Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.nai.kan] | منونايکن

Definisi : 1. membayar dgn tunai (tidak mengansur atau berhutang), menjelaskan (dgn tunai), mengontan: ~ hutang; 2. mengerjakan tugas (kewajiban dll), melaksanakan (perintah dll), mengamalkan (ajaran dll): manusia wajib ~ apa yg diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan apa yg dilarang-Nya; 3. memenuhi (janji, hajat, permintaan, dll): Yusof juga berucap pd majlis tersebut sbg ~ per­mintaan Pegawai Daerah; 4. menukarkan sesuatu (cek, kiriman wang dsb) dgn wang tunai: kami tidak dapat ~ cek di bank pd hari itu disebabkan kerosakan sistem komputer; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.nai.kan] | منونايکن

Definisi : 1 membayar semasa itu juga; membayar tunai. 2 menjalankan sesuatu tugas atau janji; mengamalkan ajaran, perintah dll: Ia sudah ~ rukun Islam yg kelima. 3 menukarkan cek, kiriman wang dsb dgn wang tunai: Mereka ke bank utk ~ cek yg diterima itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunai
Kata Terbitan : menunaikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
qada’menunaikan kewajipanPerniagaan IslamTiadaPelaksanaan tugas yang sama, sebagai ganti kepada tinggalan tugas tersebut pada masa lalu. Contohnya, pembayaran cukai yang tidak dilaksanakan pada tahun lalu mesti dibayar, walaupun tempoh taksiran telah berlalu.
on default in compliance with requestapabila tidak menunaikan permintaanUndang-undangTiadaTiada
ada’melaksanaPerniagaan IslamTiadaPerihal menunaikan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh syarak pada waktu yang telah ditentukan. Tanggungjawab yang wajib ditunaikan seperti melunaskan hutang, membayar harga produk yang dibeli, membayar sewa atau melaksanakan perkhidmatan yang dipersetujui.
ada’ daynmelaksana hutangPerniagaan IslamTiadaPerihal menunaikan atau melangsaikan hutang sama ada hutang pinjaman, jual beli atau denda. Pelangsaian hutang boleh dilakukan oleh penghutang sendiri atau pihak lain. Sinonim wafa’ al-dayn.
defaulterpengingkarPentadbiran PerniagaanTiadaPengingkar: Individu yang tidak menunaikan kontrak atau obligasinya.
breach of promisemungkir janjiUndang-undangTiadaTidak menunaikan janji, biasanya janji untuk berkahwin.
daman ‘uhdahjaminan janjiPerniagaan IslamTiadaTanggungan untuk menunaikan sesuatu yang telah dijanjikan. Contohnya, dalam urus niaga jual beli bertangguh, pihak penghutang hendaklah menyegerakan bayaran hutang mengikut tempoh yang dijanjikan. Dalam perkhidmatan penghantaran cepat pula, unsur jaminan penghantaran dalam tempoh tertentu adalah sangat penting.
hajj pilgrimageziarah hajiPelanconganTiadaPerjalanan ke Mekah untuk menunaikan fardu haji.
accountability deficitdefisit kebertanggungjawabanPentadbiranPentadbiran Awam

Kelemahan atau kekurangan dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada individu atau organisasi pada tahap yang sepatutnya. Individu yang diberikan tanggungjawab, menjalankan tugas secara sambil lewa, lalai, leka dan tidak serius seperti melepaskan batuk di tangga. Defisit ini boleh berlaku kerana kelemahan individu seperti etika kerja yang lemah, tamak, ego, kurangnya pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni, tidak bersikap professional, kurang dedikasi, tidak nampak kelemahan sendiri dan akibat tekanan hidup yang tinggi. Defisit kebertanggungjawaban akan menjejaskan pengurusan dan pencapaian misi serta objektif organisasi, menggugat kepercayaan orang awam serta melemahkan semangat kerja berpasukan.

أهلية الأدأkelayakan melaksanaAgama IslamFiqhSeseorang yang mempunyai kelayakan untuk menunaikan tanggungjawab syarak.
123

Kembali ke atas