Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Ke mana condong,
     ke mana rebah.

Bermaksud :

Sudah dilakukan menurut adat yang biasa.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud peribahasa dimana bumi dipijak disitu langit dijunjungMaksudnya, hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.Makna09.09.2008
maksud peribahasa : 1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung 2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

1. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung

Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

 

2. Ikutlah resmi padi, semakin tunduk semakin berisi

Seseorang yang semakin merendah diri walaupun dia semakin berpangkat atau berharta.

Makna10.12.2008
Apa beza perkataan 'dakwaan' dengan 'pendakwaan'? Berikan makna dan contoh ayat untuk kedua-duanya sekali.Merujuk kepada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), memang ada perbezaan antara pendakwaan dengan dakwaan, iaitu: 

pendakwaan ڤندعواءن  
n proses atau perbuatan mendakwa, mendakwai atau mendakwakan:
Pendakwaan akan dilakukan thp premis-premis yg melanggar akta tsb.tMaka perkara hutang piutang, pendakwaan dsb diputuskan menurut adat istiadat negeri.tMereka marah sekali krn pendakwaan itu tidak beralasan.

dakwaan دعواءن  
n 1 tuduhan, tuntutan, aduan dsb yg dikemukakan di mahkamah utk dibicarakan: Syarikat kenderaan
itu diputuskan tidak bersalah atas dakwaan cuai.

2 hal atau perkara yg didakwa benar oleh sso atau sst pihak: Saiful menyiasat dakwaan orang mengenai isterinya. Dakwaan bahawa terdapat banyak kesalahan dlm perjanjian itu tidak munasabah sekali.
Lain-lain09.06.2021
Bolehkah tuan/puan menerangkan perbezaan antara 'adat istiadat' dan 'adat resam'? Adakah perbezaan itu dalam Bahasa Inggeris "customary ceremony" vs 'customary practices'?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud istiadat ialah peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan dan resam. Manakala maksud resam menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula ialah peraturan yang menjadi adat atau adat yang dipakai turun-temurun. Maka kedua-dua istilah ini mempunyai maksud yang sama.Makna19.08.2016
Adakah perkataan ritual boleh diterjemah sebagai upacara?Berikut ialah makna bagi kata ritual dan upacara dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

ritual
kata nama 1 tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan:
Jemaah haji melakukan pelbagai ritual dengan penuh ketulusan dan kesabaran Teater tradisional seperti makyung, mekmulung dan sebagainya memulakan persembahan dengan ritual.

kata adjektif 2 berkaitan tatacara dalam upacara keagamaan, adat atau persembahan: Kita perlu membetulkan tanggapan sempit masyarakat mengenai masjid sebagai pusat kegiatan ibadah harian yang ritual dan statik.

upacara
kata nama 1 majlis keramaian menurut adat, kebiasaan atau agama: Upacara memotong kek dilakukan selepas bersanding. upacara peminangan;
2 majlis rasmi yang dilakukan menurut peraturan dan istiadat tertentu, misalnya melantik sso atau memperingati sst: Upacara menaikkan bendera 10 buah negara Asia Tenggara yang bertanding diadakan di perkampungan sukan. upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara; upacara pertabalan;
3 klasik penghormatan rasmi kepada tetamu dan lain-lain: Maka baginda pun segera bangun berdiri serta memberi upacara dan berhormat-hormatan kedua betara itu.
4 klasik alat kerajaan atau tanda kebesaran seperti pedang dan payung.

Pemilihan kata ini adalah bergantung kepada konsep dan kesesuaian penggunaan kata tersebut.
Lain-lain17.07.2023
seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah. Mohon diberi penjelasan mengenai kata adat iniMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, kata adat bermaksud peribahasa yang berkaitan dengan adat. Peribahasa digunakan untuk menyatakan sesuatu secara sopan dan berhemah oleh masyarakat Melayu.  Puan boleh merujuk buku peribahasa Melayu untuk makna.Sastera17.11.2013
Syawal Aiman 10.04 PAGI Assalam admin, nak bertanya Apakah beza perkataan 'majlis' dan 'istiadat'?Perbezaan Majlis dan Istiadat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Definisi Majlis ialah: 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. Manakala Istiadat pula ialah 1. peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan, adat kebiasaan, resam: dia masih budak, tidak tahu akan ~; adat ~ berbagai-bagai adat dan kebiasaan; 2. majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa (spt pertabalan, perkahwinan, dsb), upacara: ~ perkahwinan itu telah dijalankan dgn sempurna; beristiadat mempunyai (mengikut) istiadat: majlis yg penuh ~; mengistiadatkan 1. menjadikan istiadat (adat kebiasaan), membiasakan, melazimkan; 2. mengadakan istiadat (upacara).Makna24.08.2017
makna konservetifKonservetif tiada makna. Namun demikian, jika kata yang dimaksudkan konservatif, maksudnya menurut Kamus Dewan ialah bersikap mempertahankan adat, nilai, dll yg telah menjadi kelaziman atau tradisi, tidak mudah menerima perubahan. Contoh ayatnya ialah: Usul supaya sistem pelajaran dirombak telah ditentang hebat oleh pihak konservatif. Kata konservatif juga dapat digunakan untuk makna bagi kata kolot atau tidak moden.Makna13.11.2006
apakah yang dimaksudkan dengan "etika keusahawanan"? kamus online hanya ada daftar istilah etika dan usahawan sahajaMenurut kamus Dewan, etika bermaksud  prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia: manakala keusahawanan bermaksud (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: Oleh itu maksud etika keusahawanan ialah prinsip moral atau nilai akhlak usahawan.Makna02.05.2019
Ayat "Garis Panduan Pengeluaran Fatwa di Pulau Pinang". 1. Adakah perkataan "Garis Panduan" boleh digantikan dengan "Tatacara" atau "Amalan"? 2. Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan dalam ayat tersebut di atas?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, garis panduan bermaksud panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsbnya.) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan; Maksud Tatacara pula ialah: 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur: ~
Manakala maksud amalan pula ialah: 1. sesuatu yg dilakukan (dilaksana­kan, dikerjakan, dsbnya) sbg suatu kebiasaan; pd ~nya yg sebenarnya berlaku atau terdapat, pd praktiknya, pd kebiasaannya: pd ~nya, hanya sebuah parti politik dan sebuah ke­satuan sekerja sahaja yg dibenarkan ber­gerak dlm. sesebuah ladang; 2. perbuatan baik, kebajikan;

Berdasarkan maksud/makna perkataaan yang dinyatakan di atas, perkataan garis panduan dan tatacara boleh digunakan dalam ayat tuan tersebut. Namun begitu, perkataan yang lebih sesuai ialah garis panduan.
Lain-lain14.11.2018
12

Kembali ke atas