Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menjadikan atau meng-anggap sama atau sama rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu sama lain): engkau ~ sahaja manusia lain dgn Wim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 meratakan sesuatu permukaan supaya sama seluruhnya. 2 tidak membeza-bezakan; menyamakan semuanya. 3 menganggap semuanya salah dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyamaratakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam Bahasa Malaysia ada tidak perkataan menyamaratakan. contoh: menyamaratakan taraf. Apakah perkataan yang boleh saya guna selain perkataan ini

Terdapat perkataan menyamaratakan dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut membawa maksud menjadikan atau menganggap sama atau sama rata (tidak berlebihan atau berkurangan, tidak ada perbezaan antara satu sama lain): Contoh ayat, Kamu menyamaratakan sahaja manusia lain dengan Wim.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, pada ruangan "Cari" tulis perkataan yang hendak dicari, seperti "padat", dan tuan akan memperoleh maksud daripada kamus dan istilah juga data daripada sumber yang lain.

Tatabahasa01.06.2017

Kembali ke atas