Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.ru.ni] | منوروني

Definisi : 1. turun melalui (tangga, lereng bukit, dll): kemudian dia berlari-lari ~ tangga hotel itu; 2. turun utk mengambil dll sesuatu, turun ke; 3. keluar dr rumah utk menghadap (menangkap, mengejar), turun utk menyambut (kedatangan orang dll): jikalau anak raja datang, tiada dituruninya, melainkan anak raja yg akan ganti kerajaan maka dituruninya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.ru.ni] | منوروني

Definisi : 1 turun melalui (tangga, lereng bukit dll). 2 turun utk mengambil sesuatu; turun ke: ~ jurang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menuruni


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
landslidetanah gelongsor; gelongsoran tanahGeologiTiada1. Gelongsoran tanah: Penggelongsoran turun jisim tanih, batuan, atau campuran kedua-duanya.,2. Tanah gelongsor: Tanih dan batuan yang menggelongsor menuruni cerun.,3. Gerakan mendapan permukaan menuruni cerun, biasanya secara mendadak, di bawah pengaruh graviti.
boraboraMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin timur laut yang menuruni gunung di pantai timur Adriatik. Angin ini sejuk dan selalunya sangat kering, kadangkala kencang. Ia paling kencang dan kerap berlaku pada musim sejuk, dan wujud di bahagian utara pantai apabila terdapat tekanan tinggi di Eropah dan Balkan dan tekanan rendah di Mediterranean. Sekiranya angin ini wujud akibat lekukan di Adriatik, angin ini diiringi awan gelap dan hujan atau salji. Istilah ini juga digunakan untuk angin yang sejuk dan kencang yang menuruni cerun di tempat lain di dunia.
fohn windangin fohnGeografiTiadaAngin menuruni bahagian lindung angin sebuah banjaran gunung.
mountain breezebayu gunungGeologiTiadaBayu yang bertiup menuruni cerun gunung kerana aliran graviti udara sejuk.
salt galcierglasier garamGeologiTiadaAliran graviti garam menuruni cerun palam garam yang terdedah, mengikuti struktur yang wujud terlebih dahulu.
avalancheavalancheBiologiEkologiJisim salji dan ais yang menuruni lereng gunung secara serta-merta, dan biasanya membawa bersamanya tanah, batu dan kelikir.
katabatic windangin katabatikGeografiTiadaAngin setempat yang bergerak menuruni cerun.
katabatic windangin katabatikGeologiTiadaAngin setempat yang bergerak menuruni cerun.
talus-creeprayapan talusGeologiTiadaGerakan talus yang perlahan menuruni cerun.
glacier windangin glasierMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin graviti cetek yang menuruni bukit disepanjang permukaan glasier pada siang hari akibat perbezaan suhu diantara udara yang bersentuh dengan glasier dengan udara bebas pada altitud yang sama. Angin glasier mencapai halaju maksimum pada aras kira-kira 2 meter di atas permukaan bumi. Juga disebut angin firn.
12345

Kembali ke atas