sebatian putih yang lembut, berbau

pudina dan mempunyai rasa segar serta sejuk. Ia

digunakan secara meluas sebagai bahan untuk

ubat batuk dan selesema, pewangi dan rokok.

Mentol diperoleh daripada minyak daun pokok

pudina.

UMUM 
ARGON

Argon, unsur kimia, ialah gas yang merupakan 0.94

peratus daripada atmosfera bumi. Kebanyakan

mentol lampu biasa diisi dengan argon dan sedikit

nitrogen. Argon juga digunakan sebagai gas

pelindung dalam kimpalan arka untuk melindungi

logam daripada oksigen di udara. Gas ini ditemui

pada tahun 1894 oleh Lord Rayleigh dan Sir William

Ramsay.

UMUM 
PICAGARI

Picagari ialah sejenis peranti seperti pam.

Bentuknya seperti tiub, tirus pada satu hujungnya

dengan pelocok atau mentol berongga yang

lembut di hujung yang satu lagi.

UMUM 
SWAN, SIR JOSEPH WILSON

Swan, Sir Joseph Wilson (1828–1914) ialah

ahli kimia, jurutera elektrik dan pereka Inggeris

yang terkemuka. Pada tahun 1860, dia mencipta

lampu elektrik yang menggunakan filamen karbon

dalam mentol kaca kosong. Pada tahun 1883, dia

mempatenkan lampu yang menggunakan filamen

yang bertambah baik yang dibuat daripada

selulosa.

UMUM 
METER ELEKTRIK

Meter elektrik ialah alat yang mengukur arus

elektrik. Syarikat utiliti elektrik menggunakan

meter watt-jam untuk mengukur, dalam kilowatt-jam,

amaun tenaga elektrik yang digunakan oleh

pengguna. Satu kilowatt-jam adalah 1000 watt-jam.

Sepuluh mentol lampu 100 watt yang dihidupkan

selama satu jam akan menggunakan satu kilowatt-jam

elektrik. (Lihat Kilowatt). Syarikat utiliti elektrik

menyambungkan meter kepada talian yang

membekalkan elektrik ke rumah atau kilang. Meter

dibaca pada jeda tetap dan bil pengguna dibuat

berdasarkan bacaan ini.

UMUM 
SALEM

Salem (pend. 38 264) ialah bandar di

Massachusetts, Amerika Syarikat. Bandar ini

merupakan salah sebuah bandar yang penuh

sejarah di New England serta tempat pengadilan

tukang sihir pada tahun 1690-an. Pada sekitar

tahun 1850-an, Salem menjadi pusat industri

kapas. Kini keluaran bandar ini meliputi kabel,

mentol denyar, permainan, lampu, plastik, dan

keluaran kulit.

Salem State College terletak di Salem. Banyak

rumah yang bersejarah terletak di bandar ini

termasuk rumah tempat lahir Nathaniel

Hawthorne dan House of Seven Gables.

UMUM 

Kembali ke atas