Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.bu/] | منومبوق

Definisi : 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3. melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.bu/] | منومبوق

Definisi : 1 memukul dgn buku tangan atau dgn tinju; meninju: Beliau telah ~ pemuda itu sehingga rebah. 2 memukul atau menghentak dgn alu dll supaya hancur atau terkupas: ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbuk
Kata Terbitan : bertumbuk, menumbuk, tumbukan, penumbuk,

Puisi
 

Menumbuk di lesung tinggi,
     Orang menampi di tengah jalan;
Apa sudah duduk begini,
     Bagai pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Menumbuk di lesung,
     bertanak di periuk.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Memikul di bahu, menjunjung di kepala).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMenumbuk orang di Kampung Atar, Tembulat mengejut ayam; Biar dulu kok terlantar, Di mana boleh sama dalam.
Kurik Kundi Merah SagaMenumbuk di lesung tinggi, Orang menampi di tengah jalan; Apa sudah duduk begini, Bagai pungguk rindukan bulan.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menumbuk di atas lambur, Kalaulah gelap pasang pelita; Mata mengantuk rasa nak tidur, Dalam tidur macam berjaga.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menumbuk alunya tiga, Patah satu alu suasa; Adik tunduk malu ke siapa? Malu ke abang dah kenal biasa.
Kurik Kundi Merah SagaAdik menumbuk alunya tiga, Patah satu tinggal dua; Adik tunduk malukan siapa? Malukan abang tunang biasa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang bunyi lesung, Orang menumbuk padi jawi; Petang-petang ingat kampung, Hendak balik orang tak bagi.
Kurik Kundi Merah SagaRosak lesung kerana antan, Sebab menumbuk padi puteri; Hilang buntat berganti intan, Baru jadi sinar negeri.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini merendam jagung, Siang besok menumbuk serai; Malam ini kita berkampung, Siang besok kita bercerai.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke bukit terluncang-luncang, Nak ambil keropok air; Apa sakit duduk membujang, Lepas menumbuk mencedok air.
12

Kembali ke atas