Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.tup] | منوتوڤ

Definisi : 1. tidak membiarkan terbuka (pintu, tingkap, dll), merapatkan tutupnya, mengatup: ia ~ pintu rumahnya; 2. memberi bertutup (bertudung), menudungi: kita hendaklah ~ makanan kita supaya jangan dihinggapi lalat; 3. ki tidak menghebahkan, merahsiakan, menyembunyikan: mereka tahu ~ rahsia; 4. menjadikan tidak boleh dilalui atau diikuti (jalan, sungai, dll), menim­bus supaya buntu, menyekat, menyumbat: semua jalan di kawasan perintah berkurung telah ditutup sejak pukul enam petang tadi; 5. mematikan nyala lampu dll, lwn memasang: dia memberani-beranikan hati pergi ke ruangan depan dan ~ lampu; 6. memasukkan ke dlm penjara, memenjarakan; 7. menjadikan cukup (wang perbelanjaan dll), mencukupkan, menggenapkan; 8. mengakhiri atau menyudahi (cerita, pembicaraan, dll): Ali ~ cerita dan meraba bibirnya; 9. tidak melanjutkannya lagi (tempoh), habis tempohnya: tarikh permohonannya ditutup pd 10 Julai yg akan datang ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.tup] | منوتوڤ

Definisi : 1 me­rapatkan tutupnya (ttg pintu, tingkap dll); mengatup: Ia ~ pintu biliknya. 2 memberi bertutup atau ber­tudung; menudung. 3 menyimpan sbg rahsia; menyembunyikan: Ia pandai ~ keburukan keluarganya. 4 menyebabkan tidak dpt dilalui (ttg jalan, sungai dll); menghalang: Polis telah ~ jalan itu utk mengelakkan kesesakan lalu lintas. 5 memadamkan atau mematikan nyala lampu dll; lw memasang: Ia ~ lampu biliknya lalu tidur. 6 mengakhiri atau menyudahi sesuatu pembicaraan, cerita dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,

Puisi
 

Kalau nak hujan hujanlah hari,
     Boleh saya menutup petak;
Kalau nak bujang bujang sekali,
     Boleh saya nak masuk mintak.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blanking plateplat pengosonganTeknikElektrikPlat rata untuk menutup kotak alat tambah ketika ia tidak digunakan. plat ini melindungi pendawaian yang melalui kotak tersebut, di samping memudahkan kedudukannya dilihat. Biasanya plat ini digunakan untuk menutup kotak yang sama rata dengan permukaan.
stopcockkok penahanKejuruteraanPetroleum1. Injap yang umumnya diletakkan di dalam tetiub berhampiran dengan sambungan ke talian aliran yang digunakan untuk menutup, menyekat atau mengatur aliran bendalir dari tetiub ke tali aliran. 2. menutup sebentar-sebentar telaga minyak yang berpengeluaran, iaitu untuk jangka masa yang singkat, kemudian dibuka untuk pengeluaran, dan setelah beberapa lama telaga tersebut ditutup lagi. Proses ini dilakukan berulang-ulang supaya tekanan gas di dalam lubang bertokok, sehingga menghasilkan perolehan yang lebih baik dan lebih cekap.
closing upmenutupKejuruteraanTiadaTiada
blocking-outmenutupKomunikasiTiadaTiada
valveinjapKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat yang digunakan untuk mengawal pengaliran bendalir dalam sistem paip dan mesin. Peranti ini boleh berbentuk plat, palam atau penutup yang menutup pembukaan laluan bendalir. Kawalan laluan ini berlaku dengan gerakan peranti sama ada terangkat, turun atau tergelangsar bagi membuka atau menutup laluan bendalir. Contohnya, tab sinki.
closing pressuretekanan menutupKejuruteraanTiadaTiada
tadlis al-‘aibmenutup keaibanPerniagaan IslamTiadaLihat tadlis.
closing capacitykeupayaan menutupPerubatanTiadaIsi padu paru-paru yang terdiri daripada isi padu residu dan isi padu penutup.
closing a circuitmenutup litarTeknikElektrikMembuatkan sesuatu litar itu berada dalam keadaan hidup. Lihat juga litar tertutup.
face-saving gesturehelah menutup maluSejarahTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas