Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Ke mana condong,
     ke mana rebah.

Bermaksud :

Sudah dilakukan menurut adat yang biasa.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political orderaturan politikSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan perjalanan politik yang diterima masyarakat atau yang sewajarnya. Keadaan ini bersifat aman, menurut adat, budaya dan perlembagaan. Dalam aturan politik yang normal tidak berlaku kekacauan, rusuhan, pemberontakan atau kacau-bilau. Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala Orang ramai menghormati pemimpin dan autoriti manakala sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan. Tindakan seperti berkempen, melancarkan piket, demonstrasi secara aman dan perarakan yang menurut undang-undang adalah masih dalam aturan politik demokrasi dan diterima.
الكفؤsekufu/setarafAgama IslamFiqhPersamaan taraf menurut ‘uruf (adat) yang diperlukan dalam perkahwinan.
tyrannykezalimanSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk pemerintahan yang tidak menurut garis peraturan sama ada perlembagaan, undang-undang atau adat yang telah diterima. Pemerintahan jenis ini dikategorikan sebagai kejam dan dilakukan oleh pemerintah yang memiliki kuasa mutlak. Dalam pemerintahan ini, mahkamah dan dewan legislatif tidak berfungsi serta gagal memberi semakan dan imbangan kepada pemerintah. Contohnya, Iran di bawah Shah Iran Pahlavi dan Stalin di Soviet Union. Sinonim tirani.
behaviouralismbehaviouralismeSains PolitikPolitik PerbandinganPendekatan yang menjelaskan persoalan fakta dalam sesuatu analisis politik. Menurut pendekatan ini, sesuatu kajian atau analisis politik perlu mengambil kira faktor ekonomi, sosial dan psikologi. Pendekatan ini cuba memahami politik dengan melihat perkaitan antara elemen tingkah laku masyarakat seperti sikap, kepercayaan, nilai, norma dan adat dengan aspek politik seperti pilihan raya, parti politik, penyertaan politik kumpulan pendesak, revolusi dan sebagainya. Pendekatan ini juga tidak melihat politik hanya bersifat keinstitusian seperti parlimen, kerajaan, legislatif, kehakiman dan pentadbiran awam. Dalam konteks ilmu politik, pendekatan ini muncul kesan daripada reaksi intelektual untuk menjadikan disiplin politik lebih bersifat holistik dan saintifik. Pendekatan ini diperkenalkan oleh Charles E. Merriam dari Universiti Chicago pada tahun 1940-an dan kemudiannya dikembangkan oleh anak murid beliau antaranya V.O. Key, David B. Truman, Herbert Simon dan Gabriel Almond yang lebih popular dikenali sebagai "Chicago School of Thought". Sinonim faham tingkah laku.
legitimate powerkuasa sahPentadbiranTiadaAutoriti yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu pihak dalam melaksanakan pemerintahan, governan ataupun pentadbiran, berdasarkan peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan, undang-undang atau adat istiadat. Kuasa ini memberi individu atau pihak tertentu hak untuk merancang, mentadbir dan membuat pelbagai keputusan penting bagi organisasi atau negara. Walau bagaimanapun, kuasa ini mempunyai had tertentu menurut bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepadanya. Kuasa ini diberikan secara sah melalui pelantikan, warisan, pengundian mahupun secara giliran. Dengan kuasa ini orang ramai dikehendaki akur dengan keputusan yang telah dibuat.
judicial decisionkeputusan kehakimanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHasil daripada penyelesaian pertelingkahan yang dibawa kepada mahkamah domestik ataupun mahkamah antarabangsa. Keputusan kehakiman sangat penting kerana ia menentukan bagaimana sesuatu kes diselesaikan. Menurut Perkara 38(1) (d) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa, keputusan kehakiman merupakan salah satu sumber sampingan undangundang antarabangsa. Keputusan kehakiman hanya mengikat negara yang bertelingkah tanpa mengikat negara-negara lain. Walau bagaimanapun, keputusan kehakiman boleh menjadi bukti amalan negara yang boleh membentuk adat antarabangsa yang bersifat mengikat sesebuah negara.
surrealismsurealismeKesusasteraanTiadaPemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, dan pelanggaran urutan peredaran masa seperti urutan mimpi dan igauan, pada jukstaposisi imejan yang pelik, memeranjatkan atau tidak berkaitan. Pemikiran sualisme ini adalah lanjutan daripada karya Andre Breton dari Perancis berjudul Manifesto on Surrealism (1924). Menurut karya ini, minda harus dibebaskan daripada logik dan kewarasan. Pendapat ini merupakan satu perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan politik dan perubahan sosial setempat. Pengaruhnya tersebar luar di Eropah dan Amerika. Antara nama ahli surealis yang terkenal dari Negara Perancis ialah Louis Aragon dan Salvador Dali. Di England dan di Amerika, pengaruh surealisme dapat dilihat dalam sajak Dylan Thomas yang menghasilkan penulisan fantasi igauan dan lawak hitam. Pengaruh ini juga ditemui dalam novel Henry Miller karya Thomas Pnychon berjudul V dan karya William Burroughs berjudul Naked Lunch. Istilah super-realism dicetuskan oleh Gullame Appollinaire.
attackseranganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan keganasan terhadap musuh. Istilah �serangan� dalam undang-undang antarabangsa digunakan dalam dua badan undang-undang yang berbeza iaitu, jus ad bellum dan jus in bello dengan tujuan dan maksud yang berbeza. Pertama, istilah �serangan bersenjata� muncul dalam jus ad bellum, yang menentukan bilakah negara boleh mengambil jalan untuk menggunakan kekerasan sebagai dasar negara tersebut. Dalam konteks itu, �serangan� berfungsi sebagai satu prasyarat kepada kebenaran untuk menggunakan kekerasan dalam mempertahankan diri menurut Perkara 51 Piagam PBB dan undang-undang adat antarabangsa. Kedua, dalam jus in bello �serangan� merujuk kepada jenis tertentu operasi ketenteraan yang menetapkan pelbagai larangan dan sekatan dikenakan. Aspek jus in bello atau undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menetapkan kaedah undangundang tentang bagaimana operasi boleh dijalankan semasa berlakunya konflik bersenjata. Takrifan serangan terkandung dalam Perkara 49(1) Protokol Tambahan I, 1977 bagi Konvensyen Geneva 1949.

Kembali ke atas