Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.trans.li.te.ra.si.kan] | منترنسليتراسيکن

Definisi : membuat (menye­dia­kan) transliterasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mentransliterasikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya menukarkan penjelasan audio menjadi teks bercetak. Mohon nyatakan istilah yang tepat untuk usaha itu, sama ada transliterasi/mentransliterasikan, transkripsi/mentranskripsikan, atau alih bentuk/mengalih bentuk. Mungkinkah ada istilah lain yang persis? Terima kasih saya ucapkan kepada pihak tuan atas jawapan-jawapan yang terdahulu dan jawapan terhadap soalan ini. Wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, transkripsi bermaksud 1. (penyediaan) skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dan lain-lain, atau daripada rakaman ucapan dan lain-lain 2. penukaran bahan bertulis daripada sesuatu bentuk ke dalam bentuk lain (misalnya yang meng­gunakan sistem fonetik, huruf dalam abjad lain, dan lain-lain).  Oleh itu, istilah yang betul ialah transkripsi.Istilah09.05.2012
Menterjemah daripada jawi kepada rumi; atau menterjemah daripada jawi ke rumi. Apakah yang lebih tepat? Penggunaan ke atau kepada?

Ayat yang betul ialah "mentransliterasikan tulisan Jawi kepada Rumi."

Tatabahasa23.10.2023

Kembali ke atas