Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
simbol amaran bahayahazard symbolSimbol yang menunjukkan bahaya sesuatu bahan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
petua genggaman tangan kananright hand grip rulePanduan yang digunakan untuk menentukan arah medan magnet mengelilingi konduktor atau bahan yang mengalirkan arus elektrik. Apabila seseorang memegang wayar dengan menggunakan tangan kanan, ibu jarinya akan menunjukkan arah aliran arus, manakala jari yang lain menunjukkan arah medan magnet. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
jam mataharisundialAlat yang dapat menunjukkan masa dengan menggunakan bayang-bayang matahari. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
gambar rajah sinarray diagramGambar rajah yang menunjukkan laluan sinaran. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
struktur LewisLewis structureRajah yang menunjukkan ikatan antara molekul atau sebatian yang melibatkan perkongsian elektron di petala paling luar. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
aras trofiktrophic levelKedudukan suatu organisma dalam rantai makanan yang menunjukkan peringkat pengaliran tenaga . 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
gambar sinar-XX-ray photographGambar yang menunjukkan imej dalaman sesuatu objek, biasanya bahagian tubuh, yang terhasil apabila sinar-X menembusi bahagian berkenaan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah
pHpHUkuran keasidan atau kealkalian sesuatu larutan. Nilai 7 menunjukkan neutral, nilai kurang daripada 7 ialah asid dan lebih daripada 7 ialah alkali. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas