Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.su/] | منوسوق

Definisi : 1. mencucuk dgn barang yg tajam, mencucuk hingga tembus: mereka harus menurut sahaja spt unta yg telah ditusuk hidungnya; 2. melukai dgn senjata tajam, menikam: tiba-tiba ditusuknya dgn pisau yg putih matanya; 3. = menusuk-nusuk menjadikan orang marah, memanaskan hati orang, menghasut: menusuk-nusuk orang; 4. ki masuk ke dlm, meresap: kesejukan akan ~ ke tulang kalau kipas itu bertambah ligat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.su/] | منوسوق

Definisi : 1 men­cucuk dgn benda yg tajam; mencucuk hingga tembus. 2 melukakan dgn senjata tajam; menikam: Ia ~ perut lawannya dgn keris saktinya. 3 masuk atau meresap ke dlm: Bisa itu ~ hingga ke tulang sumsum. ~ hati menyakiti hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tusuk (kata nama)
Bersinonim dengan cucuk, pencucuk, pasak, baji, susuh, susuk, jarum, peniti, penyemak, pacak;,
Kata Terbitan : menusuk, menusukkan, tertusuk, tusukan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, ayat mana yang betul? (1) bau harum durian menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah atau (2) bau harum durian yang menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah"Yang" ialah kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Ayat "bau harum durian" ialah klausa utama dan "menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah" ialah klausa kecil yang lain. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "bau harum durian yang menusuk hidung, memenuhi ruang tamu rumah."Tatabahasa16.05.2012
Perbezaan menjolok mata dengan mencolok mataUngkapan yang betul ialah mencolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, mencucuk (menusuk) mata bermaksud mencucuk mata. Tiada istilah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, menjolok bermaksud 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll).Makna30.07.2008
assalamualaikum. pertanyaan tentang penggunaan 'menjolok mata' dan 'mencolok mata'... yang manakah lebih tepat?

Puan Ramlah, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Perkataan menjolok membawa makna menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. memancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); ~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati; ~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya; yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga; 

Manakala perkataan mencolok membawa makna mencucuk (menusuk); 2. = ~ mata a) mencucuk mata; b) ki tampak jelas, kelihatan jelas benar; c) membangkitkan marah orang yg melihat, menyakitkan hati, memberi malu: apabila berlaku peristiwa-peristiwa yg ~ mata, menyakitkan hati, kita hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja.

Oleh itu perkataan mencolok mata adalah lebih tepat daripada menjolok mata.

Makna07.03.2009
MAKNA CUCUK, CUCUR, DAN CUCUHCucuk bermaksud sesuatu yang tajam digunakan untuk menusuk, atau paruh, patuk, atau  barisan yang terdepan. Cucur bermaksud aliran ke bawah (air); kuih yang diperbuat daripada tepung dan lain-lain yang digoreng. Cucuh bermaksud memasang atau menyalakan.Makna27.04.2009
saling bertikam-tikaman..adakah frasa ini betul? tuan, TQBertikam-tikaman bermaksud saling menusuk dgn senjata. Oleh itu, tidak perlu lagi didahului oleh kata saling.Tatabahasa01.02.2012
Apa beza mencolok mata dan menjolok mata?Tiada dijumpai simpulan bahasa mencolok mata. Colok ialah suluh yang dibuat darip[ada kain buruk dan dicelup dalam minyak. Mencolok bermaksud menyuluhi dengan colok, menusuk atau mencucuk, mencelup. Menjolok mata bermaksud dibenci, iaitu perkara atau perbuatan yang  melnggar batas kesusilaan dan norma masyarakat seperti cara berpakaian dan kelakuan.Makna26.06.2008
Ada pendapat yang menyatakan bahawa mencolok mata lebih tepat penggunaannya daripada menjolok mata. Jika dirujuk Kamus Dewan, makna mencolok mata dan menjolok mata hampir sama dan boleh digunakan dalam ayat.Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636). Sila baca dan fahami bahagian prelim Kamus Dewan termasuk prakata kerana Kamus Dewan berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat.Tatabahasa30.03.2010
Apakah perbezaan perkataan-perkataan di bawah : (a) menggalah (b) menggait (c) mengait (d) menjolok [Adakah penggunaan perkataan dalam ayat-ayat di bawah betul dan gramtis ?] (e) Ali menjolok buah mangga. (f) Abu menggait buah rambutan.Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, menggalah membawa maksud "amat tinggi", menggait bermaksud "menarik buah (perahu dan lain-lain) supaya dekat", mengait pula membawa maksud "memetik (menarik dan lain-lain) sesuatu dengan kait, mencangkuk, menggancu". Manakala, menjolok bermaksud "menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dan lain-lain sepaya gugur, menusuk ke dalam lubang". Ayat (f) lebih sesuai digunakan "mengait".

Makna08.11.2015
Mohon penjelasan tentang perbezaan penggunaan frasa mencolok mata dengan menjojok mata. Terima kasih

Istilah menjojok mata tiada dalam sumber rujukan kami. Mungkin yang saudara maksudkan ialah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata mencolok mata bermakna 1. mencucuk mata; 2 (bahasa kiasan) tampak jelas, kelihatan jelas benar; 3. membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Kata menjolok pula bermakna 1. menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dalam lubang hidung (kerongkong dll.); 3. memancing-mancing keterangan dll; daripada orang, mengajuk atau menduga hati. Oleh itu, antara mencolok mata dengan menjolok mata, yang tepat ialah mencolok mata. Contoh penggunaan: Kakitangan wanita dilarang memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat.

Tatabahasa11.07.2010
Mengapa klausa menjolok mata dianggap salah penggunaanya dalam bahasa Melayu sedangkan maknanya hampir sama dengan mencolok mata? menjolok mata=a. sangat jelas kelihatan. b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb). mencucuk mata; a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu;

Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dan lain-lain supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dan sebagainya (Kamus Dewan, 2007:636). Sila baca dan fahami bahagian prelim Kamus Dewan termasuk prakata kerana Kamus Dewan berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat.

Tatabahasa11.05.2010
12

Kembali ke atas