Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.pang] | منومڤڠ

Definisi : 1. terletak (terdapat, berada) di atas sesuatu yg lain; 2. diam (tinggal, bermalam) di rumah orang, singgah (utk bermalam, tinggal) buat sementara sahaja: buat sementara ini biarlah saya ~ di sini dahulu; 3. naik dan berpergian (dgn kereta, kapal, dll): dr Singkarak ia ~ kereta api ke Padang dgn selamat; 4. turut berpergian dgn kenaikan orang (dgn percuma), membon­ceng: apabila dilihatnya saya mahu belayar juga maka pergilah ia hendak ~; 5. bersama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta; 6. meminta atau memohon supaya mendapat keizinan (kebenaran dll): boleh saya ~ bertanya, apa nama kampung ini?; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.pang] | منومڤڠ

Definisi : 1 diam atau tinggal di sesuatu tempat buat semen­tara saja: Saya ~ di rumah kakak saya. 2 menaiki kenderaan (utk berpergian): Dr Ipoh, dia telah ~ bas ke Taiping. 3 meminta atau memohon supaya mendapat kebenaran atau keizinan: Boleh saya ~ bertanya, di mana Jalan Semangat? 4 terdapat atau berada di atas sesuatu yg lain: pokok ~ tumbuh-tumbuhan yg hidup pd pokok lain; parasit. ~ hidup tinggal bersama supaya dpt hidup. ~ makan turut makan bersama. ~ mati ikut mati; ber­sama-sama mati dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpang
Kata Terbitan : menumpang, menumpangkan, penumpang,

Puisi
 

Buahlah padi selasih dulang,
     Adik menumpang ke hulu saja;
Buah hati kekasih orang,
     Adik menumpang bergurau saja.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Hinggap seperti benalu.

Bermaksud :

Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menunggang atau membonceng dan menumpang motosikal?Menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (basikal, kuda, dll.). Membonceng pula ialah menumpang naik motosikal (basikal dan sebagainya) sementara menumpang membawa maksud naik dan berpergian (dengan kereta, kapal, dll.) dan juga membawa maksud membonceng.

Oleh yang demikian, menunggang, membonceng dan menumpang motosikal boleh digunakan.

Lain-lain21.08.2021
Sila tunjukkan kata dasar dan imbuhan bagi kata-kata berikut. menghenti menyapu menumpang mengangkat meninggi mengajar menggalak menjangkit menengah mengetua mengubu melanggar melangganPerkataan menyapu, menumpang, mengangkat, meninggi, mengajar, menjangkit, menengah, melanggar dan melanggan merupakan kata kerja transitif aktif yang menerima awalan meN-. Kata dasar bagi menyapu ialah sapu, tumpang bagi menumpang, angkat bagi mengangkat, tinggi bagi meninggi, ajar bagi mengajar, jangkit bagi menjangkit, tengah bagi menengah, langgar bagi melanggar dan langgan bagi melanggan. Sementara, perkataan menghentikan dan menggalakkan menerima apitan meng-...-kan manakala mengetuai dan mengubui menerima apitan meN-...-i. Kata dasar bagi perkataan menghentikan ialah henti, galak bagi menggalakkan, ketua bagi mengetuai dan kubu bagi mengubui.Tatabahasa30.10.2006
Zaki sedang berehat seketika di rumah menumpang itu sebelum meneruskan pengembaraannya. Perkataan menumpang merupakan perkataan yang salah. Apakah perkataan yang essuai digantikan?Zaki sedang berehat seketika di rumah tumpangan itu sebelum meneruskan pengembaraannya.Tatabahasa17.03.2011
Salam, papan tanda di premis perniagaan, poster dan tempat awam banyak menggunakan struktur ayat yang salah seperti: - Kaunter Menumpang Barangan - Dilarang Masuk Tanpa Orang Berkebenaran - Syarikat Peminjam Wang Berlesen dan lain-lain. Boleh DBP jelaskan?Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. Selain iklan, pihak DBP juga turut membuat pemantauan tulisan yang diterbitkan melalui majalah, surat khabar dan sebagainya. Untuk pengetahuan puan, DBP sering membantu pihak berkuasa tempatan untuk meluluskan sesuatu iklan yang ingin disiarkan atau yang hendak dinaikkan. Pendeknya setiap iklan yang menggunakan bahasa Melayu sebelum disiarkan hendaklah penggunaan bahasanya diluluskan oleh DBP sebelum lesen kebenaran iklan itu dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

DBP sedia bekerjasama dalam hal memperkasakan bahasa Melayu, walaupun tanggungjawab memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat awam ialah di bawah pihak berkuasa tempatan
Lain-lain30.03.2013
apakah kata dasar bagi menginap.Kata dasar ialah inap. Apabila kata inap diletakkan imbuhan meng-, maka kata ini akan menjadi menginap yang bermaksud  menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel, dll), bermalam;Makna01.06.2009
1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul 2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah d) Tiada apa-apa berlaku 3)Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan?1)Petikan - Kami menginap di hotel yang telah ditempah oleh pihak sekolah
Soalan:-Perkataan menginap dalam petikan di atas bermaksud:- A) Sewa b) Tinggal C) Berehat d) Berkumpul
Jawapan yang tepat ialah menumpang tidur sama ada di rumah, mahupun di tempat lain seperti hotel dan lain-lain.

2) Petikan- Masa Bertolak 8.00 pagi
Soalan:-Jika Ahmad ingin menyertai lawatan tersebut tiba di sekolah jam 8.15 pagi,apakah kemungkinan yang berlaku? a) Ahmad akan ketinggalan bas
b) Guru Ahmad menunggu sehingga Ahmad tiba di sekolah
c) Ahmad menelefon gurunya dan menyatakan yang dia lewat tiba di sekolah
d) Tiada apa-apa berlaku
Jawapan: Keempat-empat jawapan tersebut betul kerana soalan tersebut berbentuk andaian dan semua kemungkinan boleh berlaku.

3) Tulis lima ayat lengkap berdasarkan gambar:- a) Niza membawa sup ayam ke arah meja - Perkataan ini ada kesalahan?
Jawapan: Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat: Niza membawa mangkuk berisi sup ayam menuju ke arah meja.
Tatabahasa06.11.2015

Kembali ke atas