Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.tu.pi] | منوتوڤي

Definisi : 1. banyak yg ditutup, berkali-kali menutup; 2. memberi bertutup, melindungi: disentaknya kain utk ~ pusatnya; rambutnya yg jatuh ~ dahinya; 3. ki melindungi sesuatu (supaya jangan diketahui orang dll), merahsiakan: ia ~ isi hatinya yg sebenarnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.tu.pi] | منوتوڤي

Definisi : menjadi sbg tutup pd; menudungi: Tudung saji yg ~ hidangan itu halus anyamannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menutupi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanyakan istilah bahagian kereta. Apakah nama bahagian kereta yang di belakang (tempat meletak barang)? Perkataan bonet digunakan untuk bahagian depan (yg menutupi enjin). Jadi, apakah nama bahagian belakangnya?Adakah but kereta? Tetapi istilah but kereta tiada dalam kamus dewan edisi keempat. Boleh tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Istilah yang betul ialah but. Rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boot boot diterjemahkan kepada but dalam bahasa Melayu yang merujuk ruang mengisi barang di dalam kereta, selain bermaksud kasut.Istilah27.03.2014
apakah ejaan sebenar untuk doti,dhoti atau doti?dhoti boleh diterimakah?Ejaan yang betul ialah doti yang bermaksud kain(biasanya berwarna)yang diikat di pinggang untuk menutupi bahagian atas dari lutut. Ejaan03.03.2008
1)apakah yang dimaksudkan dengan bermudgug?

Perkataan mudgug tiada dalam rujukan kami. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang hampir sama dengan perkataan tersebut ialah madgad yang membawa maksud kepingan besi, plastik dsb yang dipasang menutupi roda basikal, motosikal dll untuk mencegah percikan lumpur, air dll.

Makna02.09.2008
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut:

litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi

liput bermaksud  1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll)

Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan.
Makna25.05.2012
1. Mana yang betul jika kita hendak menggunakan perkataan Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka atau Majlis Pembukaan. 2. Jika pada poster/buku program/kain rentang perkataan mana yang sesuai ? 3. Atas dasar tatabahasa/fonetik/fonologi mengapakah ia dipilih ? Majlis Penutup atau Majlis Penutupan dan Majlis Pembuka/Majlis Pembukaan ?

Majlis Penutupan dan Majlis Pembukaan/Perasmian.

Pemilihan ini disesuaikan dengan makna yang mendukung setiap kata tersebut, penutupan bermaksud perihal menutup (menutupi, menutupkan), penamatan, pengakhiran, penyudahan; manakala pembukaan bermaksud perihal atau perbuatan membuka, permulaan.

Tatabahasa17.05.2008
Salam sejahtera. 1. Adakah ayat ini betul? Semoga puan akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi di masa akan datang. 2. Saya tidak dapat cari perkataan "menghadang" dan "bola lisut" dalam Kamus Dewan, adakah perkataan ini masih wujud? Terima kasih.1. Semoga puan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.

2. Dalam data kami tiada perkataan menghadang tetapi mempunyai perkataan menghalang, iaitu menahan se­suatu supaya tidak dapat bergerak, meng­alir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; me­negah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami.

Perkataan bola lisut masih digunakan selain perkataan sofbal.
Tatabahasa08.10.2013

Kembali ke atas