Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.lah.gu.na.kan] | مڽالهݢوناکن

Definisi : menggunakan sesuatu tidak spt yg sepatutnya (dgn cara dll yg salah, tidak betul dll): kepercayaan yg diberikan kepadanya telah disalahgunakan; ~ kuasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyalahgunakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cleptocratkleptokratSosiologiTiadaPemimpin yang menyalahgunakan kekuasaan politik untuk memenuhi kekayaan peribadi dan mengabaikan kebajikan rakyat.
briberyrasuahPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan menyalahgunakan kuasa untuk mendapat keuntungan sama ada dalam bentuk material mahupun perkhidmatan dengan memberi sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada seseorang dan menerima imbuhan dari orang tersebut. Ia boleh berlaku apabila seseorang itu terdesak kerana mahukan keuntungan material atau boleh juga kerana ingin mendapatkan keuntungan secara segera. Contoh, seorang penguasa kerajaan tempatan yang menerima sogokan wang yang banyak dan sebaliknya ia memberikan pula lesen perniagaan kepada orang tersebut sebagai memenuhi permintaannya.

phreakerpemfrikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerIndividu yang menyalahgunakan peranti atau prasarana rangkaian telefon secara percuma dengan mengeksploitasi sebarang kelemahan atau ketakteguhan.
identity theftpencurian identitiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAktiviti menyalahgunakan maklumat pengenalan atau identiti individu lain untuk tujuan menjalankan suatu komunikasi atau transaksi. Maklumat pengenalan oleh diperoleh secara sah atau tidak sah. Aktiviti ini dilakukan tanpa pengetahuan atau kebenaran pemilik identiti tersebut.
script virusvirus skripTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang menyalahgunakan keupayaan pemprosesan skrip yang ada pada sesetengah perisian dan sistem pengendalian untuk melancarkan kod hasad pada komputer yang disasarkan. Virus skrip biasanya disebarkan sebagai lampiran e-mel tau skrip ActiveX pada laman web html. Pengguna sebenar akan tertarik untuk membuka fail atau menekan pautan web yang kan melancarkan fail skrip ini. Kandungan arahan dalam skrip akan diproses oleh perisian pembaca dan menyebarkan kod hasad. Contoh virus skrip ialah LoveBug dan Melissa.
embezzlementpenyelewenganKriminologiKeadilan JenayahSuatu bentuk penipuan kewangan yang melibatkan perbuatan menyalahgunakan aset yang telah diamanahkan kepada seseorang atau lebih daripada seorang. Contohnya, perbuatan menggelapkan wang syarikat. Sinonim penggelapan.
phone-hacker (phracker)penggodam fon (fraker)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerPengguna hasad yang menyalahgunakan prasarana rangkaian telefon dengan kemahiran penggodaman komputer. Lihat juga pemfrik.
breach of privilegeperlanggaran keistimewaanUndang-undangTiadaPerihal tidak menggunakan dengan sempurna atau dengan baik, menyalahgunakan atau menyelewengkan hak istimewa yang diberikan atau dianugerahkan.
masquerading userpengguna penyamaranTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerIndividu yang berwatakkan pencuri identiti dan juga pengguna hasad. Beiiau menyalahgunakan maklumat pengenalan yang diperoleh untuk mendapat capaian terlarang dan hak keistimewaan yang diberikan kepada pemilik pengenalan tersebut. Beliau juga menggunakan identiti individu lain untuk menyamarkan identitinya semasa menjalankan aktiviti hasad.
Salami attackserangan SalamiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan ke atas data integriti dalam komputer melibatkan pengubahan nilai mutlak data dengan menyalahgunakan kelemahan dalam sistem penomboran yang dikenali sebagai ralat pembundaran. Sekiranya suatu nombor yang mempunyai titik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi nombor bertitik perpuluhan yang banyak diringkaskan menjadi bertitik perpuluhan kecil seperti 31.51163 ditukar menjadi 31.51, proses pembundaran akan mencantas nilai digit kecil pada titik perpuluhan yang tidak digunakan seperti 0.00163 dicantas. Sekiranya percantasan nilai ini tidak diambil kira oleh sistem, maka ralat pembundaran akan berlaku. Serangan ke atas data yang menggunakan teknik Salami akan mengumpul semua nilai digit kecil yang tercantas tadi ke dalam satu ruang simpanan tersembunyi. Apabila proses pengumpulan ini dilakukan berulang kali, maka jumlah nilai yang tersimpan dalam ruang simpanan akan meningkat dengan banyak. Teknik Salami sering digunakan dalam serangan ke atas sistem kewangan, perakaunan atau perbankan. Proses mengikis nilai yang sangat kecil daripada setiap urus niaga adalah umpama pengikisan kepingan daging Salami.
12

Kembali ke atas