Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : menggunakan (melepaskan) tuju pd: ~ orang sampai mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : 1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu ber­jalanlah ~ gunung itu; 2. mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala: pem­buluh ini masuk ~ ke hati; 3. membalingkan (melontarkan) kpd: melempar ~ tampuk; 4. menghendaki, memaksudkan: engkau yg ditujunya, tetapi yg lain yg didapatinya; 5. bermaksud utk mencapai, bertujuan utk menuntut sesuatu: segala perintah dan hukumnya itu ~ kpd suatu perkara yg besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : mengenakan atau menggunakan tuju pd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : 1 = ~ ke pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau me­lem­­parkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan ma­sya­rakat Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cik Esah menuju ke pekan,
     Tumbuh kulat di kaki kuda;
Cik Esah cik tuan pesan,
     Kirim surat kupinang muda.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jika menebang menuju pangkal,
     jika melanting menuju tangkai.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mereka berlari menuju / menuju ke arah kantin.Ayat yang betul ialah mereka berlari ke arah kantin atau mereka berlari ke kantin.Tatabahasa25.03.2010
Yang manakah betul? 1. Menuju ke 2. Menuju ke arah 3. Menuju arah ke 4. Ke arah 5. Arah keFrasa yang betul ialah menuju ke, menuju ke arah dan ke arah.Tatabahasa26.09.2013
Yang manakah tepat? 1. Menuju ke arah. 2. Menuju arah ke. Jawapan yang diberikan oleh pihak khidmat nasihat dbp berpendapat bahawa frasa menuju ke arah adalah tepat, tetapi frasa menuju arah ke dijumpai dalam kamus dewan edisi keempat dalam laman web PRPM. Minta penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan. Sekian, terima kasih.Kedua-dua frasa menuju ke arah dan menuju arah ke boleh digunakan mengikut konteks ayat.

Contoh ayat;

1.  Peluru berpandu ialah peluru yang boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya untuk menuju ke arah sasarannya.

2. Para pelajar berjalan menuju arah ke dewan makan.
Tatabahasa26.09.2013
Yang manakah betul? 1. Seorang pengawas ( meneguri / menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju / dan menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (prestasi / persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal ( dengan / bersama-sama ) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan / prestasi) peserta yang berpidato di atas pentas.1. Seorang pengawas (menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin.

2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju) ke meja makan.

3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (persembahan) peserta pidato.

4. Aminah berkongsi bekal (bersama-sama) rakan-rakannya.

5. Para penonton menyaksikan (persembahan) peserta yang berpidato di atas pentas.
Tatabahasa20.11.2013
1. Berapakah ekor burung yang hinggap di atas dahan? atau Berapa ekorkah burung yang hinggap di atas dahan? 2. pusat beli-belah / pusat membeli-belah 3. Ali menuju ke / menuju kelas Lima Biru.

Ayat yan betul ialah:

1. Berapakah ekor burung yang hinggap di atas dahan?

2. pusat beli-belah

3. Ali menuju ke  Kelas Lima Biru.

 
Tatabahasa31.03.2010
berjalan menuju ke arah kantin . ayat tersebut betul?Ayat tersebut betul.Tatabahasa26.03.2019
sejarah menuju kemerdekaanSdr. boleh lawati Portal Merdeka 50 Tahun yang memberi maklumat terperinci serta interaktif sejarah kemerdekaan di laman Arkib Negara Malaysia http://www.arkib.gov.myLain-lain10.09.2007
"Menuju ke Lift Bomba", adakah ayat notis ini betul?Ayat "Menuju ke Lif Bomba" adalah betul. Walau bagaimanapun, betulkan ejaan "Lif".Lain-lain11.05.2023
Apakah maksud ayat 'membangunkan masyarakat progresif'? Terima kasih.Progresif membawa maksud : (progrésif) 1. menuju ke arah per­baikan atau kemajuan, maju: dasar yg ~; 2. semakin meningkat kadar cukai apabila jumlah pendapatan yg boleh dicukai bertambah: cukai ~; 3. bertahap-tahap, ber­peringkat-peringkat: pelaksanaannya dlm bidang pentadbiran dan pendidikan sedang dijalankan secara ~. Maknanya, menuju masyarakat progresif membawa menuju masyarakat yang lebih baik dan maju.Makna29.10.2014
Slogan mana yang betul penggunaan perkataannya ? i) Integriti sifar rasuah atau ii) Integriti menuju sifar rasuah Terima kasihPada pandangan kami, “Integriti Menuju Sifar Rasuah” lebih sesuai digunakan. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan20.06.2017
1234567

Kembali ke atas