Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.gas.kan] | منوݢسکن

Definisi : menyerahkan sesuatu tugas (pekerjaan dll) kpd, memerintahkan supaya melaksanakan sesuatu: ia telah ditugaskan utk menterjemahkan buku itu ke dlm bahasa kebangsaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.gas.kan] | منوݢسکن

Definisi : menyerahkan sesuatu tanggungjawab sbg tugas kpd seseorang: Ketua Pengarah telah ~ kerja penyusunan kamus itu kpd kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tugas (kata nama)
Bersinonim dengan kerja, kewajipan, tanggungjawab, fungsi, peranan, khidmat, urusan, tanggungan, beban, usaha, ikhtiar, gawai, arahan, perintah;,
Kata Terbitan : bertugas, menugaskan, tugasan, penugasan, petugas,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menugaskanmenyerahkan sesuatu tanggungjawab sbg tugas kpd seseorang: Ketua Pengarah telah ~ kerja penyusunan kamus itu kpd kami.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menugaskanmenyerahkan sesuatu tugas (pekerjaan dll) kpd, memerintahkan supaya melaksanakan sesuatu: ia telah ditugaskan utk menterjemahkan buku itu ke dlm bahasa kebangsaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menugaskanmenyerahkan sesuatu tanggungjawab sbg tugas kpd seseorang: Ketua Pengarah telah ~ kerja penyusunan kamus itu kpd kami.Kamus Pelajar
tugasmenugaskan menyerahkan sesuatu tanggungjawab sbg tugas kpd seseorang: Ketua Pengarah telah ~ kerja penyusunan kamus itu kpd kami.Kamus Pelajar
penugasanperbuatan, hal dsb menu­gasi atau menugaskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tugas1 = ~ kewajipan sesuatu yg wajib dikerjakan; kerja tertentu yg mesti dilakukan: ~nya ialah menyusun sebuah kamus. 2 suruhan atau perintah utk melakukan sesuatu: Razali diberi ~ mengawal kawasan itu. 3 kerja yg dijalankan oleh bahagian atau oleh jabatan tertentu; fungsi: ~ kipas itu ialah menyejukkan enjin. bertugas sedang menjalankan sesuatu tugas atau kerja: Ia ~ sbg kerani di Sabah. menugasi mem­berikan tugas kpd: Ketua Pengarah telah ~ kami menyusun sebuah kamus. menugaskan menyerahkan sesuatu tanggungjawab sbg tugas kpd seseorang: Ketua Pengarah telah ~ kerja penyusunan kamus itu kpd kami. tugasan sesuatu kerja, terutamanya yg diberikan kpd pelajar utk disiapkan: Mereka hendaklah menyerahkan ~ itu pd minggu hadapan. penugasan perbuatan, hal dsb menu­gasi atau menugaskan. petugas orang yg bertugas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tugas I1. = ~ kewajiban sesuatu (kerja, tanggungjawab, dll) yg mesti dilaksanakan, sesuatu yg ditentukan utk dikerjakan, tanggungjawab: ~nya ialah memberi pene­rangan kpd penduduk; sempurnalah ~nya sbg seorang anak; 2. suruhan utk melakukan sesuatu (drpd pihak yg berkuasa), arahan, perintah: dia telah diberi ~ utk memulihkan keadaan huru-hara di tempat itu; 3. kerja yg dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dll), fungsi: apa ~ karburetor pd enjin kereta? bertugas (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling; menugaskan menyerahkan sesuatu tugas (pekerjaan dll) kpd, memerintahkan supaya melaksanakan sesuatu: ia telah ditugaskan utk menterjemahkan buku itu ke dlm bahasa kebangsaan; menugasi memberi seseorang tugas; tugasan kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih mela­porkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; penugasan perihal menugas seseorang, penye-rahan sesuatu tugas; petugas orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas