Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن

Definisi : menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampai-kan kpd galah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن

Definisi : 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, me­laporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), meman­jangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن

Definisi : 1 membawa dan menyerahkan apa-apa yg dikirim; menghantar: Saya telah ~ surat itu kpd ayah saudaranya. 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu. 3 mengunjukkan se­suatu; memberikan: Isteri Pegawai Daerah telah ~ hadiah kpd para pemenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyampaikan

Peribahasa

Tak beras antah dikisik.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mediumsaranaKesusasteraanPuisiAlat bagi menyampaikan atau mengembangkan pemikiran dan amanat penyair. Lazimnya bahasalah yang rnenjadi sarana utama dan dominan dalam proses menyampaikan sesuatu pemikiran. Contohnya, bahasa pertuturan atau bahasa isyarat yang menggunakan lambang-Iambang tertentu yang diketahui dan diterima pakai umum. Sinonim media.
photojournalistwartawan fotoKomunikasi MassaTiadaIndividu yang mengumpul, menilai, menghasilkan dan menyampaikan berita serta maklumat dengan menggunakan gambaran secara visual untuk menyampaikan mesej secara efektif kepada khalayak.
voice over (vo)suara latarKomunikasiTiadaSuara yang digunakan untuk menyampaikan teks atau dialog dalam sesuatu rancangan yang disiarkan secara visual. Biasanya, perawi yang menyampaikan teks tersebut tidak dapat dilihat terutamanya, dalam rancangan-rancangan yang berbentuk dokumentari. Tetapi kadangkala, perawi tersebut boleh dilihat dalam rancangan yang berbentuk persembahan pentas. Lihat juga: perawi.
body languagebahasa tubuhKesenianDrama dan TeaterPergerakan fizikal atau postur tubuh yang menyampaikan makna, sikap, perasaan dan fikiran watak. Dalam teater, bahasa tubuh merupakan salah satu bentuk bahasa teater. Contohnya, mengangkat bahu untuk menyampaikan makna “tidak tahu”.
flight dispatcherpengirim penerbanganAeroangkasaTiadaKakitangan yang ditugaskan untuk menyediakan dan menyampaikan maklumat penerbangan seperti pelan penerbangan, imbangan pesawat udara, urusan pasport anak kapal, penginapan dan sebagainya.,Sejenis aileron yang ditempatkan di bahagian luar sayap dan digunakan semasa penerbangan laju rendah sahaja.,Kakitangan yang ditugaskan untuk menyediakan dan menyampaikan maklumat penerbangan seperti pelan penerbangan, imbangan pesawat udara, urusan pasport anak kapal, penginapan dan sebagainya.
pantomimepantomimKesenianDrama dan TeaterPersembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian dan jenaka topikal.
ideographideografKesusasteraanTiadaTanda atau gambar yang digunakan dalam sistem tulisan untuk menyampaikan sesuatu idea, aksi, benda dan sebagainya, yang lebih utama berbanding perkataan. Dalam novel berjudul Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, sangkar yang digunakan untuk mengurung Jeha, menyimpan alat-alat untuk mengerjakan sawah, dan menyimpan padi yang telah dituai boleh dianggap sebagai ideograf. Tujuannya untuk menyampaikan idea keterjebakan keluarga Lahuma dalam suatu kemelut kemiskinan (sebagai petani) yang tidak berkesudahan. Tulisan Cina dan Jepun dikatakan menggunakan bentuk ideograf. Ideograf berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �tanda peribadi�. Ideograf dikenali juga sebagai ideogram.
pantomimepantomimKesusasteraanTiadaPersembahan lakonan tanpa dialog yang hanya bergantung pada pergerakan untuk menyampaikan makna. Pada zaman Romawi purba, pantomim membawa cerita-cerita mitos. Dalam persembahan tersebut, seorang pelakon mengajuk semua peranan watak, sementara korus akan menyanyikan ceritanya. Pada kurun ke-18, pementasan pantomim menjadi hebat dari segi visual dan teknikal. Pada awal kurun ke-20 pula, pantomim diperkenalkan dan dipopularkan dalam filem oleh Charlie Chaplin. Persembahan pantomim dilanjutkan oleh watak Mr. Bean melalui televisyen dan filem. Pada masa ini, istilah pantomim merujuk kepada teater hiburan yang menyampaikan cerita pari-pari untuk kanak-kanak. Cerita dalam pantomim biasanya mengandungi lagu, muzik, tarian, dan jenaka topikal. Lihat juga mimos.
announcementpengumumanPerpustakaanTiadaPerihal menyampaikan sesuatu berita atau siaran.
diffusionpenerapanPendidikanTiadaProses menyampaikan maklumat tentang inovasi kepada kumpulan tertentu dengan pelbagai strategi dan teknik.
12345678910...

Kembali ke atas