Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.ru.ti] | منوروتي

Definisi : 1. mengikut dr belakang, meng-ekori, mengikut: Ismail berganding dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta, Bibah ~ mereka dr belakang dgn wajah usang; 2. tidak menegah (melarang), meluluskan (pem-berian dll), memberi: diturutinya sahaja kemahuan cahaya matanya yg tunggal itu; 3. menurut akan (nasihat dll), tidak menentang, mematuhi: ia ~ kehendak suaminya; 4. menjadikan sesuatu sbg contoh (teladan), mencontohi: jangan dituruti, kerana ia orang yg tidak tahu bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.ru.ti] | منوروتي

Definisi : mengikut seseorang atau sesuatu dr belakang; mengekori. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Beraja di hati,
     bersultan di mata.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersultan di mata, beraja di hati, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana paling tepat: a) Sejahterakan hati kami Ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu. b) Sejahterakan hati kami ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu.

Ejaan yang betul seperti dalam ayat kedua "Sejahterakan hati kami ya Allah dengan menuruti jejak langkah nabi-Mu".

Tatabahasa13.09.2011
kita mesti menuruti piawaian BMI untuk menjamin kesihatan kita. Ayat ini betul?Perkataan menuruti tidak sesuai dalam ayat. Perkataan yang lebih sesuai ialah mematuhi. Sila rujuk Kamus Dewan untuk rujukan makna.Tatabahasa27.07.2013
1."____ menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. Perkataan yang paling sesuai untuk tempat kosong ialah 'baginda' atau 'tuanku''? 2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. Adakah penggunaan perkataan 'menuruti' di ayat di atas sesuai? 3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. Adakah ayat di atas betul? Terima kasih!

1."Baginda menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. - Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan. 

2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. - Perkataan menuruti itu boleh digunakan, sila rujuk makna keempat menuruti dalam Kamus Dewan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai contoh (teladan), contoh ayat: jangan dituruti, kerana ia orang yang tidak tahu bahasa;

3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. - mengurus sama maknanya dengan menguruskan, iaitu menyelenggarakan supaya berjalan dan sebagainya dengan baik (perniagaan dan perdagangan)

Tatabahasa13.04.2010
Adakah ayat ini menuruti nahu Melayu baku: 'Ketahuilah hai pemuda, walaupun raga rakyat negara ini beraneka jenis warna dan bentuknya, mereka tetap bersatu menuturkan bahasa yang sama.'Ayat tersebut kurang tepat. Ayat yang betul ialah: Ketahuilah wahai pemuda, walaupun rakyat negara ini berbilang bangsa, mereka tetap bersatu menuturkan bahasa yang sama.Tatabahasa27.10.2018
makna kepuasan hatiMenurut Kamus Dewan maksud

berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll);

memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~;

Sdr juga boleh  mendapatkan kemudahan menggunakan Kamus Dewan secara digital dengan melayari laman DBP.

Lain-lain04.03.2008
Apakah beza menghubungi dan menghubungkan? Bolehkah pihak tuan memberikan contoh bagi setiap ayat? Terima kasih

Menghubungi: 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa;

Menghubungkan1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon;  menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; 

Makna14.09.2009
Mengapakah masih terdapat kata "memperkembangkan" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat sedangkan penggunaan yang betul ialah memperkembang berdasarkan khidmat nasihat bahasa.Perlu diingatkan, kamus ialah perakam penggunaan dan makna sesuatu kata.
Golongan/kelas kata bagi kata kembang ialah kata adjektif dan kata terbitannya iaitu berkembang merupakan kata kerja tak transitif, manakala memperkembang dan memperkembangkan ialah kata kerja transitif.

Selain daripada menuruti hukum/peraturan tatabahasa, kita juga perlu merujuk pemerian makna daripada penerbitan sesuatu kata. Kata memperkembang bermaksud menjadikan sesuatu lebih kembang (rujuk Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Ketiga), sedangkan memperkembangkan bermaksud menjadikan sesuatu lebih berkembang (rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat).

Analisis data korpus yang dilakukan membuktikan bahawa penggunaan kata terbitan memperkembang yang kerap digunakan sebenarnya lebih merujuk makna memperkembangkan, iaitu mendukung makna menjadikan sesuatu lebih berkembang. Sila rujuk kamus terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1036 - 1037). 
Makna16.12.2023
Tuan; 1- Adakah wujud perbezaan dalam penggunaan nostalgia dan kenangan? Jika ada perbezaan, boleh tuan berikan contoh ayat? 2- Toleransi sama juga maksud dengan tolak-ansur. Benarkah?

1. Nostalgia bermaksud kerinduan pada sesuatu yang pernah dialami (dinikmati dan sebagainya) pada masa lalu atau kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yang telah berlalu, manakala kenangan pula ialah apa yang dikenangkan atau yang timbul (terbayang) dalam ingatan tetapi tidak membabitkan perasaan rindu atau keinginan terhadap sesuatu.

2. Toleransi ialah sikap toleran, iaitu sedia menghormati atau menerima pendapat orang lain yang berbeza daripada pendirian sendiri, manakala tolak ansur saling menuruti atau saling memberi.

Makna30.09.2011

Kembali ke atas