Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.kar.kan] | منوکرکن

Definisi : 1. menggantikan dgn yg lain: yg dibuat oleh baginda itu hanyalah ~ orang Portugis yg lemah dgn orang Belanda yg lebih kuat; 2. mengubahkan kpd sesuatu yg lain (menjadi sesuatu yg lain): ketiga-tiga itu pun mulalah bertapa dan bersetuju ~ nama mereka; 3. menghantarkan (memindahkan, meletakkan dll) ke tempat lain: aku akan ditukarkan ke Pahang bulan depan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.kar.kan] | منوکرکن

Definisi : 1 menjadikan atau mem­­buat supaya bertukar: Siapa yg ~ meja kami? 2 memberikan sesuatu supaya diganti dgn yg lain: Dia pergi ke bank utk ~ wangnya. 3 mengarah­kan supaya bertukar: Pihak Kementerian telah ~nya dr Ipoh ke Seremban. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
rektifikasirectificationProses menukarkan arus ulang-alik menjadi arus terus.Menengah Atas
turbinturbineMesin yang menukarkan tenaga kinetik daripada bendalir yang bergerak untuk menjanakan tenaga elektrik.Menengah Rendah
penjanageneratorMesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Dalam stesen jana kuasa, penjana biasanya digerakkan oleh turbin stim atau turbin air.Menengah Rendah
dinamodynamoAlat yang menukarkan tenaga mekanik (tenaga keupayaan dan tenaga kinetik) kepada tenaga elektrik.Menengah Rendah
asidacidBahan yang menukarkan warna kertas litmus biru menjadi merah dan biasanya berasa masam. Contohnya, buah tomato. Lihat RajahSekolah Rendah
alkalialkaliBahan yang menukarkan warna kertas litmus merah menjadi biru, dan biasanya berasa pahit dan licin.Sekolah Rendah
renninrenninEnzim yang menukarkan kaseinogen kepada kasein dalam perut.Menengah Atas
penjanageneratorMesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Lihat RajahMenengah Atas
dinamodynamoPenjana yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Lihat RajahMenengah Atas
perubahan tenagaenergy changeProses menukarkan satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain. Contohnya, tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas