Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.tua] | منتوا

Definisi : I ibu bapa, ibu atau bapa kpd isteri atau suami; ~-taya saudara kpd mentua; bermentuakan mempunyai atau menerima seseorang sbg mentua: dia bersyukur dan sangat gembira kerana dapat ~ orang yg warak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.tua] | منتوا

Definisi : ; ~ pelanduk sj burung, pipit batu, Motacilla cinerea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.tua] | منتوا

Definisi : ibu bapa kpd isteri atau suami sendiri. ~-taya saudara kpd mentua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mentua


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan berkaitan perkataan Mentua dan Mertua. Yang mana satu yang sesuai digunakan? saya telah rujuk kamus dan mengatakan Mentua itu asal dari perkataan jakarta. Saya lebih selesa menulis menggunakan perkataan Mertua. adakah ia salah atau ada maksud lain? Saya menulis untuk artikel majalah.Ejaan yang betul ialah mentua, seperti yang terakam dalam Kamus Dewan mertua ialah perkataan dalam bahasa Indonesia yang sama maksudnya dengan mentua.Tatabahasa11.11.2011
frasa berbelah bagi betul atau berbelah bahagia betul? atau kedua-duanya betul? ibu mentua betul atau ibu mertua?Ejaan yang betul ialah "berbelah bagi" atau "berbelah bahagi". Ejaan "berbelah bahagia" adalah salah. Manakala ejaan yang betul bagi "mentua" ialah "ibu mentua".Istilah30.09.2014
bapa mentua atau bapa mertua? terima kasih.Ejaan yang betul ialah mentua.Tatabahasa11.07.2013
Saya masih keliru dgn menggunakan frasa ibu mentua atau ibu mertua. Kedua2nya ada dlm kamus. Jd yg manakah frasa yg tepat?Ejaan yang tepat ialah ibu mentua, iaitu ibu kepada isteri atau suami sendiri. Hanya ibu mentua sahaja yang diberikan takrifan dalam Kamus Dewan dan Kamus Pelajar.Ejaan01.01.2015
mertua atau mentua. mana yang betul ejaan.Jawapan yang betul ialah mentua. Terima kasih kerana menggunakan khidmat nasihat bahasa DBP.Ejaan13.11.2006
antara Mentua dan Mertua, yang mana satu yang betul penggunaannya?Yang betul ialah mentua.Ejaan17.11.2011
Tuan, Mertua atau mentua. Yang mana satu tepat penggunaannya di Malaysia? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah mentua.Ejaan12.10.2011
tidak berbelah bagi ke tidak berbelah bahagi? mentua ke mertua? jawapan atau jawaban?Kedua-duanya boleh digunakan, tidak berbelah bagi atau tidak berbelah bahagi. Ejaan yang betul ialah mentua. Perkataan jawaban dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga adalah betul. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Tatabahasa30.07.2010
1. dolak-dalik atau dolak-dalih ? 2. mertua atau mentua ? 3. ucaptama atau ucap utama ? 4. agama atau ugama ? 5. taekwando atau tae kwan do ?Ejaan yang betul ialah dolak-dalik, mentua, agama dan tae kwan do. Bagi perkataan ucaptama dan ucap utama kedua-duanya betul kerana ucaptama ialah akronim, iaitu hasil gabungan dua perkataan (ucap tama) dan diujarkan sebagai satu perkataan. Walau bagaimanapun, masyarakat diberi pilihan untuk menggunakan rangkai kata ucap utama dan hendaklah ditulis dua perkataan.Lain-lain31.01.2010
Hidayahtul Najiihah Jul 11th, 10:24am Salam. Boleh saya tanya ? Antara ibu mentua dan ibu mertua yang mana satu betul?Mengikut buku Kamus Dewan, ejaan yang tepat ialah ibu mentua, iaitu ibu kepada isteri atau suami sendiri.Ejaan11.07.2014
12

Kembali ke atas