Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.tur.kan] | منوتورکن

Definisi : 1. mengeluarkan kata-kata, me­­la­­­faz­kan, mengatakan, mengucapkan; 2. mengucapkan (nama dll), menyebutkan: ada­pun pendeta-pendeta ~ keesaan Tuhan yg ada itu dgn pelbagai nama yg berlainan; 3. = mem­pertuturkan mengisahkan, men-ceritakan: ada antara tukang cerita ini yg masih ~ beberapa cerita dlm majlis per-kahwinan di kampung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.tur.kan] | منوتورکن

Definisi : 1 meng­ucapkan (kata-kata); melafazkan. 2 mengisahkan; menceritakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutur
Kata Terbitan : bertutur, menuturkan, mempertuturkan, pertuturan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini menuruti nahu Melayu baku: 'Ketahuilah hai pemuda, walaupun raga rakyat negara ini beraneka jenis warna dan bentuknya, mereka tetap bersatu menuturkan bahasa yang sama.'Ayat tersebut kurang tepat. Ayat yang betul ialah: Ketahuilah wahai pemuda, walaupun rakyat negara ini berbilang bangsa, mereka tetap bersatu menuturkan bahasa yang sama.Tatabahasa27.10.2018
apakah mksud istilah berkelakuan baik, menderhaka terhadap kerajaan, dan fasih berbahasa melayuBerkelakuan baik bermaksud mempunyai akhlak yang baik, bermoral ataupun beretika. Menderhaka terhadap kerajaan bermaksud menentang atau tidak mengikut undang-undang yang telah sedia ada dalam sesebuah kerajaan yang sah. Fasih berbahasa Melayu bermasud seseorang itu boleh menuturkan bahasa Melayu dengan baik terutamanya dari sudut tatabahasa dan difahami oleh orang lain.Lain-lain29.06.2008
Tuan, apakah beda antara "membincangkan" dengan "memperbincangkan", "mengatakan" dengan "memperkatakan", "membahas" dengan "memperbahaskan", dan kata-kata lain? Sila rujuk WordPad saya untuk pemahaman lanjut dan saya meminta keterangan tuan yang lebih terang. Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, membincangkan bermaksud memperkatakan atau membicarakan. Mengatakan bermaksud 1. mengeluarkan kata-kata (bahawa), mengucapkan, menyebutkan, menuturkan 2 menceritakan, mengisahkan, memberitahukan, menyampaikan 3. memisalkan, mengandaikan 4. mencakapkan (untuk atau sebagai melahirkan pandangan dan lain-lain tentang sesuatu). Memperkatakan bermaksud 1. melahirkan (dengan kata­-kata), mempercakapkan, menceritakan 2. membincangkan, membicarakan. Membahas bermaksud 1. menyatakan tidak setuju dengan sebab-sebab tertentu. 2. menyelidik; memeriksa. Memperbahaskan bermaksud menjadikan sesuatu sebagai bahan berbahas; memperdebatkan. Untuk maklumat lanjut mengenai perkataan yang tidak ada dalam Kamus Dewan, sila hubungi Bahagian Perkamusan, DBP.Makna13.12.2016
PENERANGAN MENGENAI KATA NAMA TUNGGAL, KATA KERJA TUNGGAL, PENUTUR MELAYU SERTA SEJARAH DAN STRUKTUR BAHASA MALAYSIAPerkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal, sama ada kata nama seperti cat atau kata kerja seperti lap. Ungkapan yang betul ialah penutur bahasa Melayu iaitu orang yang menuturkan atau menggunakan bahasa Melayu sebagai kelaziman. Untuk maklumat tentang sejarah dan struktur bahasa Malaysia sila rujuk buku/makalah yang berkaitan, terima kasih.Makna05.11.2008
Apakah perbezaan dari segi penggunaan perkataan 'mengatakan' dengan 'menyatakan'?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menyatakan bermaksud menjadikan nyata, me­ne­rangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. mem­beritahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ke­tibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja.


Manakala dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, mengatakan ialah  memberitahukan; menceritakan: Dia ~ bahawa dia akan berangkat besok. 2 mengeluarkan kata-kata; mengucapkan; menuturkan: Dia tidak pernah ~ bahawa dia pandai. 3 menyifatkan; memisalkan: Ali ~ Ahmad sbg kambing kerana dia takut mandi.
Makna23.04.2014
Assalaamu'alaikum w.b.t. Bagaimana meletakkan tanda petik sekiranya terdapat dua petikan di dalam satu ayat yang sama. Contohnya: Anas bin Malik r.a. berkata, rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang hinggalah dia menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya." 1. Adakah terdapat kesalahan di dalam ayat di atas? 2. Sekiranya tiada, bukankah terdapat dua orang penutur di atas, iaitu Anas bin Malik r.a. dan Rasulullah s.a.w? Adakah kata-kata Anas (katanya) tidak perlu diletakkan tanda petik? Terima kasih.Dalam konteks ini, hanya seorang sahaja yang menuturkan petikan tersebut, iaitu Anas bin Malik. Beliau hanya memetik sabda Rasulullah SAW. Oleh itu penggunaan tanda petik dalam contoh ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa26.04.2010
Salam, Apakah perkataan/imbuhan yang sesuai digunakan dalam ayat ini? Makan/makanan? Makanan malam telah siap dimasak oleh ibu. Makan malam telah siap dimasak oleh ibu. Apakah bezanya? Terima kasih.

Kedua-dua sama dan boleh digunakan. Makan malam diberikan makna Hidangan makanan di antara pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam. Namun dalam penggunaan lazim, agak jarang kita menuturkan makanan malam, cukup setakat makan malam.

Tatabahasa21.05.2014
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan condong (italic). Perlukah diitalikkan untuk pernyataan dari orang terdahulu / buku lain. Contoh: 1) ...daripada Abdullah r.a. katanya: Turun ayat 2-3 surah at-Talaq... 2)Rasullah bersabda: Makanlah... 3) Menurut al-azdi dan al-Daraqutni: Beliau seorang yang ditinggalkan hadisnya. 4)...seperti yang dinyatakan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak: Hadis ini adalah hadis sahih isnadnya... Bolehkah saya italikkan semua ayat selepas titik bertindih untuk keempat-empat contoh di atas? Contoh lain: ...Muqadimah Sahih: Muhammad bin Abdullah memberitahu kepada saya daripada penduduk Meru, katanya: Saya mendengar Abdan bin Uthman berkata; Saya mendengar Abdullah bin al-Mubarak berkata; Isnad itu... (untuk contoh ayat dia atas, bolehkah saya italikkan ayat bermula dari 'Muhammad bin Abdullah hingga keseluruhan ayat seterusnya? Saya keliru kerana dalam satu dialog terdapat riwayat dari beberapa perawi - katanya,katanya etc) Harap pihak DBP dapat menjelaskan kekeliruan tersebut. Sekian, terima kasih.Tidak perlu diitalikkan petikan tersebut, kecuali petikan daripada bahasa asing. Contohnya: Pelakon itu menuturkan kata-kata Hamlet: To be or not to be.Tatabahasa29.12.2014

Kembali ke atas