Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : menggunakan (melepaskan) tuju pd: ~ orang sampai mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : 1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu ber­jalanlah ~ gunung itu; 2. mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala: pem­buluh ini masuk ~ ke hati; 3. membalingkan (melontarkan) kpd: melempar ~ tampuk; 4. menghendaki, memaksudkan: engkau yg ditujunya, tetapi yg lain yg didapatinya; 5. bermaksud utk mencapai, bertujuan utk menuntut sesuatu: segala perintah dan hukumnya itu ~ kpd suatu perkara yg besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : mengenakan atau menggunakan tuju pd. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nu.ju] | منوجو

Definisi : 1 = ~ ke pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau me­lem­­parkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan ma­sya­rakat Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cik Esah menuju ke pekan,
     Tumbuh kulat di kaki kuda;
Cik Esah cik tuan pesan,
     Kirim surat kupinang muda.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jika menebang menuju pangkal,
     jika melanting menuju tangkai.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
atau rod ringan dan diputarkan dalam suatu bulatan mengufuk di keliling suatu paksi tegak dengan halaju sudut yang malar. (FIZ) conical refraction (biasan kerucut) Biasan yang berkaitan dengan sinar yang menuju kepada permukaan hablur dwipaksi pada arah tertentu dan terurai kepada sinar di sepanjang kerucut. (FIZ) conidiosporangium (konidiosporangium) Lihat zoosporangium. (BIO) Coniferales (Coniferales) Order gimnosperma yang umumnya disebut konifer antaranya termasuklah kappa dalam sitoplasma strain, yang membunuh Paramecium aurelia. (BIO) k strategy (strategi k) Organisma yang mempunyai pertumbuhan yang lambat, lambat matang, saiz badan besar, membiak berulang kali, hidup lama dan menuju kepada penghasil- an organisma yang berkualiti. (BIO) Kaffir pox (cacar Kaffir) Cacar yang disebabkan oleh virus tertentu pada manusia. Penyakit ini tidak berbahaya kerana jarang membawa maut. Penyakit ini dikenali

Kembali ke atas