Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.run.kan] | منورونکن

Definisi : 1. menulis kembali, menyalin (drpd sesuatu yg lain): di bawah ini kita turunkan lima rangkap permulaan drpd Syair Perahu; ayat yg diperturunkan di bawah ini mengandungi beberapa kekurangan tentang jalan bahasa-nya; 2. membuat karangan dll dgn memadan-kannya dgn yg lain, mencontohi (karangan dll) yg lain: Hikayat Ken Tambuh­an naskhah ini telah diperturunkan drpd Syair Ken Tambuhan; 3. menulis (dgn lengkap), mencatat-kan: di bawah ini diturun­kan dgn ringkas cara-cara yg diguna­kan oleh penyair Melayu utk mendapatkan rima; 4. membubuh (tandatangan, cap, dll) pd sesuatu: pengantin lelaki itu ~ tandatangan­nya ke dlm Buku Daftar Perkahwinan kera­jaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.run.kan] | منورونکن

Definisi : 1. membawa turun (ke bawah), menarik turun, menjatuhkan, merendahkan: dilihat orang layang-layang Raja Ahmad sudah naik, maka segala orang banyak ~ layang-layangnya; maka sekalian baris itu ~ senapangnya memberi hormat; 2. mengeluarkan dr kenderaan (kereta, perahu, dll), menyuruh turun: setelah ~ kami di masjid besar, maka drebar itu pun membawa balik motokar itu ke Yan; 3. menjadikan rendah (pangkat, kedudukan, dll), memakzulkan (raja dll): setelah Abdullah menjadi sultan memanglah sukar hendak ~nya balik; 4. menjadikan kurang (harga dll), mengurang-kan, menyusutkan (hasil dll), memerosotkan: ia boleh membuat undang-undang baru, menukar undang-undang lama, menaikkan atau ~ cukai; 5. menjadikan perlahan (suara), merendahkan; 6. memindahkan sesuatu kpd (anak, cucu, dll), mewariskan sesuatu kpd, meninggalkan (harta, ilmu, dll) kpd: harta si mati itu mesti diturunkan kpd warisnya; dia akan ~ ilmunya kpd orang yg hanya betul-betul hendak belajar sahaja; 7. menternak­kan, menggembalakan (lembu dsb); 8. mendatangkan (wahyu dll) kpd, menyampai­kan (ilham dll) kpd, mewahyukan, meng­ilhamkan: wajib kita percaya kpd kitab-kitab yg diturunkan oleh Allah kpd rasul-rasul; 9. memulakan menanam (padi dll): maka bertitah baginda suruh Bujang Selamat panggil Tuk Bidan Raja datang menugal dan ~ benih; 10. menyebabkan turun, menggugurkan, menjatuhkan: kebanyakan hujan di Semenanjung adalah hujan ribut yg ~ sampai 30 cm dlm sehari; 11. menjadi­kan turun (warna kain dll), melunturkan (warna), memudarkan: serbuk pencuci itu akan ~ warna dan merosakkan corak kain itu; 12. Id membentuk kata terbitan drpd kata pokok yg diberi imbuhan (awalan, sisipan, atau akhiran): dgn bersisipkan em, kata gerlap diturunkan menjadi gemerlap; 13. memilih atau meletakkan pemain dlm pertandingan (bola sepak dll), memilih pemain utk mewakili sesuatu pasukan (dan seterusnya bermain dlm sesuatu perlawanan): mereka telah ~ pemain-pemain yg handal utk menentang pasukan dr luar negara itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.run.kan] | منورونکن

Definisi : 1 menulis sesuatu kembali; menyalin dr sesuatu yg lain. 2 membuat karangan dll dgn mencontoh sesuatu yg lain: Hikayat Ken Tambuhan telah diturunkan dr Syair Ken Tambuhan. 3 membubuh (tandatangan dll) pd sesuatu: Ratu Elizabeth telah ~ tandatangannya pd buku itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nu.run.kan] | منورونکن

Definisi : 1 membawa turun ke bawah; merendahkan. 2 mengeluarkan dr kenderaan. 3 menjadikan rendah (ttg pangkat, harga dll). 4 meninggalkan atau memindahkan sesuatu kpd anak (cucu dll). 5 menyampaikan ilham, wahyu dll kpd: Allah telah ~ Quran kpd Nabi Muhammad SAW. 6 menyebabkan hilang warnanya (ttg kain dsb); melunturkan. 7 memilih atau menentukan pemain dlm sesuatu perlawanan: Mereka ~ pemain utama dlm perlawanan itu. 8 menjadikan turun (ttg ribut, hujan dsb): Allah ~ ribut taufan yg dahsyat pd zaman Nabi Noh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
METALURGI SERBUK

Metalurgi serbuk ialah proses yang menurunkan

logam kepada bentuk serbuk dan menekan serbuk

itu menjadi bentuk agak terbatas. Proses pemanasan

yang dikenali sebagai pensinteran digunakan untuk

mengikat serbuk logam dan menambah kekuatan

kepada keluaran siap (lihat Pensinteran).

UMUM 
REOSTATp>

Reostat ialah alat yang menaikkan atau

menurunkan amaun rintangan dalam sesuatu litar

elektrik. Dengan mengubah amaun rintangan,

reostat mengawal aliran arus elektrik melalui

sesuatu litar. Banyak jenis reostat digunakan dalam

motor elektrik, pemancar radio, penjana, dan lainlain

jenis kelengkapan elektrik.

UMUM 
ANTIBEKU

Antibeku ialah bahan yang dicampurkan sesuatu

cecair untuk menurunkan takat bekunya. Antibeku

digunakan dalam sebatian untuk membuang ais

atau mencegah ais daripada terbentuk, dan dalam

bahan penyejuk dan bendalir pindah haba. Rencana

ini membincangkan antibeku kereta yang dicampur

dalam sistem penyejuk kereta.

UMUM 
TARIAN HUJAN

Tarian hujan ialah upacara yang dilakukan oleh

Orang Asli Amerika dari kawasan barat daya

Amerika Syarikat untuk memohon kuasa semangat

supaya menurunkan hujan bagi tanaman mereka.

Mereka memohon kuasa semangat supaya hujan

diturunkan secukupnya dan pada masa yang paling

sesuai. Orang Asli Amerika biasanya mengadakan

tarian ini pada musim bunga ketika musim

menanam dan pada musim panas ketika tanaman

sedang membesar. Setiap suku mempunyai

upacara tersendiri untuk memanggil hujan.

Contohnya, peserta tarian hujan suku Orang Asli

Papago, menyanyi dan menari serta minum wain

yang diperbuat daripada jus pokok kaktus. Suku

Hopi pula menari sambil menggonggong ular

orok-orok hidup untuk merangsang dewa mereka

agar menurunkan hujan.

UMUM 
KETAKSUBURAN

Ketaksuburan pada manusia ialah

ketakupayaan wanita untuk mengandung, atau

ketakupayaan lelaki untuk menurunkan zuriat.

UMUM 
SUBSIDI

Subsidi ialah bayaran wang atau bentuk bantuan

lain daripada kerajaan pusat kepada kerajaan

negeri, industri, syarikat swasta, atau individu.

Terdapat pelbagai sebab bantuan ini diberi.

Kerajaan ingin menggalakkan aktiviti atau industri

supaya berkembang maju, menurunkan harga

barangan, atau merangsangkan eksport.

UMUM 
NABI DAUD A.S.

Nabi Daud a.s. ialah salah seorang daripada Nabi

Allah yang diutuskan kepada manusia. Baginda

adalah anak kepada Yahudha ibn Ya‘kub ibn Ishak

ibn Ibrahim Khalil al-Rahman alaihissalam. Allah

SWT telah menurunkan kepadanya kitab Zabur

yang mengandungi pengajaran, teladan, kata-kata

hikmah dan zikir-zikir yang memuji Allah. Allah juga

telah mengurniakannya ilmu pengetahuan dan

kepetahan berucap di samping kedudukan sebagai

seorang nabi dan raja. Nabi Daud a.s. mempunyai

suara yang sangat lunak dan merdu hinggakan

apabila membaca kitab Zabur, burung-burung yang

terbang akan berhenti dan hinggap di dahan pokok

sambil berkicau mendengar bacaannya. Burung-

burung itu juga akan turut bertasbih apabila Nabi

Allah Daud bertasbih. Begitu juga dengan gunung-

ganang. Ia akan mengiringi Nabi Daud a.s. berzikir

pada waktu pagi dan petang. Nabi Daud a.s. banyak

melakukan amal ibadat pada waktu malam,

berpuasa pada waktu siang dan banyak

menghabiskan masanya dengan beribadat di masjid.

Allah SWT memberikan keistimewaan dan

mukjizat kepadanya iaitu gunung-ganang turut

mengiringinya bertasbih pada waktu pagi dan

petang. Burung-burung akan berkicau

mengiringinya apabila Nabi Daud a.s. membaca

kitab Zabur. Nabi Allah Daud dapat memahami

bahasa pertuturan burung. Bahkan turut mampu

melembutkan besi dan melenturnya dengan tangan

seolah-olah membuat adunan tepung. Selain

daripada itu, Nabi Allah Daud juga pakar dalam

membuat perisai perang.

UMUM 
SURAH AL-DUKHAN

Surah al-Dukhan ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-44 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

57 ayat. Surah ini dinamakan al-Dukhan (asap)

kerana Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk

menakutkan (menggerunkan) orang-orang kafir

dengan mengazabkan mereka dengan kemarau

dan kelaparan disebabkan pendustaan mereka

terhadap rasul. Allah S.W.T. telah mengutuskan

mereka asap tebal yang menyebabkan mereka

hampir binasa tetapi Nabi Muhammad s.a.w. telah

menyelamatkan mereka dengan berkat doanya.

UMUM 
NABI DAN RASUL

Nabi dan rasul ialah orang lelaki daripada

kalangan manusia yang dipilih oleh Allah SWT

dan diturunkan wahyu kepada mereka. Perbezaan

antara nabi dan rasul ialah: Allah SWT

membangkitkan para nabi dengan membawa

syariat baru atau syariat lama, dan menyuruh

mereka beramal dengannya untuk menjadi ikutan

kepada orang lain. Contohnya, banyak nabi di

kalangan Bani Israel, tetapi mereka tidak

diperintahkan berdakwah kepada seluruh manusia,

kerana setiap nabi itu diutuskan kepada kaumnya

sahaja. Manakala para rasul pula dipilih oleh Allah

SWT dan diwahyukan syariat kepada mereka serta

disuruh menyampaikannya kepada seluruh

manusia. Allah SWT menurunkan kitab kepada

Nabi Muhammad SAW., iaitu al-Qur’an. Manakala

Nabi Isa a.s. telah berdakwah untuk beberapa

ketika dengan menyeru kepada ajaran Taurat,

kemudian Allah SWT menurunkan kepadanya

kitab Injil, lalu dia pun menyeru kepada ajaran Injil.

Dengan keterangan di atas, nyatalah bahawa

gelaran rasul lebih umum daripada gelaran nabi,

kerana rasul juga adalah nabi sedangkan nabi

mungkin tidak menjadi rasul.

UMUM 
CAP

CAP, mohor untuk menurunkan bekas atau kesan tanda seperti tandatangan, nama dan sebagainya dan ditera di atas kertas, surat dan sebagainya. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindi ‘chappy’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
12

Kembali ke atas