Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nuai] | منواي

Definisi : memotong padi dgn tuai, mengetam (padi): petani-petani di sini menanam padi dlm bulan Oktober dan ~ atau mengetam­nya dlm bulan Februari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nuai] | منواي

Definisi : memotong padi dgn tuai: Saya pernah ~ padi di bendang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuai (kata nama)
Bersinonim dengan penuai, pengetam, ani-ani, tamin, renggam, pisau pemotong padi;,
Kata Terbitan : menuai, tuaian, penuaian,

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke hulu,
     Ambilkan saya buah saga;
Jangan tuan buat tak tahu,
     Lepas menuai kahwinlah kita.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menugal rajin menuai segan.

Bermaksud :

Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pesta Menuai disambut oleh kaum Kadazan-Dusun. Adakah betul ejaan perkataan Kadazan-Dusun tersebut?Menurut data kami ejaan yang betul ialah Kadazan DusunEjaan19.05.2020
Adakah terdapat kesalahan dalam ayat2 di bawah...Jika ada kesalahan minta diterangkan hukum tatabahasa yang berkaitan. 1. Sesetengah orang tidak suka tinggal di bandar. 2.Jika hujan lebat , kawasan ini akan dinaiki air . 3.Sudah bertahun lamanya Pak Cik Ali menetap di kampung ini. Penduduk di kawasan itu saling membantu apabila tiba musim menuai. 4. Abang membelok di sebatang selekoh. 5.Lembu-lembu tanpa tuan bertempiaran di sepanjang jalan kampung itu.Ayat pertama hingga kelima yang dilampirkan adalah betul.Tatabahasa03.03.2014
Apakah perbezaan antara memontong dengan memangkas?contoh,memangkas dahan pokok

Memangkas ialah 1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: 2. memotong dengan gunting; menggunting.

Manakala memotong pula ialah 1. memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dan lain-lain); 3. menebang (kayu, pokok dan lain-lain); 4. menyembelih (binatang dan lain-lain); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dan lain-lain); 7. menuai (jagung, padi dan lain-lain); 8. mengudungkan (tangan dan lain-lain); 9. membedah (perut dan lain-lain); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dan lain-lain); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dan lain-lain); 12. menyelang (percakapan, orang dan lain-lain); 13. memendekkan (kata, nama dan lain-lain)

Contoh Ayat:  

        1.   Ali sedang memotong daging di dapur.

        2.   Ali sedang memangkas dahan pokok di kebun.

Tatabahasa21.08.2021

Kembali ke atas