Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن

Definisi : menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampai-kan kpd galah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن

Definisi : 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, me­laporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), meman­jangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن

Definisi : 1 membawa dan menyerahkan apa-apa yg dikirim; menghantar: Saya telah ~ surat itu kpd ayah saudaranya. 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu. 3 mengunjukkan se­suatu; memberikan: Isteri Pegawai Daerah telah ~ hadiah kpd para pemenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyampaikan

Peribahasa

Tak beras antah dikisik.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tuntung menyampaikan berita kematianA.B. AhmadSabah Times22.10.1980
Pagi Menyampaikan SalamZahari HasibUtusan Zaman08.11.1987
Liana Afiera menyampaikan pesanan simbolisA. Samad SaidUtusan Malaysia12.03.2002
Antologi cerpen menyampaikan mesej kepada kanak-kanakGhazali Ngah AziaUtusan Zaman11.06.2000
Karya puisi wadah berkesan menyampaikan nilai murniSahar BuraeraUtusan Borneo28.10.2008
Dewan Bahasa dan Pustaka menyampaikan ucapan tahniah kepadapengarang-pengarang buku pemenang hadiah bahasaTiadaUtusan Malaysia05.09.1990
Pengarang gunakan wasiat untuk menyampaikan temaAli AhmadBerita Minggu06.11.1983
Nilai seni yang menarik dapat menyampaikan isi falsafah berkesanTiadaUtusan Zaman12.08.1984
Mesejnya baik, tapi kurang berkesan menyampaikan kekuatan sabjekRohaBerita Minggu17.05.1981
Noor S. M. dalam kumpulan puisi untuk Mahathir menyampaikan wadah2peristiwa yang tertentuSuhaimi Haji MuhammadUtusan Zaman25.12.1983
12

Kembali ke atas