Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.rut] | منوروت

Definisi : 1. berjalan dll mengikut jalan (garis, hala, dll) yg tertentu, tidak menyim­pang dr jalan dll yg tertentu: ~ jalan yg benar; 2. mencontohi (perbuatan orang lain dll), meneladan, meniru: telah dilihat oleh Cina, diturutnya, sebab itulah maka Cina gemar makan kangkung sampai sekarang; 3. mengikut apa yg disuruh (diperintah dll), tidak melawan, patuh kpd: maka segala orang itu pun semuanya ~ spt kata penghulunya; 4. meluluskan (permintaan, kehendak, dll), memenuhi (syarat, ketentuan, dll), menyam-paikan (harapan dll): Balzac tidak akan dapat melahirkan karya-karyanya yg agung itu jika ia ~ kehendak orang tuanya utk bertugas sbg seorang ahli undang-undang; 5. mengikut (berjalan dll), meng­ekori (dr belakang): dia berjalan menuju ruangan yg di sebelah barat bangunan, aku ~nya dr belakang; 6. spt yg dikhabarkan (diberitakan, dihebahkan, dll), sepanjang (berita dll): ~ yg diketahui sebanyak satu suku juta ringgit harga saham telah terjual; 7. sesuai dgn, tidak bertentangan dgn, tidak melanggar (syarat dll), selaras dgn: hari ini ~ pendapat orang alim ialah hari yg baik; 8. tidak bersalahan drpd, serupa dgn: rupanya ~ rupa neneknya; 9. ikut serta (melakukan sesuatu dll), turut serta: Sultan Mansor Shah pun ~ menyebut nama Hang Tuah itu Laksamana; 10. bergantung pd: maju mun­dur­nya dlm pelajarannya ~ kerajinannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.rut] | منوروت

Definisi : 1 mencontoh perbuatan orang lain; meniru. 2 patuh atau taat; mengikut apa-apa yg diperintahkan: Ia ~ saja apabila disuruh oleh ketuanya. 3 mengikut dr belakang: Dia sentiasa ~ ke mana saja bapanya pergi. 4 spt yg diberitakan atau spt yg dikhabarkan: ~ akhbar tsb, lebih drpd dua puluh orang telah tercedera dlm kemalangan itu. 5 tidak menyimpang dr jalan tertentu: Kereta api itu berjalan ~ rel. 6 tidak membantah (ttg permintaan, kehendak dll): Ia ~ segala kehendaki isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Ramai orang naik pedati,
     Saya seorang berkuda tunggangan;
Ramai orang menurut hati,
     Saya seorang dilarang jangan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bertangga naik,
     berjanjang turun.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun).

 

Lihat selanjutnya...(86)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
classificationpengelasanPerpustakaanTiada1. Skim yang sistematik untuk penyusunan buku-buku dan bahan-bahan lain menurut subjek atau bentuk.,2. Mengelaskan buku kepada bahagian yang betul menurut satu sistem pengelasan.,3. Dalam pentadbiran arkib, penyusunan menurut susunan logik siri atau fail dalam kumpulan-kumpulan rekod yang terdapat di dalam lingkungan koleksi arkib itu sendiri.
المتقنmutqinAgama IslamHadithLafaz ta’dil yang paling tinggi darjatnya menurut Ibn Abu Hatim dan setaraf dengan thiqat menurut Ibn Hajar.
ثقة ثقةthiqat thiqatAgama IslamHadithLafaz ta’dil yang darjatnya lebih rendah daripada awthaqunnās menurut Ibn Hajar dan tertinggi menurut Ibn Khatim.
alphabetical classed cataloguekatalog kelas berabjadPerpustakaanTiadaKatalog yang mengandungi entri subjek yang luas, yang disusun menurut urutan abjad serta mempunyai pembahagian kecil mengikut topik yang juga disusun menurut susunan abjad.
abuse of discretionsalah guna budi bicaraUndang-undangTiadaPenyalahgunaan kuasa yang dimiliki oleh pihak pentadbiran untuk memutuskan sesuatu menurut pertimbangannya sendiri setelah mengambil kira menurut pertimbangannya sendiri setelah mengambil kira beberapa asas penting.
halal logologo halalHerbaPeraturan dan PemasaranSimbol yang mengesahkan sesuatu produk tidak haram penggunaannya menurut undang-undang Islam. Di Malaysia logo ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Produk (DRDG), logo halal boleh digunakan secara sukarela pada label produk berdaftar bagi kategori penokok/penambah kesihatan, produk herba dan kosmetik, sama ada untuk pasaran tempatan dan eksport.
cataloguekatalogPerpustakaanTiada1. Senarai buku, peta, atau butiran lain yang di susun menurut susunan tertentu yang merakam, mendeskripsi dan mengindeks sumber daripada sesuatu koleksi, perpustakaan atau sekumpulan perpustakaan.,2. Mengumpul satu senarai dokumen menurut satu set atau rumus yang membolehkan pengguna mencari bahan-bahan tersebut melalui kelas, nombor panggilan dan sebagainya.
لا بائس بهlā ba’sa bihiAgama IslamHadith1. lafaz ta’dil yang lebih rendah darjatnya daripada mutqin, menurut Ibn Abu Hatim dan Ibn Hajar 2. Lafaz ini sama dengan thiqat menurut Ibn Ma’in.
proportionality principleprinsip perkadaranUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu prinsip yang perlu diikuti oleh pihak-pihak berperang seperti mana yang digariskan dalam cara berperang menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Menurut prinsip perkadaran, sesuatu tindakan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kemusnahan yang mungkin dialami oleh penduduk awam seharusnya mempunyai kadar yang minimum sifatnya dan tidak berlebihan semasa melakukan serangan terhadap sasaran tentera. Tentera hendaklah mempertimbangkan semua pilihan apabila membuat keputusan mensasarkan, seperti mengesahkan sasaran, memilih masa, memilih senjata, dan amaran dan pemindahan penduduk awam.
الثقةthiqatAgama IslamHadith1. Perawi yang bersifat adil dan dabit. 2. Lafaz ta’dil yang menunjukkan perawi berada di peringkat yang tertinggi menurut Ibn Abu Khatim dan lebih rendah daripada thiqat thiqat menurut Ibn Hajar.
12345678910...

Kembali ke atas