Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.kar.kan] | منوکرکن

Definisi : 1. menggantikan dgn yg lain: yg dibuat oleh baginda itu hanyalah ~ orang Portugis yg lemah dgn orang Belanda yg lebih kuat; 2. mengubahkan kpd sesuatu yg lain (menjadi sesuatu yg lain): ketiga-tiga itu pun mulalah bertapa dan bersetuju ~ nama mereka; 3. menghantarkan (memindahkan, meletakkan dll) ke tempat lain: aku akan ditukarkan ke Pahang bulan depan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.kar.kan] | منوکرکن

Definisi : 1 menjadikan atau mem­­buat supaya bertukar: Siapa yg ~ meja kami? 2 memberikan sesuatu supaya diganti dgn yg lain: Dia pergi ke bank utk ~ wangnya. 3 mengarah­kan supaya bertukar: Pihak Kementerian telah ~nya dr Ipoh ke Seremban. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menukarkan ejaan rumi ke jawi - Kompleks ICT Al-Biruni.Ejaan Jawi bagi Kompleks ICT Al-Biruni seperti lampiran.Ejaan17.10.2019
Saya menukarkan penjelasan audio menjadi teks bercetak. Mohon nyatakan istilah yang tepat untuk usaha itu, sama ada transliterasi/mentransliterasikan, transkripsi/mentranskripsikan, atau alih bentuk/mengalih bentuk. Mungkinkah ada istilah lain yang persis? Terima kasih saya ucapkan kepada pihak tuan atas jawapan-jawapan yang terdahulu dan jawapan terhadap soalan ini. Wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, transkripsi bermaksud 1. (penyediaan) skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan-catatan trengkas dan lain-lain, atau daripada rakaman ucapan dan lain-lain 2. penukaran bahan bertulis daripada sesuatu bentuk ke dalam bentuk lain (misalnya yang meng­gunakan sistem fonetik, huruf dalam abjad lain, dan lain-lain).  Oleh itu, istilah yang betul ialah transkripsi.Istilah09.05.2012
ingin menukarkan nama syarikat KTSPS TRADING SDN. BHD kepada tulisan jawi. terima kasihUntuk mendapatkan perkhidmatan pengesahan bahasa dalam iklan, saudara hendaklah melayari laman web berikut: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspxLain-lain05.02.2012
Siapakah yang menukarkan bahasa melayu kuno kepada bahasa melayu moden?

Secara amnya, sesuatu bahasa itu berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat penutur bahasanya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
Kami ingin menukarkan Employee Handbook daripada Bahasa inggeris kepada Bahasa Melayu. Bolehkan saya mengetahui bagaimana cara-cara untuk saya mendapat maklumat prosedur.Tuan hendaklah terlebih dahulu menterjemah frasa tersebut dalam bahasa Melayu.  Seterusnya kami akan menyemak sama ada ia sesuai atau tidak. Jika kurang sesuai, kami akan mencadangkan kepada tuan cadangan frasa yang paling sesuai untuk digunakan.Lain-lain09.03.2018
Saya telah menukarkan bahasa yang digunakan dalam perbualan ini dalam bahasa Melayu baku tetapi saya tidak pasti betul atau salah. Minta tolong semak. Sekian terima kasih.

Seperti Lampiran

Tatabahasa13.10.2011
Salam sejahtera. "Negara A menukar / menukarkan / bertukar nama negara menjadi / kepada Negara B." Apakah kata kerja dan kata sendi nama yang sesuai bagi ayat di atas? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Negara A menukarkan namanya kepada Negara B" atau "Negara A bertukar nama menjadi Negara B." Kata kerja yang sesuai bagi ayat pertama ialah menukarkan manakala ayat kedua ialah bertukar nama. Kata sendi nama yang sesuai bagi ayat pertama ialah kepada.Tatabahasa21.03.2007
Tuan , sememagnya tiada masalah menukarkan ayat aktif dengan imbuhan meN- kepada ayat pasif (melibatkan GND1/2) Bagaimana halnya dengan ayat aktif berimbuhan ter-? Bagaimanakah menukarkan ayat aktif berimbuhan ter- berikut yang menggunakan subjek GND1 dan 2: 1) Saya terpijak bunga itu. 2) Awak terangkat pasu yang berat itu. 3) Saya terambil buku bapa. Bolehkah dipasifkan ayat-ayat di atas? TKAyat pasif ter- + oleh boleh diikuti Kata Ganti Nama Diri Pertama, Kedua dan Ketiga. Ayat tersebut apabila dipasifkan menjadi Bunga itu terpijak oleh saya, Pasu yang berat itu terangkat oleh awak dan Buku bapa terambil oleh saya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa05.03.2012
bagaimanakah cara untuk menukarkan ayat yang berikut? Saya dan rakan-rakan telah melaksanakan tugasan itu dengan baik.Ayat yang betul ialah "Saya dan rakan-rakan telah melaksanakan tugasan itu dengan baiknya."Lain-lain05.05.2023
bagaimanakah cara untuk menukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif? Saya dan rakan-rakan telah melaksanakan tugasan itu dengan baik.

Ayat pasif yang betul ialah “Tugasan itu telah saya dan rakan-rakan laksanakan dengan baik”.

Tatabahasa08.05.2023
123456

Kembali ke atas