Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.nai.kan] | منونايکن

Definisi : 1. membayar dgn tunai (tidak mengansur atau berhutang), menjelaskan (dgn tunai), mengontan: ~ hutang; 2. mengerjakan tugas (kewajiban dll), melaksanakan (perintah dll), mengamalkan (ajaran dll): manusia wajib ~ apa yg diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan apa yg dilarang-Nya; 3. memenuhi (janji, hajat, permintaan, dll): Yusof juga berucap pd majlis tersebut sbg ~ per­mintaan Pegawai Daerah; 4. menukarkan sesuatu (cek, kiriman wang dsb) dgn wang tunai: kami tidak dapat ~ cek di bank pd hari itu disebabkan kerosakan sistem komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.nai.kan] | منونايکن

Definisi : 1 membayar semasa itu juga; membayar tunai. 2 menjalankan sesuatu tugas atau janji; mengamalkan ajaran, perintah dll: Ia sudah ~ rukun Islam yg kelima. 3 menukarkan cek, kiriman wang dsb dgn wang tunai: Mereka ke bank utk ~ cek yg diterima itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunai
Kata Terbitan : menunaikan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan.... yang mana satu betul.. 1. Saya menunaikan permintaannya kerana esok adalah hari jadinya . atau... 2.Saya menunaikan permintaannya kerana esok ialah hari jadinya . Penggunaan ialah atau adalah yang betul... TQAyat yang betul ialah ayat no. 2. Saya menunaikan permintaannya kerana esok ialah hari jadinya . Tatabahasa05.09.2013
Elemen kemampuan menunaikan solat. atau kriteria kemampuan menunaikan solatElemen bermaksud unsur, kriteria bermaksud ukuran atau pertimbangan. Antara dua perkataan ini, kriteria lebih sesuai digunakan.Lain-lain21.03.2018
1.Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur. 2. Bekalan elektrik yang terputus meyebabkan seluruh peserta kursus menggelabah. Soalan saya : Salahkah penggunaan kata bilangan tak tentu dalam ayat-ayat di atas (sedikit & seluruh)? Jika ya, harap dapat diberikan alasan. Terima kasih.1. Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur.
2. Bekalan elektrik yang terputus menyebabkan semua peserta kursus menggelabah.

Sedikit dan seluruh merupakan kata bilangan yang tergolong dalam kata kuantiti. Kata kuantiti adalah kata kardinal yang jumlahnya tidak semuanya nyata.

sedikit, beberapa = jumlah yang tidak banyak tetapi lebih daripada satu.
seluruh = kata kuantiti yang berkaitan erat dengan tempat ( Contoh; Seluruh masyarakat turut bergabung).
semua = jumlah banyak.


Sila rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima Asmah Haji Omar untuk rujukan lanjut.
Tatabahasa04.02.2013
Antara dua ayat berikut, yang manakah yang betul dan apakah penjelasannya? A. Aku akan pulang ke kampung minggu hadapan kerana ayah dan ibu sudah mendapat tarikh berlepas menunaikan umrah. B. Aku akan pulang ke kampung minggu hadapan kerana ayah dan ibu sudah dapat tarikh berlepas menunaikan umrah.

Kami mencadangkan jawapan A dengan sedikit penambahbaikan

A. Aku akan pulang ke kampung pada minggu hadapan kerana ayah dan ibu sudah menerima/mengetahui tarikh berlepas menunaikan umrah. Pemilihan perkataan yang dicadangkan lebih tepat.
Tatabahasa17.04.2023
Bagaimana sekiranya saya ingin menyemak perkataan yang dibuat tepat atau tidak dari segi maksudnya. Contoh: Selamat menunaikan ibadah puasa atau Selamat menjalankan ibadah puasa Untuk makluman tuan, saya ingin memasukkan ucapan selamat ini ke laman web. stkFrasa yang tepat ialah "Selamat menunaikan ibadah puasa", atau dlm bentuk lebih ringkas "Selamat berpuasa"Tatabahasa28.09.2007
Saya ingin bertanyakan jawapan sama ada dari atau daripada untuk soalan berikut : "Kami menunggu kepulangan ibu ___________ menunaikan haji di Mekah." Terima kasih!Kata sendi nama dari dan daripada tidak sesuai digunakan dalam ayat. Ayat yang betul ialah "Kami menunggu kepulangan ibu yang menunaikan haji di Mekah".Tatabahasa19.05.2013
Bagaimana cara-cara menunaikan solat secara berjemaah dan apakah kepentingannya?

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Posisi imam mesti di hadapan makmum dan posisi makmum di belakang imam. Makmum  tidak boleh mendahului imam dalam perlakuan dalam solat.

Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat mua'akad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah

Sabda Nabi SAW:"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara yang dibincangkan silalah rujuk pakar bidang (ustaz/imam) secara langsung atau rujuk rujukan di laman sesawang atau di perpustakaan yang berhampiran.

 

Lain-lain16.01.2009
1) Dia membatalkan hasratnya untuk menunaikan 'Solat Subuh' atau 'solat Subuh' di masjid. 2) Saya ingin bertanya makna 'triggered' bagi dua konteks ayat ini. "Abang ingatkan adik 'triggered' pasal Mak Long dera kita dulu" dan "Adik dah lama lupa tentang Mak Long melainkan tiba-tiba adik kena pukul balik. Tu mungkin boleh jadi PTSD adik 'triggered' semula.”
1.   Waktu solat merupakan kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat. Contohnya solat subuh, solat zuhur, solat asar, solat maghrib dan solat isyak. 

2. Mengikut Kamus  Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "trigger" membawa maksud "mencetuskan". Perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks dan situasi yang sesuai, salah satunya ialah "menjadi marah".
Tatabahasa08.12.2020
Jika seseorang itu memiliki ijazah kedoktoran dan telah menunaikan ibadat haji, apakah gelaran yang sesuai untuknya dalam sesuatu majlis. Contohnya: 1.Tuan Haji Dr. Muhammad Ramli 2. Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli Yang manakah betul penggunaannya? Nombor 1 atau nombor 2? Gelaran yang betul ialah "Dr. Haji Muhammad Ramli". Assalamualaikum... Saya telah bertanya soalan di atas danpihak tuan telah memberikan jawapannya. Terima kasih dengan penjelasan jawapan. Soalan tambahan saya....jika ada pihak ingin juga memasukkan kata panggilan 'tuan', adakah panggilan itu seperti dalam pilihan 1 atau 2? Terima kasihPengejaan yang betul adalah seperti yang berikut "Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli".Ejaan06.05.2015
MINTA KEPASTIAN EJAAN SEBENAR BAGI GELARAN PEREMPUAN YANG TELAH MENUNAIKAN HAJI . HAJAH ATAU HAJJAHEjaan yang betul ialah Hajah.Ejaan20.11.2007
123

Kembali ke atas