Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.nu] | مينو

Definisi : (ménu) 1. senarai masakan yg disajikan pd sesuatu hidangan atau yg boleh dipesan di restoran dsb; 2. (Komp) butiran dlm sesuatu atur cara komputer yg boleh dipilih (oleh pengguna) utk melaksanakan tindakan yg dinyatakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.nu] | مينو

Definisi : /ménu/ 1 senarai nama makanan atau masakan yg dihidangkan di sesebuah restoran dsb. 2 ist butiran dlm perisian komputer yg boleh dipilih oleh pengguna utk memberi arahan kpd komputer atau utk melaksanakan tindakan yg dinyatakan. ~ paparan ist menu pd skrin komputer utk pengguna memilih tindakan yg perlu dilakukan oleh atur cara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aneka Seleksi menukami cadangkan Aneka Seleksi menu dipinda kepada Aneka Menu PilihanTatabahasa01.07.2014
Menu "Maklum Balas " dengan icon tanda soal berwarna biru tidak berfungsi sebaliknya masih memaparkan helaian carian tidak sebagaimana icon facebook di sebelah kirinya..Soalan kurang jelas maksudnya.  Sila berikan maksud yang hendak disampaikan.

Terima kasih.
Lain-lain30.07.2017
Adakah terjemahan berikut tepat? i. All-Day-Dinning - Menu Sepanjang Hari ii. All-Day-Breakfast - Menu Sarapan Sepanjang Hari iii. All-Day-Snacks - Menu Snek Sepanjang Hari iv. Healthy choice - Pilihan berkhasiat Atau, bolehkah tuan/puan berikan cadangan terjemahan bagi yang di atas? Terima kasih.Cadangan terjemahan tuan telah disemak dan dibuat sedikit pindaan:
i. All-Day-Dinning - Menu Sepanjang Hari
ii. All-Day-Breakfast - Sarapan Sepanjang Hari
iii. All-Day-Snacks - Snek Sepanjang Hari
iv. Healthy choice - Pilihan berkhasiat
Penyemakan dan penterjemahan09.03.2015
Assalamualaikum. Berkenaan dengan istilah-istilah Teknologi Maklumat: (1) Apakah istilah setara untuk "drop-down menu" dan "drop-down list"? (2) Apakah istilah setara untuk "search field"? Terima kasih. Rujukan: http://ubuntudigest.blogspot.com/2012/07/creating-polaroid-frame-using-inkscape.htmlUntuk makluman, istilah yang dikemukakan tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. drop-down menu - menu ke bawah
2. drop-down list - senarai ke bawah
3. search field  - medan gelintar
Istilah17.04.2013
Mohon pencerahan, manakah antara berikut adalah betul dan mengapa? pilih sajian dari menu kami/pilih sajian daripada menu kamiPilih sajian daripada menu kami. Kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama "daripada" hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.Tatabahasa19.07.2016
Restoran Ideal Menu Group Sdn. Bhd.

 Makluman, untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).

Lain-lain05.06.2017
Apakah pendapat pihak DBP mengenai nama menu produk makanan hasil gabungan perkataan Melayu dan Inggeris? Contoh: Keropok Seaweed, Popcorn Tuna, Popia Tuna Crispy?Untuk nama menu yang mempunyai padanan dalam bahasa Melayu, penggunaan bahasa Melayu perlulah diutamakan. Contoh: keropok rumpai laut, bertih jagung tuna, popia tuna rangup.Penyemakan dan penterjemahan27.07.2022
Apakah ejaan yang betul bagi laicikang?Perkataan "laicikang" merupakan kata nama untuk menu. Tiada ejaan yang standard untuk nama menu, contohnya: Air Batu Campur atau Ais Batu Campur. Ejaan04.08.2020
Assalamualaikum Tuan, Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah-istilah komputer seperti yang berikut: 1. Toolbox 2. Menu bar

Belum ada lagi dalam data kami bagi istilah Toolbox . Cadangan kami yang sesuai bagi  Tool-box ialah kotak peralatan, manakala istilah menu bar ialah bar menu (Objek grafik yang wujud pada paparan antara muka grafik pengguna)

Istilah15.11.2019
1. Bagaimana ejaan sebenar singkatan/gelaran Yang Berbahagia? YBhg / Y.Bhg. / YBhg. / Ybhg. / YBHG. Sekian. Nota: "Sekiranya saudara ingin .... klik Carian Kata dalam menu di sebelah kiri." <-- Tuan, tiada menu Carian Kata pada sebelah kiri.Ejaan yang betul ialah YBhg.Ejaan10.11.2011
12345678910...

Kembali ke atas