Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.nai.kan] | منونايکن

Definisi : 1. membayar dgn tunai (tidak mengansur atau berhutang), menjelaskan (dgn tunai), mengontan: ~ hutang; 2. mengerjakan tugas (kewajiban dll), melaksanakan (perintah dll), mengamalkan (ajaran dll): manusia wajib ~ apa yg diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan apa yg dilarang-Nya; 3. memenuhi (janji, hajat, permintaan, dll): Yusof juga berucap pd majlis tersebut sbg ~ per­mintaan Pegawai Daerah; 4. menukarkan sesuatu (cek, kiriman wang dsb) dgn wang tunai: kami tidak dapat ~ cek di bank pd hari itu disebabkan kerosakan sistem komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.nai.kan] | منونايکن

Definisi : 1 membayar semasa itu juga; membayar tunai. 2 menjalankan sesuatu tugas atau janji; mengamalkan ajaran, perintah dll: Ia sudah ~ rukun Islam yg kelima. 3 menukarkan cek, kiriman wang dsb dgn wang tunai: Mereka ke bank utk ~ cek yg diterima itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunai
Kata Terbitan : menunaikan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WAKTU SOLAT

Satu tempoh tertentu yang ditetapkan bagi orang Islam untuk menunaikan kewajipan ibadat solat fardu dan sebilangan solat sunat.

FIZIKKonsep
AZAN

Azan adalah satu cara pemberitahuan dalam Islam.

Ia berfungsi sebagai peringatan supaya menunaikan

sembahyang lima waktu. Azan dari segi bahasa

bermakna seruan dan pemberitahuan. Makna ini

terdapat dalam firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan serukanlah umat manusia untuk

mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan

datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki,

dengan menunggang berjenis-jenis unta kurus,

yang datangnya dari pelbagai jalan (dari ceruk

rantau) yang jauh”.

UMUM 
MASJID

Masjid ialah rumah Allah SWT, dan merupakan

tempat orang Islam menunaikan sembahyang fardu

yang diwajibkan ke atas mereka.

UMUM 
MASJID AL-HARAM

Masjid al-Haram ialah masjid terbesar di dunia yang wajib dikunjungi oleh umat Islam yang menunaikan ibadat haji. 

KEJURUTERAANBangunan/Kota
PHAËTHON

Phaëthon dalam mitologi Yunani, ialah putera

Helios dewa matahari, dan Clymene, dewi laut.

Untuk mengetahui sama ada Helios adalah

bapanya yang sebenar, Phaëthon mengembara ke

istana dewa matahari di timur. Di sana, untuk

menenangkan Phaëthon, Helios berjanji akan

menunaikan sebarang permintaannya. Phaëthon,

secara terburu-buru, meminta untuk memandu

rata matahari merentasi langit untuk satu hari.

Helios, dengan hati yang berat, membenarkannya,

tetapi Phaëthon, sebagai makhluk biasa, tidak

berupaya mengawal kuda berapi yang menarik

rata tersebut.

UMUM 
CIREBON

CIREBON, pusat pemerintahan, yang pada asalnya adalah sebahagian daripada kerajaan Hindu Pajajaran. Selepas tahun 1552, Kesultanan Islam telah ditubuhkan oleh Falatehan atau Fatahillah, yang juga telah menubuhkan kerajaan Banten. Falatehan, anak kepada Maulana Machdar Ibrahim, dipercayai telah meninggalkan kampungnya di Pasai apabila Pasai ditakluk oleh Portugis. Dia tiba di Sunda selepas menunaikan haji di Makkah. Sesetengah pihak mempercayai bahawa Falatehan dan Sunan Gunung Jati adalah orang yang sama. Purwaka Caruban Nagari membezakan kedua-dua tokoh ini. Teks itu mengaitkan Sunan Gunung Jati adalah anak Syarif Hidayatullah, hasil perkahwinan antara Syarif Abdullah, anak Raja Mesir dengan Rara Santang, seorang puteri Pajajaran, yang menunaikan haji bersama-sama abangnya atas nasihat guru agama mereka, Syeh Datu Kahfi. Selepas menamatkan pengajian agama dan kembali daripada perantauan, Syarif Hidayatullah dikatakan menetap berhampiran Gunung Jati di Cirebon dan menjadi salah seorang daripada wali sembilan.

        

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SURAH AL-HAJJ

Surah al-Hajj ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-22 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 78 ayat.

Surah ini dinamakan al-Hajj sebagai mengingati

seruan Nabi Ibrahim a.s. selepas selesai membina

Kaabah yang menyeru manusia menunaikan haji di

Baitullah al-Haram.

UMUM 
PERANG BADAR AL-KUBRA

Perang Badar al-Kubra meletus pada 17

Ramadan tahun kedua Hijrah bersamaan dengan

tahun 624 M. antara orang Islam dengan orang kafir

Makkah al-Mukarramah. Faktor utama berlakunya

peperangan ini ialah orang Quraisy telah menyeksa

dan merampas harta orang Islam sehingga

memaksa mereka berhijrah ke Madinah dengan

meninggalkan rumah tangga di Makkah al-

Mukarramah. Orang kafir juga telah menghalang

orang Islam daripada menunaikan haji dan umrah.

Oleh sebab itu, Rasulullah s.a.w. mahu melemahkan

kekuatan orang kafir Quraisy dengan menghalang

jalan perdagangan mereka dari Makkah al-

Mukarramah ke Syam.

UMUM 
TABUNG HAJITABUNG HAJI, badan yang menguruskan pemergian umat Islam menunaikan haji di Makkah, dan merupakan satu-satunya badan amanah yang dimiliki sepenuhnya oleh umat Islam di Malaysia.  Tabung Haji atau nama penuhnya Lembaga Urusan dan Tabung Haji ditubuhkan pada 8 Ogos 1969.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
NABI YA‘KUB A.S.

Nabi Ya‘kub a.s. ialah bapa kepada 12 buah puak.

Baginda merupakan sandaran bagi bangsa Bani

Israel . Baginda digelar Israel yang bermakna “roh

Allah” dalam bahasa Ibrani. Nabi Ya’kub a.s. lahir di

Kanaan (Palestin). Kemudian, Nabi Ya‘kub a.s.

dibesarkan di bawah jagaan bapa baginda, Nabi

Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ketika dewasa, ibunya

menyuruh Nabi Ya‘kub a.s. pergi bermusafir

menemui bapa saudara sebelah ibunya di Iraq

kerana ibunya takut saudaranya itu berasa marah

sekiranya dia tidak menunaikan janjinya dulu. Di

sana , Nabi Ya‘kub a.s. mengahwini dua orang anak

perempuan pak ciknya. Nabi Ya‘kub a.s. juga

diberikan jariah untuk kedua-dua orang isterinya itu.

Selepas itu, keempat-empat orang wanita ini telah

melahirkan 12 orang anak yang diberi gelaran

asbat” (puak). Setiap mereka inilah yang menjadi

bapa kepada puak-puak Bani Israel. Penglihatan

Nabi Ya‘kub a.s. pernah hilang akibat terlalu sedih

mengenangkan nasib anaknya, Nabi Yusuf a.s. yang

telah disingkir oleh saudara-saudaranya melalui

konspirasi jahat mereka. Namun, Allah SWT telah

mengembalikan penglihatannya setelah dia

menerima baju anaknya, Nabi Yusuf a.s. Nabi Ya‘kub

a.s. dapat berjumpa semula dengan anaknya itu

selepas lama kehilangannya, serta lama

menanggung kesedihan dan penderitaan yang

berat. Nabi Ya‘kub a.s. wafat di Mesir setelah 17

tahun duduk bersama anak kesayangannya Nabi

Yusuf a.s.

UMUM 
12

Kembali ke atas