Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.pu.kan] | منومڤوکن

Definisi : 1. menekankan (tapak kaki dll) pd, menunjalkan pd: ia ~ kakinya di batu sebelum melompat ke tebing; 2. tidak mene­rima, menolak (permohonan dll); 3. mening­galkan (negeri dll): ~ kampung halaman; 4. menyandarkan atau mendasarkan (pendapat dll) pd, mengasaskan: ia ~ pendapatnya itu pd beberapa dalil yg boleh dipercayai; 5. memberi sokongan kpd, menolong, menumpu, menyokong, menunjang: pasukan kawalan kampung sentiasa bersiap sedia utk ~ pasukan keselamatan menjaga keamanan negara; 6. memberi segenap tenaga (perha­tian, minat, dll) pd, memusatkan (perhatian dll) pd: mahasiswa-mahasiswa diharapkan supaya ~ masa dan tenaga mereka kpd pelajaran dan kuliah mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tumpu
Kata Terbitan : bertumpu, menumpukan, tumpuan, penumpuan, penumpu,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CHISHOLM, CAROLINEChisholm, Caroline (1808–1877), menumpukan
sebahagian besar hayatnya terhadap kebajikan
para pendatang ke Australia. Dia juga
menggalakkan pendatang ini meninggalkan
bandar yang sesak dan menetap di tanah ladang
Australia.
UMUMUmum
KAJIAN SOSIAL

Kajian sosial ialah satu program pengajian di

sekolah. Kajian sosial menumpukan perhatian

kepada individu, kumpulan, dan institusi yang

membentuk kehidupan bermasyarakat.

UMUM 
ALBERS, JOSEF

Albers, Josef (1888–1976) ialah pelukis dan guru

Jerman. Albers menumpukan perhatian tentang cara warna

dibuat untuk menunjukkan hubungannya dengan

gambar. Untuk beberapa tahun, dia  memberi

tumpuan pada satu bentuk sahaja, iaitu segi

empat sama. Dia menamakan lukisan segi empat

samanya, Homage to the Square .

UMUM 
PLANCK, MAX KARL ERNST LUDWIG

Planck, Max Karl Ernst Ludwig (1858–1947)

ialah ahli fizik teori Jerman yang menumpukan

perhatian kepada kajian termodinamik. Dia

tertarik dengan fenomena penyerapan dan

pancaran haba dan bentuk tenaga sinaran yang

lain. Pada tahun 1900, dia mengasaskan teori

kuantum ketika mengemukakan hukum sinaran.

Teori baru ini telah membawa pembaharuan

dalam bidang fizik. Pada tahun 1918, Planck

dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang fizik.

UMUM 
ATHLONE, EARL OF

Athlone, Earl of (1874–1957), anggota keluarga

diraja Britain dan seorang pegawai tentera,

berkhidmat sebagai Gabenor Jeneral Kanada dari

tahun 1940 hingga tahun 1946. Sebagai seorang

gabenor jeneral, dia menumpukan perhatiannya

untuk mengekalkan peranan Kanada semasa

Perang Dunia II (1939 –1945). Pada tahun 1943 dan

1944, dia menjemput Presiden Franklin D.

Roosevelt dari Amerika Syarikat dan Perdana

Menteri Britain, Winston Churchill untuk

menghadiri dua persidangan masa perang yang

bersejarah di kediamannya di Quebec.

UMUM 
TERAPI PEKERJAAN

Terapi pekerjaan ialah penggunaan aktiviti

amali untuk merawat kecacatan fizikal dan mental.

Doktor sering mempreskripsikan jenis rawatan ini

bagi orang yang mengalami kecederaan, penyakit,

masalah emosi, atau penuaan. Terapi pekerjaan

menumpukan perhatian, terutamanya dalam

membantu pesakit membina kemahiran yang

diperlukan untuk melaksanakan tugas khusus.

UMUM 
SURAH AL-TALAQ

Surah al-Talaq ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-65 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 12 ayat.

Surah ini dinamakan al-Talaq (talak) kerana

perbicaraannya menumpukan kepada bab talak.

Diriwayatkan bahawa Ibn Umar r.a. menceraikan

isterinya dalam keadaan haid, berita itu

kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah

s.a.w. yang menyebabkan kemarahan Baginda.

Rasulullah s.a.w. mengarahkan Ibn Umar r.a. supaya

merujuk semula kepada isterinya dan menunggu

sehingga isterinya tamat tempoh haid. Apabila Ibn

Umar r.a. hendak menceraikan isterinya setelah

suci dari haid, maka turunlah ayat mengenainya di

dalam surah ini.

UMUM 
MAILLOL, ARISTIDE

Maillol, Aristide (1861–1944) ialah pengukir

Perancis. Seperti kebanyakan pengukir

generasinya, Maillol tidak menyenangi bentuk

emosionalisme dan bentuk tidak tentu yang

dihasilkan oleh pengukir sezamannya, Auguste

Rodin, yang menguasai seni ukir Perancis pada

waktu itu. Sebaliknya Maillol menumpukan

perhatian terhadap gaya figura yang tenang lagi

berimbang. Bentuk yang pejal serta jelas

merupakan matlamat utamanya. Maillol cuba

kembali mengukir bentuk-bentuk ukiran yang

tenang dan harmoni yang terdapat pada ukiran

zaman klasik awal Yunani.

UMUM 
BRUCE, SIR DAVID

Bruce, Sir David (1855–1931) ialah pakar bedah

British, yang menumpukan hidupnya kepada

kajian penyakit tropika.

UMUM 
LI PENG

Li Peng (1928– ), salah seorang pemimpin China

yang paling terkemuka. Dia menjadi pemangku

perdana menteri China pada bulan November 1987

dan menjadi perdana menteri pada bulan April

1988. Perdana menteri mengetuai segala operasi

kerajaan. Sejak tahun 1985, Li menganggotai

Politburo , iaitu badan utama yang membuat dasar

bagi Parti Komunis China. Dia menumpukan

kerjayanya kepada pembangunan sumber tenaga.

Kebangkitannya sebagai seorang pemimpin yang

berkuasa menggambarkan minat China yang

bertambah dalam pembangunan teknologi pada

tahun 1980-an.

UMUM 
12

Kembali ke atas