Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bergaya1. menunjukkan kesajakan, (keang­gunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
mempamerkan1 menunjukkan serta menggayakan (pakaian dll): ~ pakaian fesyen baru. 2 menunjukkan kpd umum utk dijual, dipertandingkan dll: ~ lukisan kanak-kanak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memperlihatkan1. menunjukkan supaya dilihat: Bonda Kandung mulai makan hati berulam jantung, makin tidak kuasa ~ muka kpd orang; 2. menampakkan, menunjukkan, mendedahkan kpd pandangan atau tanggapan orang: drpd raut mukanya, ternyata Tengku Aniah tidak ~ umurnya yg sebenar; dunia abad ke-20 ~ kemajuan ilmu yg sangat pesat;Kamus Dewan Edisi Keempat
pamer/pamér/; mempamerkan 1 menunjukkan serta menggayakan (pakaian dll): ~ pakaian fesyen baru. 2 menunjukkan kpd umum utk dijual, dipertandingkan dll: ~ lukisan kanak-kanak. pameran pertunjukan barang-barang utk dijual dll: ~ buku sedang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memandu1 menunjukkan jalan: Siapa yg akan ~ kita di sana nanti? 2 mengendalikan (kenderaan) supaya bergerak mengikut arah yg betul; menjalankan (kereta dll): ~ kereta dgn cermat supaya jiwa selamat. 3 berlaku sbg ketua kpd; menjadi ketua kpd sesuatu pergerakan dll; memimpin: Dialah yg ~ rakyat menentang penjajahan. 4 ki membawa ke arah yg benar; menunjukkan jalan: Agama yg dibawa oleh rasul itu diperlukan oleh manusia utk ~ dan mengawal akal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
skizoid1 menunjukkan ciri suka me­nyendiri dan mempunyai emosi yg tidak stabil: Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial, ~, pasif dan terlalu bergantung pd orang lain. 2 orang yg menghidap skizofrenia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melorongkan1 menunjukkan atau mengarahkan jalan. 2 ki mengabulkan atau meluluskan (permohonan dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggayakan1 menunjukkan gaya menggunakan atau membuat sesuatu; membuat sesuatu supaya diketahui orang caranya: Pemuda itu ~ cara dia dpt menangkap pencuri itu. 2 membuat atau membuat-buat supaya kelihatan elok: Kalau hendak pergi ke parti, berjam-jam dia ~ dirinya di hadapan cermin. 3 memperlihatkan rupa atau bentuk sesuatu; memperagakan: Di majlis itu juga, beberapa orang peragawati telah ~ beberapa jenis pakaian moden.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendendeng1 menunjukkan sesuatu tetapi tidak diberi pegang; menayangkan. 2 menutup dgn benda yg lebar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merajuk1. menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul, dll): isterinya yg ~ itu di­jem­put kembali; 2. bersungut-sungut, merungut-rungut (kerana tidak senang hati dll): kenapa ia ~ petang semalam?; ~ pd yg kasih (sayang) prb barang kehendak janganlah yg mustahil (hendaklah mana yg mungkin);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas