Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu ber­jalanlah ~ gunung itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau me­lem­­parkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan ma­sya­rakat Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dari Jeram menuju ke Bentan,
     Singgah bermalam di Tanjung Jati;
Orang karam di tengah lautan,
     Hamba karam di hati sendiri.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? 1. Menuju ke 2. Menuju ke arah 3. Menuju arah ke 4. Ke arah 5. Arah keFrasa yang betul ialah menuju ke, menuju ke arah dan ke arah.Tatabahasa26.09.2013
Mereka berlari menuju / menuju ke arah kantin.Ayat yang betul ialah mereka berlari ke arah kantin atau mereka berlari ke kantin.Tatabahasa25.03.2010
Yang manakah tepat? 1. Menuju ke arah. 2. Menuju arah ke. Jawapan yang diberikan oleh pihak khidmat nasihat dbp berpendapat bahawa frasa menuju ke arah adalah tepat, tetapi frasa menuju arah ke dijumpai dalam kamus dewan edisi keempat dalam laman web PRPM. Minta penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan. Sekian, terima kasih.Kedua-dua frasa menuju ke arah dan menuju arah ke boleh digunakan mengikut konteks ayat.

Contoh ayat;

1.  Peluru berpandu ialah peluru yang boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya untuk menuju ke arah sasarannya.

2. Para pelajar berjalan menuju arah ke dewan makan.
Tatabahasa26.09.2013
"Menuju ke Lift Bomba", adakah ayat notis ini betul?Ayat "Menuju ke Lif Bomba" adalah betul. Walau bagaimanapun, betulkan ejaan "Lif".Lain-lain11.05.2023
1. Berapakah ekor burung yang hinggap di atas dahan? atau Berapa ekorkah burung yang hinggap di atas dahan? 2. pusat beli-belah / pusat membeli-belah 3. Ali menuju ke / menuju kelas Lima Biru.

Ayat yan betul ialah:

1. Berapakah ekor burung yang hinggap di atas dahan?

2. pusat beli-belah

3. Ali menuju ke  Kelas Lima Biru.

 
Tatabahasa31.03.2010
1) Apakah maksud “nako” dalam ayat ini? Dia mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela “nako” yang terbuka luas. 2) Apakah maksud “kaulingkup” dalam ayat ini? Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan “kaulingkup”. Terima kasih.1. Nako dalam ayat "Dia mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela nako" ialah (jenama) jenis tingkap kaca yang disusun berlapis-lapis.

2. Kaulingkup dalam ayat "Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kaulingkup" ialah gabungan kata engkau dan lingkup. Kau merupakan pangkasan kata engkau (kata ganti nama diri kedua), manakala lingkup bermaksud gagal atau tidak berhasil.
Makna06.10.2023
berjalan menuju ke arah kantin . ayat tersebut betul?Ayat tersebut betul.Tatabahasa26.03.2019
Ali ternampak seorang pemuda tergesa-gesa keluar dari Kedai Runcit Maju menuju ke arah kereranya. Mohon pencerahan sama ada 1. tergesa-gesa merupakan kata kerja atau kata adjektif, mengapa? 2. keluar merupakan kata kerja atau kata adjektif, mengapa?Ayat yang betul ialah Ali ternampak seorang pemuda berjalan tergesa-gesa keluar dari Kedai Runcit Maju menuju ke arah keretanya. 

Kata “tergesa-gesa” merupakan kata adverb, iaitu Kata Adverba yang bermaksud perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama sifat dari segi masa. Kata "keluar" merupakan kata kerja tak transitif.
Tatabahasa15.01.2023
Yang manakah betul? 1. Seorang pengawas ( meneguri / menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju / dan menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (prestasi / persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal ( dengan / bersama-sama ) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan / prestasi) peserta yang berpidato di atas pentas.1. Seorang pengawas (menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin.

2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju) ke meja makan.

3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (persembahan) peserta pidato.

4. Aminah berkongsi bekal (bersama-sama) rakan-rakannya.

5. Para penonton menyaksikan (persembahan) peserta yang berpidato di atas pentas.
Tatabahasa20.11.2013
Sila nyatakan adakah ayat di bawah betul atau salah, nyatakan sebabnya. I Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. II Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. III "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. IV Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang.I. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. - Ayat ini tidak gramatis kerana nya (terdapatnya) ialah kata ganti nama diri ketiga dan tidak gramatis untuk aayat ini.
II. Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. - Ayat ini gramatis. 
III. "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. - Ayat ini boleh digunakan dalam konteks arahan. 
IV. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. - Ayat ini betul kerana tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan kata-kata yang berlawanan.
Tatabahasa28.05.2012
123456

Kembali ke atas