Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.da] | منوندا

Definisi : 1. menolak atau menolakkan, mendorong, menyorong; 2. ki meminta supaya melakukan (mengadakan dll) sesuatu, mendesak: dgn mengumumkan parti politik yg baru, kita dapat ~ pemerintah mengambil suatu keputusan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.da] | منوندا

Definisi : menghentikan dan meneruskan kemudiannya, mengundurkan waktu, menangguhkan (pelaksanaan dll sesuatu): mulanya sukan itu hendak diadakan pd bulan Ogos, kemudian ditunda kpd bulan Disember; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.da] | منوندا

Definisi : 1. menarik sampan dll dgn tali: sebentar kemudian dgn ~ perahu si Tenggang, mereka pun berkayuh balik ke pantai; 2. ki mengikut dr belakang, mengikut, mengiringi: orang tua itu sedang mengingat peristiwa kematian isterinya yg ditunda dgn kematian anak-anaknya; Pak Sudin masuk ke dlm bilik hadapan dan Yusof ~nya dr belakang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.da] | منوندا

Definisi : 1 menarik sampan dll dgn tali dsb. 2 ki berjalan dll berikut-ikut atau berturut-turut; mengikut di belakang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nun.da] | منوندا

Definisi : menghentikan buat sementara waktu dan di­langsungkan pd waktu lain; menangguhkan: Penge­rusi kumpulan itu telah ~ mesyuarat ke minggu hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunda2
Kata Terbitan : bertunda-tunda, menunda, menunda, menundakan, menunda-nunda,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, anak-anak didik saya pernah menghujani saya seribu satu kemusykilan tatabahasa. Antaranya berhubung dengan kata kerja transitif yang berawalan meN- and berapitan meN-...-kan. Contohnya: ... menunda sinonim dengan menangguhkan ... memupuk sinonim dengan menyemaikan ... membasmi sinonim dengan menghapuskan Soalnya, mengapakah KKtr menunda, memupuk dan membasmi tidak boleh menerima akhiran -kan walaupun membawa makna yang sama? Sekian, Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Salam sejahtera,

Untuk makluman, pihak kami bersetuju dengan pandangan yang diberikan kerana sememangnya contoh-contoh yang diberikan bersinonim. Akan tetapi, hanya bersinonim dalam kontes tertentu sahaja dan bukannya 100% peratus kerana ada perkataan yang membawa maksud yang sama dan ada juga yang tidak sama. Hal ini disebabkan, sesuatu perkataan itu mempunyai makna yang pelbagai.
Tatabahasa20.12.2016
Tafsiran untuk perkataan TRAK TUNDATrak Tunda ialah sejenis trak / lori yang digunakan untuk menunda kenderaan lain sama ada kenderaan tersebut dibawa di atas trak  atau ditarik.Makna05.02.2020
Betulkah ayat ini? 1.Amir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka. 2.Pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.Apakah penjodoh bilangan bagi kumpulan bola sepak?Jawapan:
1.Amir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka.
2.Pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.
Apakah penjodoh bilangan bagi kumpulan bola sepak?
Jawapan: Pasukan bola sepak
Lain-lain08.10.2014
Cadangan perkataan KEMBALIK diletakan di dalam kamus dan diberi maksud.. KEMBALIK adalah istilah kepada Towing TruckDalam data rujukan kami, belum ada lagi padanan bahasa Melayu bagi perkataan kembalik. Kembalik ialah Kenderaan Trak Tunda yang biasanya digunakan oleh Tentera untuk menunda kenderaan tentera yang rosak untuk ditarik balik ke kem atau bengkel. Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudara akan kami kemukakan kepada pihak pengurusan DBP, Terima kasih.Lain-lain01.12.2020
Perbezaan antara perkataan menundakan dan menangguhkan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menundakan bermaksud 1. menolak atau menolakkan, mendorong, menyorong 2. (kiasan) meminta supaya melakukan (mengadakan dll) sesuatu, mendesak.  Menangguhkan pula bermaksud 1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga)  2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll) 

Makna09.09.2011
Assalamualaikum tuan. Adakah perkataan tunda yang merujuk kepada waktu dan tarikh semesti membawa ke hadapan? Bolehkah kita gunakan perkataan tunda itu untuk tarikh yang tukarkan ke belakang? Contohnya tarikh 2 Ogos ditunda ke tarikh 1 Ogos. Sekian terima kasihLazimnya tunda/menunda pelaksanaan sesuatu ke hadapan. Jika ke belakang lazimnya kita menyebut diawalkan, seperti pelaksanaan majlis ramah mesra diawalkan dari 2 Ogos kepada 1 Ogos.Tatabahasa30.07.2012
Selamat petang, Adakah ayat pertandingan bola sepak itu akan ditunda pada minggu hadapan betul? Bagaimana jika ayat tersebut digantikan dgn penggunaan kata sendi ke, kepada ? Berdasarkan kamus pd m/s 1737, (kamus dewan edisi ke-4), saya kurang jelas dgn ayat ini ( lihat perkataan menunda) mulanya sukan itu hendak diadakan pada bulan Ogos, kemudian ditunda kepada bulan Disember; Mengapa kata sendi kepada digunakan dlm ayat ini? Tidakkah ia bukan gramatis?TQkata sendi nama ke hanya digunakan untuk menyatakan arah dan tempat manakala pada digunakan untuk masa.oleh itu penggunaan sendi nama pada hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan keterangan waktu dan tempat.Untuk keterangan lanjut boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 252-271.Tatabahasa15.08.2007

Kembali ke atas