Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.rut] | منوروت

Definisi : 1. berjalan dll mengikut jalan (garis, hala, dll) yg tertentu, tidak menyim­pang dr jalan dll yg tertentu: ~ jalan yg benar; 2. mencontohi (perbuatan orang lain dll), meneladan, meniru: telah dilihat oleh Cina, diturutnya, sebab itulah maka Cina gemar makan kangkung sampai sekarang; 3. mengikut apa yg disuruh (diperintah dll), tidak melawan, patuh kpd: maka segala orang itu pun semuanya ~ spt kata penghulunya; 4. meluluskan (permintaan, kehendak, dll), memenuhi (syarat, ketentuan, dll), menyam-paikan (harapan dll): Balzac tidak akan dapat melahirkan karya-karyanya yg agung itu jika ia ~ kehendak orang tuanya utk bertugas sbg seorang ahli undang-undang; 5. mengikut (berjalan dll), meng­ekori (dr belakang): dia berjalan menuju ruangan yg di sebelah barat bangunan, aku ~nya dr belakang; 6. spt yg dikhabarkan (diberitakan, dihebahkan, dll), sepanjang (berita dll): ~ yg diketahui sebanyak satu suku juta ringgit harga saham telah terjual; 7. sesuai dgn, tidak bertentangan dgn, tidak melanggar (syarat dll), selaras dgn: hari ini ~ pendapat orang alim ialah hari yg baik; 8. tidak bersalahan drpd, serupa dgn: rupanya ~ rupa neneknya; 9. ikut serta (melakukan sesuatu dll), turut serta: Sultan Mansor Shah pun ~ menyebut nama Hang Tuah itu Laksamana; 10. bergantung pd: maju mun­dur­nya dlm pelajarannya ~ kerajinannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.rut] | منوروت

Definisi : 1 mencontoh perbuatan orang lain; meniru. 2 patuh atau taat; mengikut apa-apa yg diperintahkan: Ia ~ saja apabila disuruh oleh ketuanya. 3 mengikut dr belakang: Dia sentiasa ~ ke mana saja bapanya pergi. 4 spt yg diberitakan atau spt yg dikhabarkan: ~ akhbar tsb, lebih drpd dua puluh orang telah tercedera dlm kemalangan itu. 5 tidak menyimpang dr jalan tertentu: Kereta api itu berjalan ~ rel. 6 tidak membantah (ttg permintaan, kehendak dll): Ia ~ segala kehendaki isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Ramai orang naik pedati,
     Saya seorang berkuda tunggangan;
Ramai orang menurut hati,
     Saya seorang dilarang jangan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bertangga naik,
     berjanjang turun.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun).

 

Lihat selanjutnya...(86)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, "Menurut dua pertiga responden dari ketiga-tiga buah negara tersebut" atau "Menurut dua pertiga responden daripada ketiga-tiga buah negara tersebut"? Sekian, terima kasih.Menurut data kami ayat yang betul ialah menurut dua pertiga responden dari ketiga-tiga buah negara tersebut.Lain-lain04.05.2020
Menurut Tatabahasa Dewan, "mengenai" ialah kata kerja yang tidak boleh digunakan sebagai kata sendi nama. Namun dalam Kamus Dewan Perdana, "mengenai" diberikan pengelasan kata sendi nama, mengapakah terdapat percanggahan?Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008; 278) kata kerja "mengenai" disamakan dengan "tentang" yang berfungsi sebagai kata sendi nama. Pada halaman 402 pula dalam naskhah yang sama menyatakan bahawa unsur keterangan hal dalam frasa kerja, terdiri daripada kata sendi nama ialah tentang, mengenai dan terhadap. Pada halaman xxxvii pula menyatakan kata kerja mengenai yang bertugas sebagai kata sendi nama dapat bertukar ganti dengan kata sendi nama tentang.

Maka, perakaman kata terbitan mengenai dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1044) tidak bercanggah dengan Tatabahasa Dewan. Pemecahan makna adalah mengikut fungsi kata tersebut dalam penggunaannya dan kelas/golongan kata kerja juga dirakamkan mengikut konteks dan contoh penggunaan kata tersebut. Selain daripada berfungsi sebagai kata sendi nama, kata mengenai diberikan lima pecahan makna yang berkelas kata kata kerja transitif berserta maklumat kata pasifnya.
Tatabahasa19.06.2023
Menurut kamus dewan edisi keempat, perkataan maahad bermaksud tempat atau pusat pembelajaran agama Islam. Soalan saya perlukah kita menulis 'sekolah maahad' atau 'maahad' sahaja, kerana maahad itu sendiri sudah bermaksud sekolah atau tempat pembelajaran
Ya betul, memadai menggunakan perkataan "Maahad" sahaja kerana "Maahad" sudah membawa maksud tempat atau pusat pembelajaran agama Islam.
Lain-lain13.07.2021
Menurut pepatah, tidak mudah untuk kita mencari sahabat sejati dalam hidup kita. Adakah betul penggunaan tidak di dalam ayat tersebut? Atau perlu digantikan dengan bukan? Yang mana satukah lebih tepat? Tidak atau bukan?Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah  “Bukan  mudah untuk kita mencari sahabat sejati dalam hidup kita.” Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.

 



Tatabahasa16.05.2020
Menurut sumber 'Sumber: Scott, C. P. G. (1896). The Malayan Words in English. Journal of the American Oriental Society' orang Melayu sudah lama membezakan anteater (myrmophaga) dengan pangolin menggunakan istilah penggoling rambut (anteater) dan panggoling sisik, dikatakan istilah tenggiling tepat. Maka, saya cadangkan DBP untuk semak semula padanan anteater yang masih dipadankan dengan tenggiling dan menukarnya ke tenggiling rambut atau pengguling rambut.Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam  penggunaan bahasa Melayu yang betul. Cadangan tuan akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk tindakan selanjutnya.Penyemakan dan penterjemahan16.02.2019
Menurut Kamus Dewan (2015:1439-1440), "semi" ialah awalan asing. Jika digabungkan dengan kata nama am, ditulis secara bercantum seperti "semifinal". Walau bagaimanapun, didapati "semi" + "profesional" dieja secara terpisah pula dengan tanpa sempang ( Kamus Dewan 2015:144). Adakah "Semi-profesional" tersebut dieja dengan betul? Harap dapat kepastian. Terima kasih.Tuan/Puan,

Untuk makluman, perkataan semi-professional/semi profesional tersebut merupakan ejaan lama dan tidak lagi digunakan. Pihak DBP akan mengemas kini maklumat tersebut.
Tatabahasa12.11.2017
Menurut kamus dewan edisi keempat, sukaneka ialah sukan yang pelbagai jenis. Adakah acara lari berganti-ganti, larian 100 meter, lompat tinggi, lompat jauh, lompat tali dan lontar peluru digolongkan di bawah acara sukaneka?Untuk makluman, semua sukan tersebut termasuk dalam golongan sukaneka.Makna25.05.2017
Menurut laman web PRPM, terjemahan untuk 'relapse' ialah 'kambuh'. Walau bagaimanapun, perkataan 'kambuh' tidak lazim digunakan dalam konteks harian. Bolehkah tuan mencadangkan penggunaan perkataan lain seperti 'berbalik'? Adakah perkataan 'relaps' boleh diguna pakai? Mengikut pandangan tuan, apakah perkataan yang paling difahami dan paling dapat diterima di negara ini? Terima kasih.Dalam pangkalan data istilah DBP, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "relapse", iaitu kambuh, relaps dan berbalik. Oleh itu, puan boleh memilih salah satu yang bersesuaian dengan konteks yang digunakan.Istilah26.05.2016
MENURUT KAMUS DEWAN EDISI 4, KOLABORASI BERMAKNA BERSUBAHAT UNTUK KERJA JAHAT. JAWAPAN YANG DIBERIKAN UTK SOALAN SAYA AMAT KONTRA DENGAN MAKNA DALAM KAMUSBetul, kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti sains Politik kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama.Tatabahasa27.11.2015
Menurut kamus DBP, Essential Oil bermaksud minyak pati. Adakah menjadi kesalahan sekiranya Essential Oil diterjemahkan sebagai 'Minyak Esensial'?. Idea ini diperolehi daripada istilah MABBIM.Seperti yang tuan ketahui, essential oil diterjemahkan kepada minyak pati, maka penggunaan selain minyak pati dianggap tidak betul.Penyemakan dan penterjemahan01.06.2015
12345678910...

Kembali ke atas