Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.tup] | منوتوڤ

Definisi : 1. tidak membiarkan terbuka (pintu, tingkap, dll), merapatkan tutupnya, mengatup: ia ~ pintu rumahnya; 2. memberi bertutup (bertudung), menudungi: kita hendaklah ~ makanan kita supaya jangan dihinggapi lalat; 3. ki tidak menghebahkan, merahsiakan, menyembunyikan: mereka tahu ~ rahsia; 4. menjadikan tidak boleh dilalui atau diikuti (jalan, sungai, dll), menim­bus supaya buntu, menyekat, menyumbat: semua jalan di kawasan perintah berkurung telah ditutup sejak pukul enam petang tadi; 5. mematikan nyala lampu dll, lwn memasang: dia memberani-beranikan hati pergi ke ruangan depan dan ~ lampu; 6. memasukkan ke dlm penjara, memenjarakan; 7. menjadikan cukup (wang perbelanjaan dll), mencukupkan, menggenapkan; 8. mengakhiri atau menyudahi (cerita, pembicaraan, dll): Ali ~ cerita dan meraba bibirnya; 9. tidak melanjutkannya lagi (tempoh), habis tempohnya: tarikh permohonannya ditutup pd 10 Julai yg akan datang ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.tup] | منوتوڤ

Definisi : 1 me­rapatkan tutupnya (ttg pintu, tingkap dll); mengatup: Ia ~ pintu biliknya. 2 memberi bertutup atau ber­tudung; menudung. 3 menyimpan sbg rahsia; menyembunyikan: Ia pandai ~ keburukan keluarganya. 4 menyebabkan tidak dpt dilalui (ttg jalan, sungai dll); menghalang: Polis telah ~ jalan itu utk mengelakkan kesesakan lalu lintas. 5 memadamkan atau mematikan nyala lampu dll; lw memasang: Ia ~ lampu biliknya lalu tidur. 6 mengakhiri atau menyudahi sesuatu pembicaraan, cerita dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,

Puisi
 

Kalau nak hujan hujanlah hari,
     Boleh saya menutup petak;
Kalau nak bujang bujang sekali,
     Boleh saya nak masuk mintak.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TUAN / PUAN Kita harus menutup suis televisyen setelah selesai menontonnya ATAU Kita harus memadam suis televisyen setelah selesai nemontonnyaAyat yang gramatis ialah Kita harus menutup suis televisyen setelah selesai menontonnya.Tatabahasa03.11.2016
Soalan : Apabila hari mulai hujan, saya telah menutup semua tingkap dan pintu. Apakah jawapan yang sesuai? Apabila hari mulai hujan, semua tingkap dan pintu telah saya tutup. Atau Semua tingkap dan pintu telah saya tutup apabila hari mulai hujan.Ayat asal ayat ini ialah Saya menutup semua tingkap dan pintu apabila hari mulai hujan. Apabila disongsangkan ayat ini menjadi Apabila hari mulai hujan, saya menutup semua tingkap dan pintu.Tatabahasa05.08.2015
Jika 'pusat membeli-belah' salah dan seharusnya 'pusat beli-belah', adakah 'zon menutup aurat/ ruang menunggu/ sekolah memandu' harus menjadi 'zon tutup aurat/ ruang tunggu/ sekolah pandu'?Zon menutup aurat, ruang menunggu, sekolah memandu boleh digunakan kerana pengunaannya telah mantap.Tatabahasa01.04.2019
Apakah jawapan ayat pasif bagi soalan berikut? Apabila hari mulai hujan, saya telah menutup semua tingkap dan pintu. Terima kasih.Frasa yang boleh dipasifkan ialah "saya telah menutup semua tingkap dan pintu" menjadi "semua tingkap dan pintu saya tutup".Tatabahasa04.08.2015
Tuan, Ibu menutup lampu yang terbuka itu kerana tiada sesiapa di dalam bilik itu. Penggunaan terbuka dalam ayat betul atau salah ?Perkataan terbuka tidak tepat dalam konteks ayat tersebut. Terbuka bermaksud terdedah. Ayat tersebut boleh dipinda menjadi "Ibu menutup suis lampu yang terbuka itu kerana tiada sesiapa di dalam bilik itu".Tatabahasa01.08.2013
Salam sejahtera Malaysia. Soalan : Kita juga perlu menutup paip air semasa menggosok gigi. Hal ini penting supaya air tidak DIBUANG / TERBUANG begitu sahaja. Bagi ayat di atas, sila tanya yang manakah jawapan adalah betul atau lebih sesuai? Terima kasih.Kita juga perlu menutup paip air semasa menggosok gigi. Hal ini penting supaya air tidak terbuang begitu sahaja. Lihat PRPM, terbuang bermaksud sia-sia.Tatabahasa01.01.2023
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana?Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata.").Ejaan19.03.2012
Tuan, Yang mana satukah betul? Majlis Perasmian Penutup atau Majlis Perasmian Penutupan?Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll.Tatabahasa21.10.2010
Salam sejahtera Malaysia. Soalan : Kita juga perlu menutup paip air semasa menggosok gigi. Hal ini penting supaya air tidak DIBUANG / TERBUANG begitu sahaja. Bagi ayat di atas, sila tanya yang manakah jawapan adalah betul atau lebih sesuai? Terima kasih.Perkataan membazirkan air lebih sesuai untuk digunakan dalam ayat ini. Cadangan kami:

Kita perlu menutup pili air semasa menggosok gigi supaya tidak membazirkan air.


Sila rujuk pautan di bawah untuk maksud perkataan bazir dan buang:

https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bazir
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=buang
Tatabahasa27.11.2020
Manakah bentuk ini adalah betul dan apakah sebabnya? 1. Tetapan ini akan mematikan secara automatik pintu. 2. Tetapan ini akan mematikan pintu secara automatik. Ayat yang betul ialah "Tetapan ini akan menutup pintu secara automatik". Penggunaan perkataan "mematikan" tidak sesuai digunakan kerana bermaksud membunuh atau menjadikan mati. Maka perkataan "menutup" lebih sesuai digunakan untuk pintu. Anda tidak memberikan penjelasan sebabnya. Fokus pada adverba bukan kata kerja sebab soalan saya ialah tentang peletakan adverba bukan kesesuaian kata kerja yang digunakan sebab itu hanya contoh untuk peletakan adverba. Malah konteks mematikan sudah banyak digunakan dalam teknologi, IT mengapa tiba-tiba dikatakan tidak sesuai pula?Mohon jelaskan konsep bagi ayat "mematikan pintu" pada ayat yang diberikan agar pihak kami dapat memberikan penjelasan berdasarkan konsep yang diberikan.Tatabahasa26.08.2022
12345

Kembali ke atas