Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyah.ka.féi.na.kan] | مڽهکافيناکن

Definisi : menghilangkan atau menyingkirkan sebahagian atau kesemua kandungan kafeina drpd kopi, teh dsb: pengambilan teh atau kopi yg telah di­nyahkafeinakan juga tidak digalakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyahkafeinakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
supercritical fluid extraction (SFE)pengekstrakan bendalir lampau genting (SFE)HerbaFitokimiaKaedah yang menggunakan sesuatu bahan dalam bentuk bendalir yang terjadi apabila bahan tersebut berada pada suhu dan tekanan melebihi takat genting atau lampau genting. Kaedah ini sesuai untuk pengekstrakan sebatian semula jadi daripada tumbuhan dan bakteria. Contohnya, karbon dioksida pada keadaan melebihi takat genting (tekanan 74 atm, suhu 31oC) digunakan untuk mengekstrak pelbagai sebatian semula jadi dengan berkesan. Keterlarutan dan sifat memilih ditingkatkan dengan menambah ko-pelarut atau pengubah suai kepada bendalir karbon dioksida yang digunakan. Kaedah ini juga digunakan untuk menyahkafeinakan kopi dan mengasingkan bahan pahit daripada tumbuhan hops (Humulus lupulus).

Kembali ke atas