Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.kar] | منوکر

Definisi : 1. mengganti dgn yg lain: ~ pakaian; 2. merubah kpd keadaan yg lain: air boleh ditukar menjadi wap jika di­panaskan; kemudian ia ~ haluannya serta belayar menghala ke utara; 3. menghantar (meletakkan dll) ke tempat lain, memin­dahkan; 4. Mn membeli-belah, berbelanja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.kar] | منوکر

Definisi : 1 mengganti dgn yg lain: Ia ~ kasutnya yg lama dgn yg baru. 2 mengubah nama dll. 3 mengganti tempat letak sesuatu: Ia ~ tempat keretanya ke tempat yg teduh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MENUKAR AYAT AKTIF KEPADA PASIF-TEPAT ATAU TIDAK JAWAPAN DI BAWAH. ? AA-SITI MENYAPU HALAMAN RUMAHNYA JWP AYAT PASIF-HALAMAN RUMAH SITI DISAPUNYA..

Ayat aktif: Siti menyapu halaman rumahnya.

Ayat pasif: Halaman rumahnya disapu oleh Siti.
Tatabahasa17.10.2014
Ingin menukar bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Melayu. Centralized Biomethane Injection Station 1. Stesen Penyuntikan Biometana Berpusat 2. Stesen Penyuntikan Bio-metana Berpusat Yang mana satu pilihan yang paling hampir maknanya? Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih, IkhwanCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Centralised Biomethane Injection Station ialah Stesen Suntikan Biometana Berpusat.Penyemakan dan penterjemahan13.02.2024
Ingin menukar bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Melayu. Compressed Natural Gas Mother Station 1. Stesen Induk Gas Asli Termampat 2. Stesen Utama Gas Asli Termampat 3. Stesen Induk Gas Asli Mampat 4. Stesen Utama Gas Asli Mampat Yang mana satu pilihan yang paling hampir maknanya? Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih, IkhwanPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Stesen Induk Gas Asli Termampat.Istilah18.05.2016
Bagaimana menukar ayat berikut kepada ayat pasif? Dia takut akan anjing. Terima kasih.Ayat dia takut akan anjing bukan ayat aktif transitif. Oleh itu, ayat tersebut tidak boleh dipasifkan.Tatabahasa19.10.2012
kami ingin menukar papan tanda restoran anda dari '' LE BISTRO 33 '' kepada '' BBQ & SMOKE ''. Oleh itu, kami memerlukan kebenaran daripada anda.Sebaiknya BBQ & SMOKE  mengggunakan bahasa Melayu kecuali nama tersebut telah didaftarkan.Lain-lain13.06.2018
Memohon untuk menukar perkataan kepada format jawi "MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON" dan dihantar dalam bentuk 'JPEG' untuk digunakan dalam borang-borang dalam sistem.Lihat Lampiran.Ejaan17.03.2015
Bolehkah DBP menukar "Tahun Baru Cina" kepada "Tahun Baharu Cina" yang wajib digunakan semasa perayaan Tahun Baharu Cina? Maksud saya menggalakkan rakyat menggunakan perkataan "baharu" dalam "Tahun Baharu Cina" kerana "baharu" barulah bermaksud benda yang tidak pernah dijumpai. "Tahun Baharu Cina" di sini bermaksud tahun yang belum dilalui dan akan dilalui oleh kaum Cina. Oleh itu kaum Cina meraikan perayaan Tahun Baharu Cina ini. Tolong titikberatkan isu ini. Terima kasih.Kami menerima kedua-dua frasa tersebut kerana dalam konteks umum baru sama maksudnya dengan baharu. Hal ini berbeza dengan wacana bahasa, iaitu konteks khusus dalam bidang bahasa yang terikat dengan rumus tatabahasa.Tatabahasa25.05.2014
bagaimanakah cara untuk menukar alamat email lama kepada email yang baru?Sila nyatakan pertanyaan tuan dengan jelas. Maksud tuan, hendak menukar e-mel dalam sistem yang mana satu kerana DBP mempunyai beberapa sistem melibatkan aktiviti khidmat pelanggan contohnya seperti Khidmat Pengesahan Bahasa, Khidmat Nasihat DBP, Pantau Tegur Bahasa dan sebagainya.Lain-lain26.05.2017
Assamualaikum, Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa kami akan menukar nama syarikat sejajar dengan pertukaran pengurusan. Dengan itu kami akan menukar nama Syarikat kepada Zenig Auto Sdn. Bhd. Kami telah merujuk kepada Majlis Daerah Hulu Selangor untuk pertukaran nama dan juga pertukaran logo syarikat. Bagaimanapun kami perlu mendapatkan kelulusan oleh DBP terlebih dahulu ujarnya. Oleh yang demikian dilampirkan bersama adalah logo syarikat kami untuk perhatian dan kelulusan pihak DBP. Sekian, Terima Kasih. Suriyana Binti Ikhwan 03-6028 1712.

Untuk makluman tuan, DBP tidak membuat sebarang pengesahan logo tetapi memberi perkhidmatan pengesahan bahasa Melayu pada visual papan tanda iklan. 


Permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Lain-lain23.09.2019
Apakah perbezaan antara frasa "menukar pakaian" dengan "bertukar pakaian"? Frasa yang manakah betul? Atau kedua-dua frasa boleh diterima kerana kedua-dua betul? Jika kedua-dua frasa ini betul, apakah pula perbezaan makna yang dibawa oleh dua frasa ini?Frasa yang betul ialah "menukar pakaian", untuk maklumat lanjut sila rujuk kamus dan lihat perbezaan makna dan konteks penggunaan kata menukar dan bertukar.Tatabahasa30.07.2014
12345678

Kembali ke atas