Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.pang] | منومڤڠ

Definisi : 1. terletak (terdapat, berada) di atas sesuatu yg lain; 2. diam (tinggal, bermalam) di rumah orang, singgah (utk bermalam, tinggal) buat sementara sahaja: buat sementara ini biarlah saya ~ di sini dahulu; 3. naik dan berpergian (dgn kereta, kapal, dll): dr Singkarak ia ~ kereta api ke Padang dgn selamat; 4. turut berpergian dgn kenaikan orang (dgn percuma), membon­ceng: apabila dilihatnya saya mahu belayar juga maka pergilah ia hendak ~; 5. bersama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta; 6. meminta atau memohon supaya mendapat keizinan (kebenaran dll): boleh saya ~ bertanya, apa nama kampung ini?; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.pang] | منومڤڠ

Definisi : 1 diam atau tinggal di sesuatu tempat buat semen­tara saja: Saya ~ di rumah kakak saya. 2 menaiki kenderaan (utk berpergian): Dr Ipoh, dia telah ~ bas ke Taiping. 3 meminta atau memohon supaya mendapat kebenaran atau keizinan: Boleh saya ~ bertanya, di mana Jalan Semangat? 4 terdapat atau berada di atas sesuatu yg lain: pokok ~ tumbuh-tumbuhan yg hidup pd pokok lain; parasit. ~ hidup tinggal bersama supaya dpt hidup. ~ makan turut makan bersama. ~ mati ikut mati; ber­sama-sama mati dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpang
Kata Terbitan : menumpang, menumpangkan, penumpang,

Puisi
 

Buahlah padi selasih dulang,
     Adik menumpang ke hulu saja;
Buah hati kekasih orang,
     Adik menumpang bergurau saja.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Hinggap seperti benalu.

Bermaksud :

Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Keris Ganja MenumpangKeris Ganja MenumpangKerisTiadaKeris yang mempunyai ganja yang ditempa secara berasingan dengan bahagian mata .
epiphyteepifitBotaniTiadaTumbuhan yang menumpang hidup pada pokok lain, tetapi tidak menyerap air dan makanan daripada pokok yang ditumpangi. Contohnya, sebahagian spesies orkid, lumut dan paku pakis.
epiphyteepifitLandskapTiadaTumbuhan yang menumpang di atas pokok lain. Tumbuhan ini berkemungkinan merosakkan pokok tersebut.
parasiteparasitBotaniTiadaTumbuhan yang hidup menumpang pada pokok lain dan juga menyerap air dan makanan daripada tisu-tisu perumah sehingga mengakibatkan kemudaratan dan akhirnya boleh menyebabkan kemusnahan pada perumah. Contohnya, pokok dedalu.
parasiteparasitHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan yang hidup menumpang pada pokok yang lain. Tumbuhan ini menyerap makanan daripada tisu-tisu pokok yang ditumpanginya sehingga menyebabkan kemudaratan atau kematian pada pokok tersebut. Contohnya, dedalu (Loranthus sp.).
hitchhikerpengembara tumpangPelanconganTiadaIndividu yang mengembara dengan menumpang kenderaan dari satu destinasi ke satu destinasi tertentu.
hitch-hikingpengembaraan tumpangPelanconganTiadaAktiviti menjelajah dengan menumpang kenderaan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
Rafflesia sp.PakmaPertanianTiadaTumbuhan jenis parasit dalam famili Rafflesiaceae yang tumbuh menumpang pada pokok perumah spesies Tetrastigma spp. Tumbuhan ini merupakan bunga yang terbesar di dunia. Tumbuhan ini tidak mempunyai batang, daun atau akar dan mendapatkan makanan daripada perumah. Bunganya yang telah kembang berbau busuk untuk menarik lalat sebagai agen pendebungaan. Air rebusan kudup bunga yang telah dikeringkan digunakan oleh wanita untuk menguatkan organ peranakan, mempercepat proses melahirkan anak, meningkatkan tenaga dan untuk awet muda.
automobile coatkot automobilKesenianTiadaKot yang dipakai sebagai pelindung ketika memandu atau menumpang kereta pada awal abad 20-an, kebanyakan kereta pada masa itu tiada berbumbung.
automobile capkap automobilKesenianTiadaKap yang digunakan sebagai pelindung ketika memandu atau menumpang kereta pada awal abad ke-20; kebanyakan kereta pada masa itu tiada berbumbung.
12

Kembali ke atas