Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.pu.kan] | منومڤوکن

Definisi : 1. menekankan (tapak kaki dll) pd, menunjalkan pd: ia ~ kakinya di batu sebelum melompat ke tebing; 2. tidak mene­rima, menolak (permohonan dll); 3. mening­galkan (negeri dll): ~ kampung halaman; 4. menyandarkan atau mendasarkan (pendapat dll) pd, mengasaskan: ia ~ pendapatnya itu pd beberapa dalil yg boleh dipercayai; 5. memberi sokongan kpd, menolong, menumpu, menyokong, menunjang: pasukan kawalan kampung sentiasa bersiap sedia utk ~ pasukan keselamatan menjaga keamanan negara; 6. memberi segenap tenaga (perha­tian, minat, dll) pd, memusatkan (perhatian dll) pd: mahasiswa-mahasiswa diharapkan supaya ~ masa dan tenaga mereka kpd pelajaran dan kuliah mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tumpu
Kata Terbitan : bertumpu, menumpukan, tumpuan, penumpuan, penumpu,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
condenser lenskanta kondenserFizikOptikGabungan kanta dalam peralatan optik untuk menumpukan cahaya ke atas objek dengan pencahayaan yang kuat. Dalam projektor, kondenser ini terdiri daripada dua kanta satah cembung yang menumpukan sinar dari lampu projektor ke atas celah.
selective attentionperhatian berpilihPsikologiPsikologi UmumPenumpuan kepada aspek tertentu tanpa mempedulikan atau menyekat aspek yang lain. Contohnya, individu boleh menumpukan perhatian kepada satu-satu sasaran seperti menumpukan perhatian kepada guru dalam kelas tanpa mempedulikan bebelan kawan di sekeliling. Walau bagaimanapun, tindakan perhatian berpilih boleh mendatangkan kerugian kerana individu tidak menyedari sesuatu yang beraku di sekelilingnya sehingga boleh mendatangkan kemalangan.
existential counselingkaunseling kewujudanPsikologiPsikologi UmumKaedah kaunseling yang menumpukan perhatian terhadap aspek negatif yang dipersepsikan oleh klien. Menurut pendekatan ini, punca-punca kecelakaan atau psikopatologi ialah kegagalan klien untuk bertanggungjawab terhadap sesuatu yang mereka lakukan. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan humanistik yang menumpukan aspek positif dalam hidup klien. Dengan ini, matlamat kaunseling kewujudan adalah untuk menolong klien mengenali hakikat bahawa dalam kehidupan ini manusia mempunyai pilihan dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Klien diminta supaya berterus terang, amanah, terbuka dan suka bercampur gaul dengan orang lain. Contohnya, hubungan psikologikal sesama manusia boleh membantu mengatasi masalah ketakutan asas seperti kematian kerana apabila mereka memahami hakikat kewujudan mereka, maka akan terbentuk kenyakinan bahawa nama yang baik akan terus kekal dalam ingatan masyarakat selepas kematian mereka.
developmental psychologypsikologi perkembanganPsikologiPsikologi UmumBidang yang mengkaji cara manusia berkembang dan berubah mengikut arus waktu. Bidang psikologi ini menumpukan perhatian terhadap proses-proses tumbesaran pralahir dan pascalahir serta kematangan tingkah laku. Pakar bidang ini menumpukan perhatian terhadap pelbagai peringkat perkembangan, termasuk prinsip atau hukum kematangan serta kesan pengalaman awal dan tingkah laku yang diamalkan kemudiannya terhadap perkembangan. Bidang ini kini menjadi begitu pesat sehingga wujud pakar-pakar psikologi perkembangan kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua.
industrial and organization psychologypsikologi industri dan organisasiPsikologiPsikologi UmumBidang psikologi yang menumpukan kepada perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan pembaikan prestasi pekerja seperti pemilihan kerjaya, analisis kemahiran, penilaian latihan kerja, kualiti persekitaran kerja dan hubungan antara pekerja. Bidang ini boleh dibahagikan kepada tiga subbidang, iaitu psikologi personel, psikologi organisasi dan psikologi faktor manusia. Psikologi personel menumpukan perhatian kepada perkara yang berkait dengan kemahiran dan produktiviti pekerja. Psikologi organisasi memfokuskan kepada cara individu mengadaptasi diri daripada beberapa aspek seperti sosial dan emosi dalam organisasi yang kompleks. Psikologi faktor manusia atau ergonomik pula melihat cara bagaimana persekitaran kerja boleh direka bentuk supaya sesuai dengan kemampuan dan keadaan manusia.
egocentricegosentrikPerubatanTiadaBerkaitan dengan sifat menumpukan perhatian pada diri sendiri.
job agencyagensi pekerjaanPentadbiranTiadaAgensi yang menumpukan tugasnya untuk memperkenalkan staf mahir, separuh mahir, dan juga yang tidak mahir kepada bakal majikan.
cometographykometrografiMatematikTiadaCabang ilmu falak yang menumpukan perhatian kepada kajian dan perihalan komet.
dairy farmingperladangan tenusuGeografiTiadaSistem perladangan yang menumpukan kegiatan kepada ternakan lembu untuk susu bagi tujuan penggunaan atau pemprosesan keju dan mentega.
ontological criticismkritikan ontologiKesusasteraanTiadaKritikan yang lebih menumpukan perhatian kepada unsur-unsur intrinsik.
12345678910

Kembali ke atas