Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah contoh-contoh penanda wacana bagi menunjukkan 1)perhubungan antara dua ayat 2) perbandingan antara dua ayat 3) penambahan maklumat/idea. Terima kasih

Dalam Bahasa Melayu, terdapat sekurang-kurangnya lima jenis penanda wacana. Antaranya, penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Malahan, tambahan pula, di samping itu, tetapi, sebaliknya, namun, maka, walau bagaimanapun antara contoh penggunaan penanda wacana yang betul dan tepat. Untuk memudahkan saudari/saudara sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlmn. 525).

Tatabahasa25.03.2013
Rajah 1.1 menunjukkan teori perkaitan di antara sebab dan syarat-syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. Soalan: Sesuaikah penggunaan perkataan "perkaitan" di situ, atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? Kemudian perlukah diletakkan perkataan "di" sebelum "antara" atau cukup dengan "antara" sahaja tanpa "di (di antara) dalam konteks ayat di atas? Terima kasih.Rajah 1.1 menunjukkan kaitan antara sebab dan syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. - perkaitan bermaksud hal atau keadaan yang berkaitan, manakala kaitan bermaksud hubungan. Kata kaitan lebih sesuai dalam ayat ini. Perkataan di antara lazimnya digunakan bagi perkataan yang menunjukkan ada ruang/jarak antara kedua-duanya, oleh itu kata antara lebih sesuai dalam ayat ini.Tatabahasa12.05.2011
apakah ayat yang paling sesuai bagi contoh ayat berikut; ayat 1. Selanjutnya, keputusan dalam Jadual 1 menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru iaitu seperti berikut; ayat 2. Selanjutnya, keputusan dalam Jadual 1menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru seperti berikut; iaitu, yang manakah contoh ayat di atas yang sesuai digunakan? mohon cadangan tqAyat yang betul ialah "Seterusnya, Jadual 1 menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru seperti yang berikut:"Tatabahasa03.04.2015
Pertanyaan 1 1) Pokok bunga itu _____________ oleh tukang kebun itu supaya kemas. a) ditebang b) dicantas c) ditetak d) dipangkas Pertanyaan: adakah soalan di atas mempunyai lebih daripada satu jawapan berdasarkan kepada konteks soalan? mohon pencerahan. Isikan tempat kosong dalam petikan dengan perkataan sesuai. "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang __________ negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pertanyaan: adakah sendi nama "kepada" jawapan yg betul dan adakah "terhadap" mempunyai makna yang sama dalam konteks ini. Bolehkah kedua-dua jawapan (kepada/terhadap) diterima?1) Pokok bunga itu dicantas/dipangkas oleh tukang kebun itu supaya kemas. Cantas dan pangkas bermaksud dipotong hujungnya supaya cantik.

2) "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang akan negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pernyataan bersifat emotif dan didahului oleh kata adjektif, lazimnya menggunakan kata sendi nama akan. Walau bagaimanapun, boleh juga menggunakan kata sendi nama kepada atau terhadap dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa18.06.2015
Penggunaa perkatan "di" jarak atau rapat. Contoh: dikapal atau di kapal didalam atau di dalamDi boleh dikategorikan sebagai kata arah dan imbuhan awalan. 1. menunjukkan kata arah, di dieja jarak. Misalnya di atas, di bawah, di hadapan.  2. menunjukkan imbuhan awalan perlu dieja rapat. Misalnya dimakan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. Merujuk kepada contoh diberi, yang betul di kapal dan di dalam.Tatabahasa06.03.2014
Apakah perbezaan maksud di antara "di hadapan" dan "dihadapan", atau pun "kehadapan" dan "ke hadapan"?

Di dan ke boleh dikategorikan sebagai kata arah dan imbuhan awalan. 1. menunjukkan kata arah, di dan ke dieja jarak. Misalnya di atas, di bawah, di hadapan, ke hadapan, ke sana.  2. menunjukkan imbuhan awalan perlu dieja rapat. Misalnya kehendak, dimakan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.

Lain-lain29.07.2010
Di hadapan atau dihadapan yang manakah betul? Mohon pencerahan. Terima kasihSalam sejahtera,

Ejaan yang betul ialah di hadapan.

Di dan ke boleh dikategorikan sebagai kata arah dan imbuhan awalan.
1. menunjukkan kata arah, di dan ke dieja jarak. Misalnya di atas, di bawah, di hadapan, ke hadapan, ke sana.  
2. menunjukkan imbuhan awalan perlu dieja rapat. Misalnya kehendak, dimakan. 

Sekian, terima kasih.

Layari laman web www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.
Tatabahasa11.06.2020
1. Gambar menunjukkan sesorang tukang beca yang membawa penumpang dengan menunggang beca . A) Pak Ali seorang penunggang beca. B) Pak Ali seorang penarik beca. yang mana betul ? 2. Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut ? i) Bunga mawar itu berbau sungguh harum. ii) Hujan agak lebat pagi tadi.

Yang betul ialah Pak Ali ialah penarik beca. 2. Bunga mawar itu sungguh harum. 3. Ayat tersebut betul.

Tatabahasa23.07.2010
1) Perubahan itu menunjukkan kepada kita bahawa kerajaan ada usaha untuk menangani masalah tersebut. 2) Perubahan itu menunjuk kepada kita bahawa kerajaan ada usaha untuk menangani masalah tersebut. Ayat mana satukah yang betul? Pada pendapat saya, ayat pertama baru betul, kerana menunjukkan ialah kata kerja transitif yg memerlukan objek, dan frasa bahawa bahawa kerajaan ada usaha untuk menangani masalah tersebut ialah subordinate clause yg boleh berdiri sebagai objek. Betulkah pengertian saya?

Ayat yang tepat ialah “Perubahan itu menunjukkan bahawa kerajaan telah berusaha untuk menangani masalah tersebut.”

Lain-lain28.11.2023
1. (a) Gambar tersebut menunjukkan tentang kebaikan membaca. (b) Gambar tersebut menunjukkan kebaikan membaca. Ayat manakah betul? Betulkah sekiranya ayat Tujuan gotong-royong diadakan adalah untuk “membersih dan menceriakan” kawasan taman. -kan yang pertama dibuang untuk menjadikan ayat lebih gramatis? menceria dan membersihkan juga betul?

1. Ayat yang betul ialah “Gambar tersebut menunjukkan kebaikan tentang membaca.”. 1">

2. Ayat yang betul ialah “Tujuan gotong-royong diadakan adalah untuk membersihkan dan menceriakan kawasan taman.”.
Tatabahasa27.07.2022
12345678910...

Kembali ke atas