Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.dur] | مڽادور

Definisi : 1. menyalut (melapis) dgn logam (emas, timah, dll), menyepuh: kasa dawai dibuat drpd dawai besi yg disadur dgn timah; 2. mengarang atau mengolah kembali cerita dll yg isinya diambil drpd cerita lain: hingga sekarang pun masih ada pengarang yg ~ cerita-cerita drpd bahasa asing; 3. mengolah kembali (hasil penyelidikan dll), meng­ikhtisarkan; laksana barang yg disadur prb tidak tahan uji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.dur] | مڽادور

Definisi : sabung; ayam ~ ayam yg dipelihara utk disabung. bersabung 1 berlaga; beradu: ayam ~ ayam berlaga. 2 se­dang mengadu atau sedang mem­perlagakan (ayam dsb): ~ ayam. 3 ki berlanggar antara satu dgn yg lain; berlawan; bertempur: ombak ~ ombak berlanggaran. 4 ki bertemu (bkn pandangan dll): ~ mata bertemu mata; berpandang-pandangan; saling memandang. menyabung 1 membuat supaya berlaga; mengadu (ayam): Ia asyik ~ ayam dan berjudi saja. 2 ki membuat sesuatu yg membahayakan diri: ~ nyawa menempuh bahaya yg sangat besar. ~ untung a. membuat sesuatu dgn tidak berharap mesti berjaya; ber­serah kpd nasib. b. pergi ke mana-ma­na utk mencari rezeki; membawa nasib. sabung-menyabung saling me­langgar dgn hebatnya; berlanggar-langgaran: Maka turunlah hujan dgn lebatnya serta kilat ~. sabungan apa-apa yg disabung atau diadukan. persabungan 1 per­buatan atau hal bersabung. 2 tempat menyabung ayam. 3 ki hal bertempur; pertempuran. penyabungan perbuatan (hal dsb) menyabung. penyabung orang yg suka menyabung (ayam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sadur (kata nama)
Bersinonim dengan sepuh, lapisan, salutan;,
Kata Terbitan : bersadur, menyadur, saduran, penyaduran, penyadur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Melalui semakan kami, tiada padanan bagi istilah “glaced fruit” sebagai "glis buah". Apa yang kami dapati ialah istilah "glazed fruit” buah sahaja iaitu “buah bersadur” iaitu buah-buahan yang disaluti dan ditutupi dengan glis. Inii kerana peruntukan seperti di bawah ini memberikan padanan "glaced fruit" sebagai "glis buah". Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit 229. (1) Candied fruit or glaced fruit or crystallized fruit shall be the product obtained by treating the edible parts of raw fruit or mixture of raw fruits with sugar, glycerol or sorbitol. Kandi buah atau glis buah atau halwa buah 229. (1) Kandi buah atau glis buah atau halwa buah hendaklah hasil yang diperoleh dengan memproses bahagian buah-buahan mentah yang boleh dimakan atau campuran buah-buahan mentah dengan gula, gliserol atau sorbitol. Apakah padanan yang diberikan iaitu "glaced fruit" sebagai "glis buah" adalah tepat.Hasil carian kami melalui Google, didapati bahawa perkataan "glace" ialah perkataan dalam bahasa Perancis atau juga dikenali sebagai "glazed" dalam bahasa Inggeris. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud glaze ialah menyepuh, mengglis atau menyadur. Maka terjemahan yang sesuai bagi glazed fruit ialah buah bersadur






 
Makna28.06.2021

Kembali ke atas