Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.pu] | منومڤو

Definisi : 1. = bertumpu menekankan (menolakkan dll) pd sesuatu: tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu baginda, menjadi lembang sama tengah; 2. ki memberi sokongan (bantuan dll), menunjang, menyokong; 3. menolak, meniup (angin): bukan sengaja kami ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 4. ki memusatkan (perhatian, pandangan, minat, dll): matanya ~ kpd anaknya sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.pu] | منومڤو

Definisi : 1 menekan pd sesuatu. 2 memberikan bantuan atau sokongan; menyokong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menumpu

Peribahasa

Terbang bertumpu,
     hinggap mencengkam.

Bermaksud :

Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
menumpuconvergeKeadaan cahaya yang menjurus kepada suatu titik selepas melalui suatu kanta cembung.Menengah Atas
cermin cekungconcave mirrorCermin yang mempunyai pemantul yang bentuknya melengkung ke dalam di bahagian tengahnya dan dapat memantulkan sinar selari dengan paksi utama menjadi sinar menumpu. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas