Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.ju.kan] | منوجوکن

Definisi : 1. membawa sesuatu arah ke, mengarahkan ke, mengacukan ke: kapal itu hendak ~ haluannya ke laut; 2. meng­alamatkan kpd, mengarahkan kpd, menyam­paikan kpd: Radio Malaysia sedang meran­cang siaran dlm bahasa Perancis yg dituju­kan kpd pendengar di Vietnam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.ju.kan] | منوجوکن

Definisi : 1 mem­­bawa sesuatu ke arah tertentu; mengarahkan ke: Ia ~ kapal itu ke Pelabuhan Kelang. 2 mengalamatkan kpd; menyampaikan kpd: Bakar ~ surat itu kpd ibunya di kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya dah menujukan soalan pada Jumaaat yang lepas, tetapi tiada respond. Nak tanya ayat berikut adakah betul. 1. Kami sudah belajar sampai setengah waktu kelas, dia baru datang. ( "lesson" ialah waktu kelas, macam mana jika "half lesson", boleh guna "setengah waktu kelas"?) 2. Petang masih ada dua buah pertandingan. (penjodoh bilangan untuk pertandingan) 3. Bilakah saya boleh merasa masakan yang awak buatkan? 4. Kami naik ke atas kapal pada pukul 7.30. 5. Dia sangat pandai tetapi tidak berusaha belajar. (atau tidak belajar dengan berusaha?) 6. Dia merancang pergi ke Singapore hari esok. (merancang atau berancang?) Amat terima kasih jawapan anda!Ayat yang betul ialah:
1. Kami sudah belajar separuh waktu kelas, dia baru datang. / Dia datang semasa kami sudah belajar separuh waktu kelas.
2. Petang ini masih ada dua pertandingan.
3. Bilakah saya boleh merasa masakan awak?
4. Kami menaiki kapal pada pukul 7.30 pagi /malam.
5. Dia sebenarnya sangat pandai tetapi malas belajar.
6. Dia merancang untuk pergi ke Singapura hari esok.
Tatabahasa19.06.2019
Selamat sejahtera kepada pihak DBP yang saya hormati. Saya ingin menujukan satu soalan iaitu: Selepas kata perintah seperti sila, tolong dan minta, adakah perlunya meletakkan imbuhan pada kata kerja? Contoh ayat: a) Sila mengeluarkan buku teks anda. b) Sila keluarkan buku teks anda. c) Sila keluar buku teks anda. Saya keliru dengan masalah imbuhan yang terdapat dalam ketiga-tiga ayat ini. Tolong selesaikan masalah saya. Saya sangat berminat tentang masalah ini. Terima kasih banyak-banyak!

Kategori ayat perintah yang menggunakan kata ‘sila’, tolong’ dan ‘minta’ dinamakan ayat permintaan; dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.  Akhiran -kan  perlu diimbuhkan bagi membentuk kata kerja. Contoh penggunaan adalah seperti ayat yang berikut:

1.    Minta puan benarkan kami masuk.

2.    Tolong selesaikan pergaduhan itu.

3.    Sila hantarkan jawapan kamu sebelum hari Ahad.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, halaman 185- 186 dan 451.

Tatabahasa27.04.2014

Kembali ke atas