Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.rut.kan] | منوروتکن

Definisi : 1. mengikut (berjalan dll) di belakang sesuatu, mengiringkan: mereka berjalan ~ orang tua mereka; 2. tidak menegahkan (melarangkan), mengikut (kehendak hati dll), melayani, memberi: dr satu bandar ke satu bandar yg lain dia berpindah-pindah ~ hati; 3. mendasarkan pd, menjadikan sbg dasar: kerendahan budi selama ini hanya diperintahi oleh perasaan hati, tidak ~ pertimbangan yg adil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.rut.kan] | منوروتکن

Definisi : mengikut kehendak hati (nafsu dsb); tidak membantah kehendak hati dsb: ~ hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Turutkan rasa binasa,
     turutkan hati mati.

Bermaksud :

Orang yang menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa.

 

Lihat selanjutnya...(3)